4

152 40 8
                                    

ㅤ⚘

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

ㅤ⚘

"Wah, nampaknya kau bawa bunga ros oren hari ni" Ujar Sunghoon, dia memuncungkan mulut menunjuk ke arah pasu bunga yg berada diatas meja Kim Sunoo.

"Ya, kenapa? Kau nak?" Sunoo membalas malas, orang tengah sibuk menulis karangan tu.

"No thanks. Aku tahu bunga ni untuk Ella kesayangan kau tu"

Sunghoon membuat muka tak puas hati apabila diabaikan. Dia bersuara lagi.

"Macam mana hubungan kau dengan dia? Makin baik ataupun..?"

Sunoo meletakkan pensil sebelum menjawab. "Aku tak tahu. Nak cakap makin baik, tak sesuai. Makin teruk pun tak. Entah lah. Biasa-biasa je"

Sunghoon menganggukkan kepala menandakan dia sudah faham. Dia berbicara sekali lagi. "Cikgu Min tak masuk lepas ni sebab ada meeting. Kau pergi lah jumpa Ella kau tu memandangkan semua guru sibuk"

"Ah aku baru teringat! Thank you dah ingatkan aku!" Anginnya berubah menjadi ceria dalam sekelip mata.

Ellarose Lee = kebahagiaan Kim Sunoo.

Pasu bunga itu dicapai dan dibawa berlari bersamanya.

Terlalu teruja untuk bertemu dengan gadis kesukaannya itu sehingga tidak sengaja terlanggar Seoyun yg kebetulan lalu disitu. Pasu bunga yg dipeluknya tadi jatuh ke atas lantai. Pecah berkecai.

"Ah!" Gadis itu terjerit kerana terkejut.

Mulut Sunoo terbuka luas 2 kali lebih terkejut daripada Seoyun. Tangannya mulai bergerak mengutip serpihan-serpihan kaca diatas lantai. "Bunga ni untuk Rose.." Dia berkata perlahan, sedih.

Pantas Seoyun membongkok meminta maaf walaupun bukan kesalahannya. "Ah maaf aku tak sengaja!"

Sunoo tidak membalas lagi, terlalu marah untuk bersuara. Seoyun memegang bahunya memintanya untuk membalas pandangan. "Jangan lah marah. Aku tahu bunga tu untuk Ella. Aku tergesa-gesa sangat pun sebab perempuan kesayangan kau tengah perlukan bantuan"

"Bantuan?"

"Macam ni.. benda ni agak.. em.."

"Apa hal? Cakap je lah"

"Ni hal perempuan okey? Ah maaf Ella aku terpaksa" Dia memejamkan mata meminta maaf kepada rakannya itu.

"Ella period and dah tembus dah pun. Aku tak ada pad lebih jadi aku minta lah dekat perempuan lain. Tapi tak ada juga. Sekarang ni aku tengah tebalkan muka untuk masuk kelas yg lain semata-mata nak minta pad. Boleh tolong-"

Sunoo memotong ayatnya sebelum dia habis berbicara. "Tak apa. Kau suruh Rose tunggu. Aku pergi belikan dia"

"Betul ke ni?"

Dia tidak menjawab lagi. Dia langsung berlari meninggalkan Seoyun yg terpinga-pinga. Tak kisah jika dia akan didenda oleh cikgu nanti. Sekarang ni, tiada apa-apa yg lebih penting daripada Ellarose.

"Weh bunga kau tertinggal!" Beritahu Seoyun, dia mengangkat bunga mawar oren itu dengan tinggi.

Sunoo mengundur, dia merampas bunga miliknya itu dan terus sambung berlari.

──────────── ㅤ⚘

❝Rose : Always Waiting❞ + SunooTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang