1

319 48 3
                                    

⚘

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Izinkan saya untuk terus sukakan awak, Ellarose Lee"

Ujar Sunoo, langsung tak rasa gemuruh kerana dia tahu ratu sekolah itu tidak merasakan hal yg sama terhadapnya. Dia meletakkan sekuntum bunga mawar merah ditengah tengah mereka. Senyuman manis ditunjukkan.

Ella tetap terdiam walaupun sudah biasa menerima pengakuan cinta daripada murid lelaki lain. Kebiasaannya orang akan datang dan terus berkata 'aku sukakan kau' tetapi kali ini berbeza, seorang lelaki meminta izin untuk terus menyukainya.

"Saya akan menyatakan perasaan pada awak setiap hari dan berhenti bila awak betul-betul membalas perasaan saya nanti"

Ella menundukkan kepala. "Maaf. Saya tak nak bagi fakehope jadi saya akan cakap awal-awal. Tolong hentikan semua ni sekarang"

Sunoo menggelengkan kepalanya masih berkeras dengan keputusan sendiri. "Tak apa. Cukup 2 minggu lagi kita semua akan graduate. Masa tu kita tetap akan berpisah jadi awak tak perlu balas pun tak apa"

"Tapi-"

"Saya pun tak pasti kenapa, tapi saya nak ingatkan awak setiap hari yg ada seseorang sentiasa sukakan awak disini. Awak layak rasa disayangai"

Ella membalas pandangannya. "Saya tak pernah jumpa orang macam awak, Sunoo"

"Saya pun tak pernah jumpa orang secantik awak, Rose"

Balasan daripada Kim Sunoo berjaya membuatkan lidahnya terkelu. Selama ini orang memanggilnya dengan nama samaran 'Ella' tapi berbeza pula dengan lelaki ni, dirinya disebut sebagai 'Rose' buat pertama kalinya.

"Terima kasih setuju jumpa dengan saya walaupun sekejap"

Gadis itu menggangguk perlahan.

"Ah waktu rehat dah habis. Maaf sebab terpaksa habiskan waktu dengan saya"

"Eh mana ada. Lagipun, saya dah makan"

Sunoo bangun kemudian tersenyum manis. "Saya masuk kelas dulu, okey?"

Tak banyak cakap, gadis itu sekadar menganggukkan kepalanya perlahan.

Dia mulai bergerak meninggalkan Ella ditaman sekolah bersendirian. Tiba-tiba langkahnya terhenti seolah-olah terfikir sesuatu. Kepala dipalingkan.

"Oh ya, Rose"

"Hm?"

"Saya sukakan awak"

Dia tersenyum setelah menyatakan perasaannya. Mulut gadis itu tertutup rapat menunjukkan dia tidak merasakan hal yg sama seperti Sunoo.

Dan dia tahu itu.

"Saya harap awak akan balas suatu hari nanti"

──────────── ㅤ⚘

❝Rose : Always Waiting❞ + SunooTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang