19

142 40 15
                                    

⚘

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Woi jum makan tengah hari dengan aku" Sunghoon mengajak Sunoo yg kelihatan sedang gigih menyiapkan kerja sekolah yg diberi oleh cikgu Han tadi.

"Kau pergi lah dengan Seoyun dulu. Nanti aku datang"

Tiada tenaga untuk memujuk, dia segera pergi meninggalkannya tanpa berkata apa-apa.

Sunoo bangun dan menuju ke kelas Ella. Matanya meliar melihat sekeliling bagi memastikan tiada sesiapa memerhatikan gerak gerinya sekarang. Dia menghampiri tong sampah diluar dan membuka penutupnya.

Benar tekaannya, Ella membuang bunga mawar merah yg dia hadiahkan kelmarin. Jujur dia kecewa dan sedih sekarang.

Tapi dia dah agak semua ni pasti akan terjadi.

Mustahil Ella boleh tiba-tiba sukakan dia. Tapi dia tetap sakit. "Oh dia pura-pura sukakan aku" Gumamnya perlahan.

"Sunoo.."

Terbeliak matanya mendengar suara Ella. Sunoo memusingkan tubuh, menghadap pemilik suara itu.

Perasaan gelisah hadir didalam dirinya. Dia tahu hubungan ni palsu. Tapi dia tetap gembira. Dia tetap ingin teruskan semuanya. Dia belum bersiap sedia untuk melepaskan Ella.

Kalau gadis itu tahu Sunoo sudah mendapat tahu tentang dia dipermainkan. Hubungan ini pasti akan hancur. Sunoo tak mahu semua itu terjadi.

"Awak buat apa dekat sini?"

"T-tak ada apa-apa"

Ella tahu dia menipu. Sekarang, dia rasa serba salah. Bibir bawah digigit. "Nampaknya awak dah tahu"

"Tahu apa?"

"Sebenarnya, saya tak--"

Sunoo tak sanggup mendengar sambungan ayat yg bakal keluar daripada mulutnya lagi. Dia memintas. "Rose. Saya kena pergi kantin ni. Lain kali je lah awak bagitahu saya, okey?"

"Sunoo.."

"Maaf. Saya lapar sangat ni, hehe"

Masih mampu tersengih palsu padahal jauh disudut hatinya dia rasa ingin menangis. Dia langsung beredar.

──────────── ㅤ⚘

Ella menggalas begnya bersiap sedia untuk balik ke rumah. Mesej daripada sang ayah dibuka. Dia mengeluh setelah diberitahu harus balik ke rumah menaiki bas. Masalahnya, dia terlupa membawa duit hari ini.

"Sibuk sangat ke sampai tak boleh ambil anak sendiri?"

Dia meraup muka. Sunghoon sudah menghantar satu-satunya rakan yg dia ada tadi jadi dia nak minta tolong dengan siapa?

Lama berfikir. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berjalan kaki. Tak mahu menyusahkan sesiapa.

"Rose!"

Sunoo berlari menghampirinya dengan ceria. Semakin pantas Ella berjalan. Tapi lelaki itu masih sempat mendapatkannya.

Dia mengalah.

"Wah boleh lah kita naik bas sama-sama"

"Tapi, saya tak bawa duit"

"Ha? Jadi awak nak balik jalan kaki ke ni?"

"Ya.."

"Kenapa tak bagitahu boyfriend awak ni. Saya kan ada. Tak apa. Saya boleh bayarkan"

Semakin rasa bersalah Ella dibuatnya.

Sunoo sudah tahu dia hanya dipergunakan namun dia tetap menyukai gadis itu.

Mereka berdua duduk di perhentian bas sementara menunggu bas tiba. Tiada sesiapa berani memulakan perbualan lagi. Sunyi sepi.

Beberapa minit kemudian,
Bas yg dinanti-nantikan sejak tadi akhirnya tiba. Mereka berdua berdiri dan Ella masuk ke dalam bas terlebih dahulu.

Sunoo mengimbas kadnya.

"Duit adik cukup untuk seorang penumpang je"

Kenapa tak cakap awal-awal duit tak cukup?

"Saya tahu. Saya bayarkan duit tambang untuk pelajar perempuan dekat belakang tu"

Sempat Sunoo melambaikan tangan ke arah Ella sebelum turun dari bas.

"Eh Sunoo, macam mana dengan awak?" Dia bangun berniat ingin keluar tetapi dia duduk kembali ketika bas mulai bergerak. Dia memandang Sunoo diluar dengan risau.

Namun, lelaki itu kelihatan baik-baik sahaja bahkan tersenyum manis kepadanya.

──────────── ㅤ⚘

❝Rose : Always Waiting❞ + SunooTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang