Pekan Mall. Satu satunya mall yang ada kat pekan ni. Besar, kedai branded banyak, kedai makan pun banyak and paling best cinema kat sini GSC. Aku memang suka GSC. Aku pun tak sure kenapa mungkin sebab ada memory attachment kat pawagan ni? Aku pernah pegi TGV, MBO and ada lagi satu nama dia aku tak silap Paragon Cinema kot? Tapi aku rasa tak puas hati. Ya tuhan, biasednya aku haha. Anyway, kenapa sampai topik cinema pulak ni kan? Aku, Dani, mama dan papa makan kat outlet Nando's. Apa aku suka pasal Nando's ialah unlimited sauces!
"Ah girl, tak elok mengelamun sambil makan!"
Suara mama mengejutkan aku. Aku senyum malu sambil sambung makan. Aku tengok Dani sangat berselera. Katanya first time makan sini. Comel je dia makan pakai tangan.
"Bagus Dani. Makan pakai tangan," puji papa. Dani senyum. Aku cubit perutnya. Dia cover sakit.
"So Dani, aunty nak kamu jaga Mary nanti waktu perkhemahan tu. Auntie takut la jadi macam haritu. By the way Intan dah okay?"
"Dia sihat je aunty. Jangan risau, nanti saya jaga dia kat kem tu. Lagipun dia ni ikut cakap kitorang,"
Ikut cakap kau je okay!
"Haa, cakap mama tak ikut pun. Haiya amoi ini," mama mengeluh. Dani senyum senyum je sambil makan.
"Maa, saya baik loh!" balasku bergurau.
"Lama tak dengar kamu cakap cina, ah girl. Papa nak dengar sikit,"
Aduh! Aku dah lama tak cakap cina. Cina dalam kelas aku pun Liling sorang je.
"Papa, kita makan dulu la,"
"Ha nak mengelak la tu," kata Dani sambil berdiri nak basuh tangan. Aku cubit lagi perutnya yang dah penuh dengan makanan tu.
"Eh ah girl! Stop!" Mama tolong Dani pulak ye sekarang?
👁️
Kitorang sekeluarga dah habis makan tengahari. Mama dari tadi mencari sesuatu dalam begnya. Aku perati je mama ni.
"Mama? cari apa?"
"Handphone mama. Rasanya tertinggal dalam kereta la,"
"Park kereta kat mana uncle?"
"Rooftop. Kamu tahu kan number plat?"
"Yes uncle. Jom Mary,"
Aku dances Dani keluar dari Nando's dan terus naik lif untuk ke rooftop tempat parking kereta. Lif dah sampai ke tinggat paling atas. Jauh betul pap park kereta. Kitorang keluar dari lif. Dani menepuk dahinya.
"Kenapa biy?"
"Kunci kereta! Aduh tak perasan!"
"Lah, tak apa la. I tunggu sini,"
"Okay sayang,"
Dani masuk lif balik untuk ambil kunci kereta papa. Aku sorang sorang kat parking lot atas ni. Gelap even tengahari. Aku start nyanyi lagu Brtiney Spears sebab echo kat sini macam filter filter IG yang buat suara boleh jadi reverb tu. Tengah layan nyanyi, mata aku tangkap sesuatu. Atau seseorang yang semakin dekat ke arah aku. Aku terkejut. Lelaki pakai hoodie tu berjalan laju ke arah aku. Bila dia perasan aku stop nyanyi, dia mula berlari. Aku terus berlari ke arah kereta kereta kosong kat parking lot tu. Nasib baik banyak kereta harini.
Aku nampak dia sedang mencari aku. Taknak kejadian berulang lagi, aku dah doa dengan tuhan supaya cepatlah Dani sampai. Tiba - tiba phone aku masuk notifications.
wanna play hide and seek?
Yup. Memang dia. Stalker bodoh tu. Aku tak bukak chat dia. Bila dia semakin dekat dengan kereta yang aku menyorok, aku masuk ke bawah kereta. Baju pinafore aku dah kotor. Aku nampak kaki dia dari bawah kereta. Dia jalan melepasi kereta aku menyorok. Text masuk lagi.
Mana nak lari Mary?
Aku dah takut gila babi sekarang. Aku tutup mulut aku. Airmata dah mengalir deras turun ke pipi. Aku terus tekan matikan data. Langkah berjaga-jaga mana tau dia ada location phone aku. Bahaya stalker ni.
"Mary!"
Suara Dani bergema di parking lot. Aku tak boleh menyahut! Dia still dekat dengan kereta aku menyorok. Aku keluar perlahan-lahan. Tiba-tiba si Dani yang hensem tapi bodoh ni pegi call aku. Darah aku rasa macam berhenti mengalir. Aku terus keluar dari bawah kereta menjerit dan mencarut dalam bahasa mandarin.
"Dani dia ada kat sini!"
Stalker tu terus kejar aku. Bayang Dani aku tak nampak kat mana. Aku pun teruskan sahaja berlari. Aku pandang ke belakang dan nampak Dani membuang papan tanda kat parking lot tu ke arah stalker tu. Terjatuh dia. Padan muka. Dia bangun terus tumbuk muka Dani. Dani terjatuh. Aku sambung lari lagi. Dah nak sampai lif. Tapi macam bodoh pulak kalau nak naik lif sebab kena tunggu lif buka lambat lagi.
Aku lari ke tangga. Tapi stalker tu pandai. Dia masuk dari celah celah kereta and terus dekat ke arah aku. Dia tarik rambut aku sambil bau tengkuk aku. What The Fuck?
Aku menjerit sebab sakit kena tarik rambut. Dani datang bawak papan tanda yang sama and pukul kaki dia yang cedera haritu. Stalker tu mengaduh. Suara dia familiar. Genggaman dia terlepas dari rambut aku. Eh terbalik, rambut aku terlepas dari genggaman dia. Aku terus lari ke arah lif balik and tekan butang ke bawah. Dani sambung pukul kaki dia sampai dia terbaring.
"Biy, cepat!"
Dani lari ke arah aku dan pintu lif terbuka. Tepat pada masanya. Aku tarik tangan Dani masuk dalam lif and terus spam button tutup kat lif tu. Nampak stalker tu bangun dan lari walaupun kaki dia terhenjut-henjut. Pintu sempat tertutup dan turun ke bawah. Kitoang boleh dengar dia tumbuk pintu lif tu.
"Alamak, phone mama!" kataku.
"Actually phone mama dah jumpa. Lagi satu papa park dekat tingkat 3 bukan 4. Are you okay?"
Dia betulkan rambut aku yang dah serabut. Aku mengangguk dan peluk Dani erat. Aku menangis dibahunya. Kitorang terduduk dalam lif sementara tunggu sampai tingkat G. Bila pintu lif terbuka, orang orang semua pelik nampak kitorg terduduk kat lantai. Dani mengangkat aku perlahan dan terus keluar dari lif. Aku lap airmata dan berlari ke tandas untuk basuh muka. Dani tunggu di luar tandas. Dia duduk dikerusi sambil menggaru kepalanya. Rambut dia dah kusut. Lepas aku basuh muka, aku lap pakai tissue and keluar dari tandas. Dani terus pegang tangan aku dan kitorang jalan untuk cari mama dan papa. What a day huh?
👁️
Papa drive kereta untuk pulang ke rumah. Sebelum kitorang balik, papa hantar Dani pulang. Aku peluk dia macam taknak lepaskan dia langsung. Mata aku mula berkaca. Dia usap kepala aku. Dia cium dahi aku. Mata dia pun berkaca. Dia nampak sangat risau dengan keadaan aku.
"Sayang, take care. Ada apa apa terus call. Abiy datang secepat yang mungkin,"
Aku angguk lagi. Aku tak kesah orang tengok aku sekarang. Kawasan rumah kitorang penuh dengan budak budak yang tengah bermain waktu petang. Ada yang naik basikal, ada yang main kejar-kejar. Aku lepaskan pelukan aku perlahan-lahan. Dani even mata dah berair still cuba untuk senyum depan aku. Aku nampak Intan selak tingkap ruang tamu. Dia terus keluar berlari ke arah aku.
"Mary!"
Intan, Dani dan aku berpelukan bertiga. Dia pun tahu apa jadi. Dani call dia tadi cerita semua benda. Aku tak sangka yang aku ada kawan macam diorang. Well, kawan dan jugak teman lelaki macam diorang. Sangat sangat mementingkan aku. Dani dah 2 kali bertarung dengan stalker tu, Intan pulak pernah masuk hospital disebabkan protect aku. Maybe this time aku akan buat sendiri. Dengan sedikit bantuan dari diorang, aku rasa aku mampu lawan. This should be end here.
Dani dan Intan salam mama dan papa lepastu masuk dalam rumah. Aku naik kereta semula dan terus balik ke rumah. Aku naik bilik, mandi, buat homework sastera dan terus tidur untuk menempuh hari esok. Malam tu jugak aku repair tingkap bilik aku. No more stalker. Aku dah muak. Hujung minggu ni aku kena hadir untuk perkhemahan. Aku tak nak kena ganggu lagi. For some reason, aku lebih takut dengan manusia berbanding dengan Jiang Shi. Yup, hantu lompat lompat tu.
ANDA SEDANG MEMBACA
STALKER
Misteri / ThrillerMARY, gadis cantik dan juga terkenal di sekolahnya mempunyai banyak fans dalam Instagram. Sifatnya yang peramah membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya malah tidak lupa juga dengan peminat - peminat di dalam sekolah mahupun luar sekolah. Satu...
