13+
❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞
- UNREQUITED LOVE TROPE
┌ · · · · ♡
Draft : 02 December 2021
Start : 03 December 2021
End : 07 December 2021
PRE...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
⚘
Mujur Ella mendapat kebenaran daripada cikgu untuk menghantar Sunoo pulang ke rumah. Kalau tidak entah apa yg akan terjadi kepada lelaki itu. Mereka berdua turun dari bas bersama. Ella cuba memapahnya namun tangannya ditepis perlahan.
"Tak apa. Saya okey je"
"Okey apanya sampai menggigil macam ni?"
Sunoo diam dan membuang pandangannya ke tempat lain.
"Betul ke penyakit leukemia tu tak datang balik?"
Kali ini dia memandang Ella dengan terkejut. Macam mana Ella boleh tahu pasal semua ni? "Siapa bagitahu awak?"
"Sunghoon"
Dia mengetap gigi. Menahan diri dari memaki Park Sunghoon. Sebenarnya dia merahsiakan hal ini daripada semua orang termasuk lah kawan-kawannya sendiri. Tiada sesiapa tahu yg dia pernah menghidap penyakit leukemia selama beberapa tahun sebelum ini. Kecuali Sunghoon.
Dan Ellarose.
"Ya. Penyakit tu tak datang balik. Saya dah lama sembuh"
Ella menghembuskan nafas lega.
"Maksudnya, sekarang awak demam biasa ke?"
Sunoo mengangguk perlahan.
"Okey. Jum saya hantar awak sampai depan rumah"
Ella mengorak langkahnya tapi tak lama kemudian dia berhenti ketika perasan tiada Sunoo berjalan di sisi. Dahinya berkerut melihatkan lelaki itu masih berdiri ditempat yg sama. "Kenapa?"
Sunoo tidak menjawab sebaliknya dia mengepal tangan. Sungguh dia berasa simpati dengan diri sendiri. Sepatutnya, dia mesti nampak kuat dimata Ella. Bukannya macam ni.
Dia rasa malu dan lemah. Dia benci semua tu.
"Saya dah cakap saya okey kan, awak tak faham bahasa ke?"
Kasar dia berbicara.
Ella terdiam. Niatnya baik tapi begini pula balasan yg dia terima. "Ah.. Maaf. Saya cuma nak tolong awak"
"Tak perlu. Saya boleh jalan sendiri" Sunoo beredar tanpa menunggu balasan daripada Ella.
Ella masih berdiri ditempat yg sama. Dia hanya mampu menghantar pemergian Sunoo dengan pandangan.
Tak apa lah, tak perlu ambil hati. Dia sakit. Mungkinangin dia tak berapabaik.
Monolog Ella.
──────────── ㅤ⚘
Sunoo menanggalkan beg sekolahnya sebelum melempar tubuh ke atas katil. Keluhan berat dilepaskan. Rasa menyesal mulai muncul didalam diri.
"Tak guna, aku lupa bagi bunga ros pink untuk dia hari ni"
"Ah kenapa aku berkasar dengan dia tadi?"
"Apa aku buat ni?"
Entah bagaimana dia bisa terlelap selepas beberapa saat emosi tadi. Matanya perlahan-lahan tertutup. Mungkin kesan demam yg melampau.