ㅤ
⚘
Percaya atau tidak sekarang sudah genap 2 tahun Kim Sunoo menaruh perasaan pada Ellarose. Tapi mereka berdua tidak pernah menjadi rakan sekelas. Tiada peluang baginya untuk memperkenalkan dirinya kepada gadis itu.
Kemungkinan besar Ella masih belum mengenalinya.
"Bila kau nak confess dengan Ella kau tu?" Sunghoon bertanya.
Pandangan mereka berdua difokuskan pada Ella yg sedang bermain bersama Seoyun disana. Sunoo mengeluh lalu menjawab. "Tak tahu. Aku tak berani"
"Jadi, kalau aku cuba tackle dia pun tak apa ke?" Kata Sunghoon lagi, cuba untuk memberanikan Sunoo.
"Diam lah"
"Tahu pun tak suka. Macam mana kalau lelaki lain dapat dia dulu? Merana nanti baru tahu"
"Ish ya lah! Nanti aku confess hari ini. Kau tunggu" Pantang dicabar.
Sunghoon tersenyum puas. Akhirnya, kawan dia akan menyatakan perasaannya hari ini. "Yey! Goodluck goodluck. Aku support kau dari bawah atas kiri dan kanan dari segala sudut"
──────────── ㅤ⚘
Sunoo menunggu diluar pagar manakala Sunghoon memerhati dia dari jauh. Kelihatan kelibat Ella berjalan semakin mendekat ke arahnya. Dia menoleh memandang Sunghoon dibelakang dengan gemuruh.
'Jangan nervous bodoh' - Park Sunghoon.
Dapat dia baca gerakan mulut lelaki itu. Dia kembali memandang Ella dihadapan. Nampaknya, Ella tidak bersama dengan Seoyun hari ini.
Keberanian dikumpul sebanyak yg mungkin. Mulut dibuka perlahan. Namun, kecantikan gadis itu membuatkan lidahnya terkelu dan semakin gemuruh. Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain dan membiarkan Ella melewati dirinya.
Sunghoon dengan geramnya keluar dari tempat persembunyian lalu menghampiri Sunoo. Kepalanya diketuk kuat. "Apa kau buat ni? Kenapa biarkan dia lalu macam tu je?"
"Aku tak berani bodoh. Macam mana kalau dia reject aku? Dia terlampau perfect untuk disuka"
"Kepala hotak kau. Kau dah bazirkan masa aku. Dislike dislike"
"Lain kali je lah aku confess, hehe"
"Hehe hehe nenek kau. Kalau dia dah ada boyfriend nanti tak payah nak meroyan dekat aku"
Sunghoon jalan mendahului. Geram dengan sikapnya. Bukannya apa, dia cuma tak mahu rakan baiknya itu tersakiti.
"Tunggu lah!"
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Roman d'amour13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...