ㅤ
⚘
"Weh kenapa tak hadir dua hari? Kau sakit ke?" Sunghoon bertanya risau. Dia jalan membuntuti Kim Sunoo yg laju berjalan seakan-akan mengelakkan diri daripadanya.
"Aku sihat je. Kau tu yg overthinking sampai bagitahu ayah kau pasal aku"
"Pukimak. Macam mana aku tak risau bila kau matikan telefon gila?" Percuma saja dia terima makian di pagi hari yg indah ini.
"Tak payah nak pukikan aku. Aku sihat je lah. Kenapa tak ada sesiapa percayakan aku ni?"
Sunghoon mengalah apabila perasan Sunoo mulai naik angin. "Hm ya lah Kim Sunoo. Maafkan saya ya. Selamat kembali ke sekolah"
Tiada angin tiada ribut, Sunoo tiba-tiba tersenyum lebar. Sunghoon keliru melihatkan riak mukanya yg berubah secara drastik.
"Rose.. Aku rindu dia" Sunoo berkata perlahan, jarinya menunjuk ke arah Ella yg baru melewati pagar sekolah bersama Seoyun.
Sunghoon menggulingkan biji matanya. "Haih, patutlah. Aku masuk kelas dulu tau" Dia mengeluh saat Sunoo tidak membalas apa-apa, masih memerhatikan Ella disana.
Akhirnya dia beredar.
Menyampah."Ella. Sunoo datang sekolah hari ni lah" Bilang Seoyun, dia menggoncang bahu Ella memaksanya untuk memberikan respon.
Namun, gadis itu hanya menganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda tidak tertarik.
"Selamat pagi Rose!!" Ucap Sunoo dengan nada yg cukup kuat, dia melambaikan kedua-dua tangannya dengan luas.
Sunoo berlari anak mendapatkan Ella. 3 jenis bunga mawar dihulurkan kepadanya. "Nah! Bunga ros warna pink, jingga and paling special sekali warna rainbow. Saya bagi 3 bunga sekaligus sebab dah 3 hari saya tak jumpa awak"
Niat Ella ingin mengabaikannya hilang ketika pandangan matanya menangkap bunga mawar berwarna pelangi itu. "Wahh, pertama kali saya nampak bunga mawar warna pelangi" Katanya kagum.
"Mesti lah. Saya dengar diorang rendamkan dalam pelbagai warna jadi maknanya warna bunga ni bukan natural lah. Mahal tau. Susah nak dijumpai" Dia mula menunjuk-nunjuk dan berkira dalam masa yg sama.
Ella tersenyum kecil.
"Ehem! Sebelum tu, aku pergi dulu tau" Pamit Seoyun yg jadi orang ke-tiga tak berbayar itu.
Dua orang itu sambung berborak apabila Seoyun sudah menjauh. Sunoo menggaru kepalanya sebelum berkata. "Maaf sebab berkasar dengan awak haritu"
"Tak apa lah. Awak dah sihat kan?"
"Mesti lah"
"Em.. Kalau macam tu saya masuk kelas dulu" Ella menamatkan perbualan mereka memandangkan dia rasa sangat kekok setiap kali berduaan bersama Sunoo. Dia mula melangkah.
Terasa 5 jari mencapai tangannya dari belakang dan dia tahu itu Kim Sunoo. Langkahnya terhenti serta merta.
"Rose, saya sukakan awak"
"Saya tak tahu kenapa tapi saya sukakan awak sangat-sangat"
"Saya.. sukakan Ellarose Lee"
Ella meneguk air liurnya sendiri, hatinya sedikit tercuit mendengar pengakuan daripada Sunoo tanpa henti itu.
"Okey, dah cukup 3 kali"
Senyuman terbit di hujung bibir gadis itu. Comel pula Sunoo ni. 3 hari tak jumpa, 3 kali juga lah dia menyatakan perasaannya.
──────────── ㅤ⚘
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Rose : Always Waiting❞ + Sunoo
Roman d'amour13+ ❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞ - UNREQUITED LOVE ┌ · · · · ♡ Draft : 02 December 2021 Start : 03 December 2021 End : 07 December 2021 PREQUEL ...