3

175 42 0
                                    

⚘

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Ellarose Lee kelihatan sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah yg baru dibagi sebentar tadi. Sepatutnya mereka diminta untuk menjawabnya dirumah tetapi dia tidak suka berlengah-lengah.

Rakan semejanya yg bernama Joo Seoyun itu melirik ke arahnya sekilas. Kepala digelengkan. "Kau ni, terlampau rajin. Apakata kau sedekahkan sedikit kerajinan kau tu dekat aku"

Ella ketawa perlahan. "Mana ada rajin. Aku bosan tak buat apa-apa jadi aku siapkan lah sekarang" Dia menjawab bersama senyuman.

Seoyun menggelengkan kepalanya.

"Oh ya, Kim Sunoo dari kelas C minta aku bagitahu kau sesuatu"

"Ya?"

"Dia nak jumpa kau dekat taman sekolah masa rehat nanti. Dia cakap, dia tak paksa"

Nampaknya, lelaki tu benar-benar tidak tahu erti berputus asa.

Mungkin nasib berpihak kepada Kim Sunoo lagi. Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Sekarang, Sunoo hanya perlu menunggu keputusan daripada Ella sahaja.

Gadis itu berdiri. Masih berfikir sama ada harus menuju ke kantin ataupun bertemu dengan Kim Sunoo sekejap.

Akhirnya, dia mengorak langkah.

"Kau nak pergi mana?"

"Jumpa dia"

Ella membawa langkah kakinya menuju ke taman sekolah yg terletak dibelakang bilik guru. Senyuman ceria terpapar diwajah Sunoo ketika melihat dia benar-benar datang. "Hai!"

Ella tersenyum tipis sebagai respon. Tak mahu melebih-lebih. Nanti terbagi fakehope.

"Duduk lah sebelah saya. Saya ada bawa makanan dari rumah. Kita boleh kongsi" Ujar Sunoo. Tangannya menepuk-nepuk ruang kosong disebelahnya.

"Jangan risau, kita duduk berjarak. Ditengah tengah ni kita letakkan bekal makanan saya" Dia meletakkan bekal makanan diruang antara mereka.

"Awak makan lah"

Ella mengangguk sebelum merasa makanan yg dibawa oleh Kim Sunoo itu. Dia menganggukkan kepala sekali lagi namun kali ini sebagai tanda suka.

"Awak makan pun nampak cantik" Puji Sunoo, dia menatap wajah gadis itu dengan senyuman.

Ella berhenti mengunyah seketika. Dia mengangkat muka dan pandangan mereka berdua bertemu.

"Awak belum dengar rumor yg mengatakan saya dah ada boyfriend ke?"

"Dah. Tapi semua tu tak betul kan?"

"Ya. Sebenarnya dia bukan boyfriend tapi orang yg saya suka"

Sunoo terdiam. Sedikit sedih. Ya, tekaannya tentang Ella tidak mempunyai kekasih memang benar tetapi dia tak sangka gadis itu menyimpan perasaan terhadap orang lain. Semakin tipis lah peluang yg dia ada.

"Oh"

"Macam mana awak boleh sukakan saya?"

"Masa saya nampak awak buat pertama kalinya. Awak ni betul-betul sempurna. Siapa je tak sukakan awak?" Dia membalas.

Bunga mawar lavender yg dia bawa sejak tadi dihulurkan kepada gadis dihadapannya. Dia tersenyum sebelum menyatakan perasaannya. "Saya sukakan awak, Rose"

Ella tersenyum tipis. "Thank you"

──────────── ㅤ⚘

❝Rose : Always Waiting❞ + SunooTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang