ㅤ
⚘
"Maaf, tapi saya masih belum sukakan awak" Ella menundukkan kepala setelah menolak perasaan Sunoo buat entah ke-berapa kalinya. Dia selalu menolak perasaan lelaki itu sehingga hampir tidak terkira.
"Kenapa? Apa yg kurang?"
Dia menggelengkan kepalanya. "Tak, ini bukan soal kekurangan tapi soal perasaan. Saya tak boleh timbulkan perasaan suka semudah tu"
Sunoo tersenyum pahit. "Tapi saya boleh bahagiakan awak bukan macam lelaki tadi"
"Maaf. Saya tak ada perasaan dekat awak langsung" Ella menolak lagi.
"Tak boleh ke awak balas perasaan saya?"
Sunoo memberanikan dirinya untuk mencapai tangan gadis itu. Dia menggengam lembut jari jemarinya. Pandangannya difokuskan ke dalam iris mata Ella.
"Tolong pura-pura sukakan saya sampai perkara tu betul-betul jadi kenyataan" Dia merayu. Matanya mula berair.
Rasa simpati hadir didalam diri Ella.
"Ya, saya tahu saya nampak kasihan sangat sekarang ni. Tolong balas perasaan saya walaupun itu cuma palsu ataupun hanya disebabkan awak bersimpati"
Ella melepaskan tangannya. Tidak sanggup terus melihat Sunoo bertingkah laku seperti ini. "Tolong berhenti, Sunoo. Jangan macam ni"
Sunoo mendiamkan dirinya buat beberapa saat. Air matanya dibiarkan mengalir. Kepala ditundukkan.
"Saya sukakan awak, Ellarose"
"Sunoo.. Jangan buatkan saya rasa macam orang jahat"
Dia menyeka air matanya sebelum mengangkat muka memandang gadis dihadapannya itu. "Mungkin.. dengan ini saya boleh buatkan awak sukakan saya" Katanya perlahan.
Kedua-dua kening gadis itu hampir bertaut kerana tak faham. "Apa awak cakap ni?'
Sunoo memegang belakang lehernya dan mendekatkan wajah mereka tanpa amaran. Tidak sempat Ella memberikan reaksi, lelaki ini sudah cuba untuk merapatkan bibir mereka berdua.
Ini bukan mimpi kan? Ini kah Kim Sunoo yg dia kenal?
Ella menolak Sunoo menjauh sebelum dia sempat mendaratkan ciuman pada bibirnya. Dia memandang lelaki itu tak percaya. "Tolong berhenti, Kim Sunoo" Katanya tegas.
Tak mampu berpandangan dengannya lagi. Dia langsung berlari meninggalkan tempat itu.
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Romansa13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...