ㅤ
⚘
Hari ini merupakan hari graduasi buat pelajar akhir tahun disekolah menengah Vaia. Maknanya, ini merupakan peluang terakhir mereka dapat menjejakkan kaki disekolah itu. Selepas ini, setiap orang akan menjalani kehidupan masing-masing.
Semua pelajar diwajibkan untuk menghadirkan diri ke sekolah tetapi batang hidung Kim Sunoo masih belum terlihat.
Ella menapak masuk ke dalam dewan dan mula memanjangkan leher mencari kelibat Sunoo. Tapi tiada. Kenapa lelaki tu tidak menghadirkan diri pada waktu penting seperti ini?
Dia yakin pasti ada sesuatu yg terjadi pada Sunoo.
"Hoon, kenapa Sunoo tak datang?"
Sunghoon mengedipkan dua matanya lalu membuang pandangan ke tempat lain. Kepala yg tidak gatal digaru pelan. "Aku pun tak tahu"
"Dia okey ke? Sebab semalam dia tak ada duit tambang untuk naik bas. Saya.. risau"
"Risau?"
Ella menganggukkan kepala teragak-agak. "Tak ada apa-apa yg terjadi dekat dia, kan?"
"Dia okey je. Kalau ya pun, tak perlu nak berpura-pura risau"
Dia memandang Sunghoon tak percaya. Sejak bila dia berpura-pura? Dia benar-benar risau andai sesuatu buruk terjadi pada Sunoo memandangkan lelaki tu sanggup bayarkan duit tambang buatnya kelmarin. "Saya tak berpura-pura"
"Korang dah putus kan? Kenapa nak ambil tahu pasal dia lagi?"
Kenapa Sunghoon marah sangat?
"Mana ada putus"
"Sunoo cakap dia dah tak anggap kau girlfriend dia lagi. Lagipun kau cuma pergunakan dia kan?"
Ella terdiam tidak berani mengatakan apa-apa lagi.
──────────── ㅤ⚘
Selepas beberapa minit,
Semua murid daripada kelas terakhir diminta untuk mengambil gambar sebelum menamatkan majlis. Ella cuba untuk bergambar bersama ibu bapanya tetapi tiada sesiapa sudi membantu. Seoyun? Sibuk bersama Sunghoon."Ah boleh tolong ambilkan gambar saya?"
"Boleh" Seorang pelajar lelaki bersetuju, kamera yg berada di tangannya diambil.
Ella membongkok berterima kasih sebelum mengundurkan diri kepada ibu dan ayahnya. Sekeluarga itu mula bersiap sedia untuk digambar.
"Dah sedia?" Pelajar lelaki tadi bertanya.
Ella terdiam apabila mendengar suara itu. Dia mengangkat muka untuk mempertemukan pandangan mereka berdua. Rupa-rupanya pemilik suara itu ialah Kim Sunoo. Ella melepaskan nafas lega.
"Saya ambil gambar sekarang okey? 12, 3!"
Ella segera menghampiri Sunoo setelah selesai mengambil gambar. Dia memberikan kamera kepada ibunya supaya dapat memberikan perhatian pada Sunoo.
"Sunoo"
"Hm?"
"Terima kasih. Saya tak sempat nak cakap semalam. Terima kasih tolong bayarkan duit tambang saya"
Sunoo tersenyum ceria. Gembira mendengar orang yg dia suka berterima kasih padanya. "Sama-sama""Saya ingatkan ada sesuatu terjadi dekat awak. Kenapa datang lambat?"
Sunoo diam sejenak. Patut kah dia memberitahunya perkara yg sebenar?
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Romans13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...