13+
❝Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti❞
- UNREQUITED LOVE TROPE
┌ · · · · ♡
Draft : 02 December 2021
Start : 03 December 2021
End : 07 December 2021
PRE...
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Blue Rose :
❝It can also mean that you're waiting for a miracle to happen since your love can't be reciprocated❞
──────────── ㅤ⚘
Ella mengambil sekuntum bunga mawar biru yg berada diatas mejanya. Tak usah ditanya, dia sudah tahu siapa si pemberi itu. Kim Sunoo. Keluhan berat dihembuskan.
Tanpa rasa kasihan dia mencampakkan bunga mawar itu ke dalam tong sampah yg berada diluar kelas.
Kejadian kelmarin masih menyakitkan hatinya. Entah apa yg difikirkan oleh Sunoo sehingga berani berbuat begitu tanpa izin. Seterdesak itu kah dia menginginkan cinta Ellarose?
"Kenapa kau buang bunga ros tu? Selama ni okey je kau terima" Seoyun bertanya pelik.
Ella tidak membalas. Dia duduk diatas bangku tanpa sebarang suara.
"Kau okey tak?" Soal Seoyun sekali lagi. Dia mengheret kerusi mendekat ke meja temannya yg kelihatan dalam badmooditu.
Ella menganggukkan kepalanya.
"Tipu lah. Siapa buat kau macam ni? Sunoo?"
Ella mengeluh. Sebenarnya penyebab utama dia berkelakuan seperti ini adalah disebabkan cintanya baru ditolak oleh Haru kelmarin. Lepastu Sunoo menambah pula. Makin tertekan dia dibuatnya.
"Bukan Sunoo. Aku okey je. Jangan risau" Dia cuba sebaik mungkin berlembut.
"Hm okey lah" Seoyun mengalah.
──────────── ㅤ⚘
Sunghoon masuk ke dalam tandas lelaki untuk membasuh muka. Tak sangka ada Sunoo didalam. Dia kelihatan sedang menelan sesuatu. Pil mungkin?
"Kau demam lagi ke?"
Sunghoon bertanya dengan nada yg biasa-biasa. Namun reaksi yg ditunjukkan oleh Sunoo tidak sesuai dengan soalannya tadi. Dia kelihatan gelabah cuba untuk menyembunyikan sesuatu.
"Ya"
"Kau telan apa tadi?"
"Pil lah apa lagi? Dah namanya pun demam" Sunoo naik bengang membuatkan Sunghoon tidak senang hati.
"Kau dah kenapa kebelakangan ni sensitif gila?"
"Maaf"
Sunghoon mendengus tak puas hati walaupun sudah mendengar Sunoo meminta maaf. Dia membasuh tangannya dengan kasar.
Tiba-tiba tekak Sunoo terasa tidak selesa. Tak lama selepas itu dia masuk ke dalam salah satu bilik dan muntah. Sunghoon yg marah tadi berubah menjadi risau melihatkan kondisinya sampai macam ni sekali.
"Hoi bodoh! Demam kau teruk sangat ni. Kenapa datang sekolah?"
Sunoo membasuh mulutnya sebelum menjawab. "Aku okey je"
"Kim Sunoo! Mungkin kau boleh tipu orang lain tapi bukan aku. Aku tahu penyakit tu datang balik kan?"
"Berapa kali aku nak bagitahu yg aku baik-baik je!" Sunoo mula menengking.
Terlalu terbawa perasaan. Sunghoon melepaskan penumbuk dipipinya. "Kau fikir aku bodoh ke?! Gejala-gejala yg kau dapat selama ni dah cukup menunjukkan yg kau ni menghidap leukemia!"
"Aku dah buat check-up dan aku baik-baik je.Kau nak apa lagi?"
"Sebab masa kau check-up tu penyakit tu tak datang lagi. Sunoo. Tolong lah. Leukemia ni boleh membawa maut. Kau nak mati ke?"
Sunoo tidak memberikan respon lagi. Dia melanggar bahu Sunghoon sebelum pergi meninggalkannya.