ㅤ
⚘
From : Sunoo
To : Rose❝Saya sukakan awak dan saya tahu awak masih tak boleh balas perasaan saya. But, let's be friends please?❞
──────────── ㅤ⚘
"Dia ajak aku keluar lepastu tinggalkan bunga ros atas tanah. Lepastu, dia balik tanpa jumpa aku" Ella mengadu kepada Seoyun tak puas hati.
"Aik? Macam tu pula?"
"Entah. Tapi dia ada tinggalkan kad ni sekali" Beritahu Ella lagi, dia menunjukkan kad yg disebut tadi. Seoyun mengambilnya dan mula membaca. "Comel- eh. Dia malu kot. Tu yg terus balik tu"
"Kalau ya pun hm"
"Kau setuju ke berkawan dengan dia?"
"Mungkin"
"Sudah sudah lah berborak tu. Cikgu Han suruh semua murid turun ke padang woi! Sukan akhir tahun dah mula!" Sunghoon tiba-tiba memunculkan dirinya dimuka pintu. Dia melompat-lompat teruja.
"Yeyyy! Weh jum lah turun. Aku tak sabar nak lumba lari dengan kelas B ni"
"Aku tak sabar nak lompat tinggi"
"Cepat cepat!"
"Weh jum tukar baju pj"
Semua orang kelihatan sangat teruja. Satu persatu murid didalam kelas itu berlari menuju ke padang. Tinggal Ella dan Seoyun sahaja berada didalam. Mereka memandang baju seragam yg tersarung ditubuh masing-masing dengan pandangan hampir menangis.
"Gila. Aku terlupa hari ni hari sukan" Ujar Seoyun, terselit nada menyesal didalam suaranya.
"Aku pun.."
──────────── ㅤ⚘
Sungguh meriah suasana dipadang sekolah itu, dipenuhi dengan pelajar yg berpakaian baju berwarna warni. Semua orang akan terbagi kepada 4 kumpulan antaranya, rumah hijau, merah, biru dan kuning.
Yg tidak memakai baju pj pula diasingkan. Mereka duduk dihujung padang sebagai penonton dan cheer team low budget.
Mereka diminta untuk menjerit memberikan semangat kepada kumpulan masing-masing. Seoyun dan Ella dari kumpulan yg sama, rumah kuning.
"Eh Sunoo, kau pun lupa bawa baju pj ke?" Sunghoon bertanya apabila melihat Sunoo berjalan ke arahnya.
"Tak lah, aku sengaja pakai seragam sekolah"
Awalnya Sunghoon keliru tapi matanya tak sengaja melihat Ella disebelah Seoyun. Kepala dianggukkan. Dia tersengih. "Ooo faham faham"
"Apa yg kau faham?"
Sunghoon menepuk bahu Sunoo lalu menolaknya mendekat kepada Ella. Bahu dua orang itu terlanggar kuat. "Au"
"Tak apa. Tak usah nafikan. Saya faham" Sunghoon mengenyitkan matanya.
"Apa kau buat ni gila" Sunoo separa berbisik. Dalam hatinya memaki rakannya itu tanpa henti.
Sunghoon tidak membalas lagi. Dia memekakkan telinganya.
Pantas Sunoo menjauhi dirinya daripada Ella. Dia menunduk kecil. "Maaf"
"Tak apa. Bukan salah awak"
Selepas itu, mereka berdua tidak bersuara lagi. Sesekali Ella akan mencuri-curi pandang wajah Sunoo. Rasa pelik bila dia mendiamkan diri seperti sekarang.
"Sunoo"
"Hm?"
"Saya terima awak jadi kawan saya"
Bersinar-sinar mata Sunoo mendengarkan ayat Ella itu. Sejak datang sekolah tadi anginnya tidak pernah baik tapi kata-kata ringkas daripada Ella tadi berjaya mengembalikan senyumannya.
"Thank you!"
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Romance13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...