ㅤ
⚘
"Mama, kita buat apa dekat sini?" Sunoo bertanya. Tertanya-tanya apabila melihat mereka berdiri dihadapan hospital yg besar. Siapa sakit? Ayah ataupun ibu dia?
"Siapa sakit?" Dia bertanya sekali lagi.
"Kebelakangan ni Sunoo asyik sakit-sakit kan? Demam. Kadang-kadang rasa penat secara tiba-tiba. Jadi sekarang kita akan buat pemeriksaan okey?" Jelas ayahnya dengan lembut.
Dia menganggukkan kepala akur. "Okey.."
──────────── ㅤ⚘
"Anak Tuan/puan menghidap penyakit leukemia tahap 2. Biasanya, mereka mempunyai jangka hayat selama 5 tahun. Tetapi ia tetap bergantung dengan gaya hidup, kesihatan mental dan fizikal serta sokongan" Terang doktor Park dengan jelas.
"Apa punca anak aku dapat penyakit ni, Jeonghoon?" Soal Tuan Kim penuh risau. Selama ni, Kim Sunoo nampak baik-baik sahaja.
"Masih belum diketahui tapi ada beberapa faktor yg boleh menyebabkan Sunoo menghidap penyakit leukemia. Antaranya, faktor genetik. Kau.. pernah menghidap leukemia kan?"
Tuan Kim menganggukkan kepalanya perlahan.
"Tak apa. Aku boleh rawat dia. Ini ubat-ubatan untuk membunuh sel barah dan menguatkan imun tubuh. Untuk kau, aku akan rendahkan bil perubatan"
"Terima kasih, Jeonghoon. Kau lah sahabat aku"
──────────── ㅤ⚘
"Ada apa dengan Sunoo?"
Dia memandang ibu dan ayahnya silih berganti. Kenapa dia masih berbaring diatas katil hospital?
Puan Kim menggenggam tangannya lembut. Tiada pilihan lain, mereka patut memberitahu perkara yg sebenar. "Sunoo, doktor bagitahu kami yg Sunoo menghidap leukemia tahap 2"
"Ha?" Keningnya bertaut tanda tak faham. Berpura-pura tak faham.
"Ya, penyakit yg sama macam ayah dapat beberapa tahun lalu" Sambung ayahnya pula.
Sunoo tersenyum kelat. "Sunoo tak boleh hidup lama lagi ke?"
"Tak. Bukan macam tu. Penyakit ni boleh disembuhkan. Jangan risau. Pakcik Jeonghoon akan selamatkan kamu. Jangan risau" Ibunya menarik dirinya ke dalam pelukan.
Perlahan-lahan air matanya menitis.
"Tak ada gunanya aku confess dekat dia.. sebab aku akan mati juga"
Dia membuat keputusan untuk menyembunyikan perasaannya buat sementara ini.
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Romantik13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...