ㅤ
⚘
Apa yg terjadi selepas Kim Sunoo pengsan semalam? Macam mana dia boleh ke sekolah?
Sebenarnya, semalam Sunghoon menuju ke sekolah semula apabila melihat banyak panggilan yg terlepas daripada Sunoo. Untung dia tidak terlambat. Rupa-rupanya sahabatnya itu sudah terbaring diatas tanah tidak sedarkan diri.
Kim Sunoo dikejarkan ke hospital.
Sunghoon diberitahu bahawa penyakit leukemia yg dihidapi oleh Sunoo sudah semakin merebak. Bilangan darah sel putih yg tinggi dan tak matang sudah berkumpul dalam sumsum tulang.
Dia boleh berhenti bernafas bila-bila masa sahaja. Ini terjadi kerana dia jarang mengambil pil-pil yg diberikan oleh Tuan Park. Setidak-tidaknya, dia patut membuat transplantasi sumsum tulang.
Malangnya, Sunoo tidak mampu menampung semua kos untuk semua itu.
Sunghoon dan ayahnya boleh membantu tetapi dia tak mahu menyusahkan sesiapa.
Sunoo kelihatan sangat pucat dan tidak bermaya tetapi masih degil dan memaksa dirinya untuk lari dari hospital semata-mata ingin berjumpa dengan Ella buat kali terakhir. Dia tahu selepas ini tiada peluang lagi baginya dapat melihat wajah gadis itu. Sama ada dia mati ataupun berpisah disebabkan hari graduasi.
Disini lah dia, berpura-pura baik-baik sahaja dihadapan Ella.
Tangannya ditarik dan dia mengikuti setiap langkah Ella secara automatik. Mereka menuju ke taman sekolah tempat dimana mereka bertemu buat kali pertama.
"Kenapa?"
"Saya minta maaf" Ucap Ella perlahan.
"Kenapa minta maaf?"
"Sebab mempergunakan awak. Saya berpura-pura sukakan awak. Maaf"
Sunoo tidak marah ataupun sedih, dia menunjukkan senyuman lalu mencapai tangan gadis itu. "Tak apa. Saya sendiri yg minta. Sepatutnya saya berterima kasih"
"Terima kasih sebab dah berpura-pura sukakan saya"
Ella putus kata. Macam mana lelaki ni boleh berterima kasih kepadanya dengan senyuman? Dia tak sedih ke?
Dia melepaskan tangannya. "Kenapa awak baik sangat?"
"Baik? Saya tak baik sebab paksa awak sukakan saya"
Kali ini Ella menggigit bibir bawahnya. Semakin geram dengan sikap Kim Sunoo. Bodoh. Dia sudah dipergunakan tapi..
"Tak apa, Rose. Saya betul-betul berterima kasih. Saya tak pernah rasa sebahagia macam ni selama saya hidup. Berpura-pura bercinta dengan awak pun dah cukup. Terima kasih"
"Saya kesunyian selepas pemergian ayah saya tapi nasib baik awak ada, Rose"
"Sunoo.."
Sunoo menghulurkan bunga mawar hitam yg dia bawa sejak tadi. Bunga terakhir daripadanya. "Untuk awak. Memberi bunga ros hitam kepada seseorang boleh membawa maksud sebagai pengakhiran sesuatu hubungan ataupun perpisahan"
"Maksud awak.."
"Ya. Kita putus. Dah tak ada sebab untuk teruskan semua ni lagi. Saya tak nak terus paksa awak untuk berpura-pura sukakan saya"
Perlahan-lahan tangan gadis itu mencapai bunga mawar yg dia hulurkan. Kepala dianggukkan tanda faham.
"Tapi saya masih setia tunggu awak betul-betul membalas perasaan saya satu hari nanti"
"Terima kasih, Sunoo"
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Romance13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...