16

143 38 3
                                    

⚘

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Sunoo kelihatan sangat senang hati sekarang. Tidak penat tersenyum tanpa henti. Dia berlari anak ke muka pintu. Tidak sabar. Dia menyarungkan kasut dengan tergesa-gesa.

Rasanya keajaiban benar-benar berlaku pada dirinya.

Ella tiba-tiba tergerak hati untuk mengajaknya bertemu. Dua hari lalu, dia diabaikan tapi sekarang gadis itu tiba-tiba menghantar mesej kepadanya dengan mengatakan ada satu berita baik yg ingin dia sampaikan.

Siapa je tak gembira kan?

Dia berlari kecil menuju ke bangku yg terletak dihadapan rumahnya itu dengan gembira. Disini juga lah tempat perasaan Ella ditolak hari itu.

"Rose!"

Ellarose menoleh memandang Sunoo yg sedang melambaikan kedua-dua tangannya dengan luas. Dia tersenyum lalu membalas lambaian lelaki itu.

"Berita apa tu?" Soal Sunoo sebaik sahaja melabuhkan punggung disebelahnya. Dua matanya bersinar-sinar menantikan balasan daripada Ella.

"Em--"

Sunoo memotong ayatnya. "Sebelum tu, saya nak minta maaf atas tindakan gila saya haritu!" Dia membongkok 90° darjah menandakan dia benar-benar menyesali perbuatannya beberapa hari lepas itu.

Ella menghentikannya. Kepala digelengkan laju. "Tak apa"

"Duduk lah. Saya nak cakap sesuatu" Katanya lagi.

Sunoo duduk dengan ragu-ragu. "Ya?"

Tiba-tiba Ella mengenggam tangannya lembut. Mata Sunoo terbeliak, terkejut dengan tindakannya yg secara mengejut ini. Pertama kali dia dapat merasakan sentuhan daripada Ellarose.

Ya, dia pernah mencuri ciuman daripada Ella tapi gadis itu tidak pernah membalas.

"Saya baru sedar yg saya pun sukakan awak, Sunoo"

Jantungnya berdegup dengan pantas mendengarkan ayat itu. Ini lah yg dia nanti-nantikan selama ni. Tidak pernah dia merasa sebahagia ini seumur hidupnya.

"Betul ke?"

Ella menganggukkan kepalanya. "Awak layan saya dengan baik. Macam mana saya boleh tak sukakan awak?"

Sunoo bangun dan mula bersorak gembira.  Tidak rugi dia menyatakan perasaannya dan ditolak setiap hari seperti orang bodoh. Dia tersenyum sampai ke telinga.

Ella tertawa kecil. Suka melihat reaksinya. Lantas, dia memeluk lelaki itu dengan penuh kasih sayang. Pelukannya dibalas dengan lebih erat.

Dia harap kebahagiaan ini akan kekal selamanya.

──────────── ㅤ⚘

❝Rose : Always Waiting❞ + SunooTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang