ㅤ
⚘
Ella membetulkan poninya. Terlampau gemuruh berjumpa dengan seseorang kejap lagi sehingga poni yg sudah kemas itu pun terlihat senget dimatanya. Seterusnya, dia mengelap permukaan bangku disisinya menggunakan tisu.
"Dia tak boleh duduk diatas bangku yg kotor" Bisiknya perlahan.
"Ella, awak buat apa ni?"
Terhinjut bahunya disaat satu suara menyoal dirinya. Dia mengangkat muka melihat empunya suara. "H-haru.. Awak dah sampai? Duduk lah"
Bibir bawah digigit. Malu tiba-tiba boleh tergagap.
"Kenapa ajak saya berjumpa?" Lelaki yg dipanggil Haru tadi bertanya.
"Em.." Ella bermain jarinya sementara membina ayat didalam kepala.
"Awak tahu tak pasal rumor yg mengatakan kita berdua bercinta tu?"
Haru menganggukkan kepala "Kenapa?"
"Jum buatkan rumor tu jadi nyata" Sambung Ella dengan berani.
Haru terdiam sebentar. Adakah ini satu pengakuan cinta ataupun bukan? Dia keliru. "Awak--"
"Haru, saya sukakan awak"
Kali ini jejaka itu benar-benar putus kata. Tak sangka ratu sekolah ini menaruh perasaan terhadapnya.
"Macam mana dengan awak?" Ella bertanya lagi. Wajahnya terlihat tenang sedangkan hatinya tidak berhenti berdoa agar perasaannya tidak ditolak.
"Ella, maafkan saya tapi saya dah ada girlfriend"
Lidahnya terkelu. Malu dan sakit dalam masa yg sama.
"Maaf. Saya pergi dulu"
Selama ini, dia lah yg menolak perasaan orang tapi kali ni gilirannya pula yg ditolak. Beginikah perasaan lelaki-lelaki selepas ditolak olehnya tanpa belas kasihan?
Air matanya menitis.
"Sakit.."
"Macam mana Sunoo boleh tahan kena tolak dengan aku setiap hari?"
──────────── ㅤ⚘
"Sunoo nak pergi mana?" Puan Kim bertanya tatkala melihat anak tunggalnya itu tergesa-gesa ingin keluar pada waktu tengah malam begini.
"Nak beli sesuatu" Tipu Sunoo.
Lantas, dia keluar dan berlari sepantas yg mungkin untuk mendapatkan Ella yg sedang menangis diatas bangku.
"Rose! Awak okey?"
Ella mengesat air matanya lalu mendongak memandang wajah empunya suara. Matanya membulat melihat kehadiran Kim Sunoo. Lelaki ni memang ada dimana-mana ke?
"Macam mana awak boleh tahu saya ada dekat sini?"
"Rumah saya ada dekat belakang awak tu je. Tu" Sunoo menunjuk ke arah sebuah rumah bersaiz sederhana dibelakang. Tadi, hatinya tergerak untuk melihat pemandangan diluar jendela tapi lain pula yg dia nampak.
Ella menggosok belakang tengkuk berasa segan. Nasib baik Sunoo tidak sempat menyaksikan keseluruhan kejadian tadi.
"Awak okey?"
Dia menggelengkan kepala. "Lelaki yg saya sukakan tolak perasaan saya tadi. Dia dah berpunya"
Sunoo melabuhkan punggung disebelahnya sebelum membalas. "Tak apa. Dia yg rugi sebab tolak orang sempurna macam awak. You deserve someone better than him" Senyuman manis diberikan kepada Ella, cuba membantu gadis itu berasa lebih baik.
"Contohnya, someone macam saya"
Ella diam. Sunoo nak tenangkan dia ke ataupun nak buatkan dia rasa bersalah ni?
"Jum, bercinta dengan aku"
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Romance13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...