xix

47 4 1
                                        

Hari ini hari Jumaat. Bermakna perkhemahan tu dah nak bermula. Barang - barang aku dah siapkan. Semua ada dalam beg papa. Aku pinjam beg papa yang design dia sama dengan beg curi duit dalam game GTA atau movie movie aksi yang melibatkan pencurian bank.

"Ah girl, sarapan dulu. Tomorrow you didn't eat my food you know?!"

suara mama bergema dari dapur. Aku turun ke bawah sambil bawak beg papa tadi. Berat jugak beg ni. Papa yang tengah sarapan nampak aku turun bawak beg tu terus tolong aku ambil beg dan letak kat bawah sebelah pintu masuk.

"Mary, makan dulu la. You look skinny lately,"

papa ni menganjing aku ke? Aku mengangguk dan terus duduk kat meja makan. Mama masak english breakfast pagi pagi ni. Ada beans, bacon, roti disalut butter dan sosej. Aku ambik semua kecuali bacon. Taknak makan bacon. Sian Dani kena cium amoi yang makan babi. Anyway, aku teruskan makan sambil dengar nasihat mama dan papa untuk kem tu. Aku cuma mengangguk dan bagi diorang sebab kenapa diorang tak perlu risau dengan aku.

"Make sure kamu update kat mama ye. I don't want my ah girl buat benda tak elok kat situ. Ingat ye, korang kat hutan, jaga adab and percakapan," pesan mama.

"Iya auntie Kea. Don't worry lah, I will be fine. Okay mama, papa?"

Papa cubit pipi aku. Dia habiskan makanan dia, kiss mama dan terus hidupkan enjin kereta untuk hantar aku ke sekolah. Beg tadi papa letak kat dalam kereta bahagian belakang.

Dalam kereta papa, aku connect bluetooth dan pasang lagu Circles - Post Malone dari spotify phone aku. Jalan raya pagi ni agak lengang mungkin sebab hari jumaat kot? Aku text Dani yang aku dah on the way. Dani reply dengan cepat 'I dah sampai ngan Intan'. Lagu berhenti bermain. Aku terus unconnect bluetooth aku dan cium tangan papa. Papa nak tolong angkat barang aku tapi aku menolak.

"Ah girl, be careful okeh?" pesan papa. Aku mengangguk sambil tersenyum manis. Papa balas senyuman dan terus masuk ke dalam kereta. Dia memecut laju ke tempat kerja. Aku masuk ke dalam dewan. Semua pelajar dah beratur ikut kelas masing masing. Aku mencari kelas aku. Sumpah sesak dalam ni. Dengan bisingnya lagi.

"Mariam!" aku cam itu Mira. Aku menoleh kebelakang dan nampak geng aku. Diorang semua memanggil aku. Aku terus berlari anak ke arah diorang.

"Mary, berat gila kau ni, kau nak pindah terus ke macam mana?" rungut Mira sambil mengangkat beg aku dan letak sebelah beg Intan.

"Takde la berat sangat, tengok beg si Adawiyah tu," kataku sambil tunjuk bagasi warna fuchsia Adaw. Ha memang acah acah melancong konon," kataku.

"Bukan melancong, tapi tersingkir akademi fantasia!" kata Intan. Hilai tawa kitorang memenuhi dewan yang dah sediakala bising tu.

"Babi ye perangai," kata Adaw sambil ikut gelak sekali.

"Babe, kau ada citer ke kat diorang pasal semalam?" tanya aku kepada Intan.

"Dah, panik jugak la. Kau okay ke? Dia buat apa kat kau?" Adaw mengambil tangan aku.

"Melampau do mamat tu. Kalau aku tau sape dia, siap la!"

"Eleh Mira, kau nak buat apa kalau kau tau sape orang tu?" Intan mengejek.

"Tah, Dani pun kalah 2 kali ngan mamat tu,"

"Sebab Dani lemah!"

"Ih jahat ye, bf saya tu tau awak kutuk!" aku cubit pipi Mira.

"Nasib jugak la Dani ada time tu. Kalau dia lambat, mesti kau dah tak ada kat sini. I mean kat mall kot?" suara Mira makin tinggi. Dia kalau merungut camtu la. Taktau la macam mana Ijan boleh tahan kalau dia merungut hari hari.

"Semua pelajar sila beratur ikut kelas masing masing. Dah okay barisan baru duduk," Cikgu bertugas minggu ni bercakap. Aku tak nampak siapa sebab jauh. Tiba tiba ada orang ambik gambar kitorg berempat. Flash hidup. Memang terkejut la aku. Bila mata dah okay, aku dah bole fokus siapa yang ambik gambar.

"Kalau ye pun nak ambik gambar, takya flash kot JJ," Mira membuang pemadam yang dia jumpa kat lantai tadi.

Perasaan aku tak sedap. Bukan sebab tak suka ada paparazzi ke apa, aku tak femes pun! Tapi aku rasa aku tak selesa bila dia ambik gambar aku. Technically gambar kitorang.

"Kau okay Mary?" tanya Intan sambil menjamah bahu aku.

"Okay okay," aku mengangguk dan terus duduk dalam barisan. Intan duduk kat depan aku, Mira belakang aku dan Adaw belakang sekali.

Otak aku connect the dots, dia ambik gambar aku then bila aku cari dia balik, dia dah hilang. Aku tak nampak bayang dia. Kenapa JJ ada kat barisan perempuan? Semata nak ambik gambar aku ke? Takkan dia stalker, bukan nak shaming JJ but semalam lelaki tu kuat gila. Takkan JJ yang nerd lagi lembut tu orang yang sama pakai hoodie semalam? Manusia boleh berubah perangai kalau identitinya anonymous.

"Hey girls, boleh tak kitorang ambik gambar?" kata abang senior nama Adi tu kat kelas sebelah. Tapi kitorang pun termasuk dalam gambar tu.

"Boleh je bang," balas Mira selamba. Abang Adi dan kawan dia yang bagi aku earrings tu proceed tangkap gambar kitorang berempat.

"Thank you ladies," ucap kawan abang Adi tu.

Perhimpunan bermula. Ada penyampaian hadiah rupanya, patutlah sampai nak ada cameraman bagai. Penyampaian hadiah tu berjalan agak lancar sebab banyak yang complain sakit bontot duduk lama. Aku pun bukan fokus sangat dengan apa yang diorang bagi bagi tu. Mostly untuk form 5 je. Tiba masa untuk Adi dan kawan dia yang pernah bagi aku jewelry haritu naik pentas sebab dapat anugerah pelajar cemerlang dan kehadiran penuh. Abang Adi dapat cemerlang, member dia dapat kehadiran penuh.

Aku text Dani sebab bosan. Dia hantar gambar tangan Hisyam cekik dia dan buat buat mati. Aku tergelak dan balas benda yang sama dengan Intan. Diorang pun dari jauh nampak bergelak ketawa. Penyampaian hadiah tu dah tamat, tiba masa untuk masuk kelas. Kitorang ambik beg kitorang yang akan dibawa untuk petang ni. Ada yang bawak bagasi macam Adaw, ada beg curi duit dari bank, ada yang beg sekolah je, ada jugak bawak towel letak kat bahu sebab dah tak muat kat beg plastic dia.

Anita yang tak join perkhemahan tu lalu depan kitorang dengan beg batunya. Aku tak sure dia bawak beg dalam tu buku teks ke atau batu batu yang ada kat kawasan rumah kosong berdekatan aku tu. One time hidung Normalas pernah berdarah sebab terlanggar beg Anita. Rumors mengatakan beg dia ada saka. Aku tanya Akmal, dia gelak dan dia lagi prefer rumors yang Anita masukkan batu dalam beg dia untuk bawak ke sekolah.

STALKERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang