ㅤ
⚘
Sudah dua hari Sunoo tidak menghadirkan diri ke sekolah. Kebelakangan ni dia selalu sakit. Kadang-kadang tubuhnya rasa sakit walaupun dia tidak melalukan hal-hal yg ekstrem.
Ella tidak mengambil kisah tentangnya langsung. Mungkin kerana dia masih belum ada perasaan suka ataupun sayang pada lelaki itu. Sunghoon pula semakin risau apabila Sunoo tidak boleh dihubungi sama sekali.
Tapi jangan risau, sekarang dia baik-baik sahaja.
"Macam mana keadaan kamu sekarang? Sihat?" Seorang lelaki berusia sekitar 40an yg mengenakan kot putih itu bertanya dengan lembut.
Sunoo menganggukkan kepala. Malas mahu bersuara.
"Sunghoon bagitahu pakcik yg kamu tak datang sekolah selama 2 hari. Betul ke kamu baik-baik je?"
"Hm"
"Sunoo.. Jangan macam ni. Pakcik tahu penyakit tu datang balik kan? Kalau pasal duit tu tak apa, pakcik boleh bincang untuk kurangkan. Jangan risau, pakcik akan rawat kamu lagi"
"Kenapa tuan Park tak percayakan Sunoo? Saya cuma demam biasa. Penyakit tu tak datang balik pun"
Tuan Park mengeluh. Dulu mudah sahaja baginya untuk merawat Sunoo tapi kenapa sekarang Sunoo tiba-tiba ingin berkeras? Apa yg tak kena? Adakah ia disebabkan ayahnya sudah tiada dan itu menyebabkan dia kekurangan duit? Ataupun penyakit leukemia itu benar-benar tidak datang kembali?
"Berat badan kamu pun susut secara mendadak. Betul ke kamu dah buat check up? Yakin penyakit tu tak datang balik?"
Dia menganggukkan kepala yakin. Kenapa semua orang susah percayakan dia?
Tuan Park masih belum mempercayainya, beliau meletakkan ubat-ubatan ke atas meja. "Pil-pil ni boleh membunuh sel barah dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan--" Ayatnya dipintas oleh remaja lelaki dihadapannya.
"Saya tak perlukan semua ni"
Sunoo bangun dan mula melangkah, nasib baik Tuan Park sempat menghalangnya. Ubat-ubatan tadi diletakkan ke dalam telapak tangannya. "Pakcik tahu. Tapi tolong ambil semua ni sebab bila-bila masa je penyakit leukemia tu boleh datang balik"
Sunoo mendengus tetapi dia tetap membawa ubat-ubatan itu pulang. Kalau tidak, sampai ke hari esok Tuan Park akan memaksanya.
"Kenapa semua orang tak percaya aku sihat?"
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Romance13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...