xxi

89 2 0
                                        

Pelajar lelaki mula membuka khemah manakala beberapa pelajar perempuan menolong cikgu cikgu yang tengah membersihkan kawasan perkhemahan kitorang. Matahari terik memanggang kitorang yang tengah memegang plastik sampah hitam berisikan daun daun kering yang akan dijadilkan unggun api katanya la. Aku sempat mengambil gambar gudang lama dan kosong yang agak jauh dari tempat kitorang.

Mira dah mula mengeluh. Kalau boleh katanya dia nak je buka tudung tapi ada cikgu agama kat situ and confirm Mira kena marah.

"Weh korang makin hitam la aku ni,"

"Pakai laa sunscreen, ngok!" Adaw membaling sunscreen ke arah Mira.

"Eh kalau aku pakai pun, bukan boleh rasa macam tengah salji kat sini!" Mira membaling semula sunscreen Adaw selepas dipakai.

"At least tetap Rihanna," kataku disahut gelak tawa member member lain.

Mira menunjuk jari tengah ke arah aku sambil ketawa.


"Okay semua, khemah dah siap!" ujar cikgu Anis guna megaphone.

"Ahh nice, boleh berehat!" kata Intan.

"Kau bukan buat apa pun, tengok cermin aje!" kata Dani dari jauh.

"Eh diam la!" balas Intan.


Petang tu kitorang mandi beramai ramai (tak termasuk lelaki la adeh) berdekatan perigi yang entah dari mana tiba tiba ada di situ. Air perigi tu sejuk gila, tak terbayang aku kalau mandi pagi esok! Aku, Intan, Adaw, Mira dan beberapa junior lain bernyanyi lagu rasa sayang HEY! rasa sayang sayang HEY! HEY! lihat nona jauh rasa sayang sayang HEY! sambil menggosok badan member member dengan sabun.

"Amboi amboi anak dara semua ni, menyanyi pulak ye kat hutan! Cepat sikit mandi tu kita ada minum petang. Yang muslim tu awak kena cepat siap sebab nak maghrib ni!" Miss Esther, cikgu account memberhentikan nyanyian kami.

"Alaa miss, tanak join ke?" ujar Mira.

"Mengada awak ye Mira!" Miss Esther siram Mira dengan air perigi dalam gayung yang penuh.

"Sejuk miss!" gelak tawa kitorang boleh dengar sampai tempat mandi lelaki.


Adaw dan Mira tengah solat manakala Intan duduk ngan aku dalam khemah sebab dia cuti. Macam biasa, cermin. Meluat pulak aku dengan Intan ni.

"Dah dah laa dengan cermin tu beb,"

"Ish kita kena nampak cantik depan Hisyam. Baru makin sayang. Tengok kau, rambut macam langsuir tak ikat,"

"Fine! Pinjam getah rambut,"

"Tu," Intan tunjuk dalam beg dia. Penuh dengan getah rambut berwarna warni. Kalau jual ni confirm laku sebab semua kaler ada.

Aku mengikat rambut dan membuka zip khemah.

"Nak kemana, beb?"

"Call my mom. Jap tau,"

"Hati-hati!"

"Ye Intan,"


Aku dah call berkali-kali tapi mamy tak angkat. Last -last aku text je. Maybe mamy pegi salon kot. "Call me mamy" itu text aku. Aku buka aplikasi Instagram. Aku buat story dan post beberapa gambar yang aku ambil tengahari tadi. Tengah sibuk mencari filter yang sesuai aku terdengar sesuatu. Ranting kayu patah. Serta merta bunyi cengkerik dan haiwan apa kejadah dalam hutan ni senyap. Aku meliar mencari punca suara. Mata aku tertumpu dengan bayangan yang mendekati. Aku melangkah beberapa kaki sebelum terjatuh sebab pijak batu. Bila aku tengok batu apa, yup batu nisan. Aku terus cuak. Nak menjerit pun ada. Bila bayangan tu dekat, aku nampak lelaki tu dekat. Berdiri betul - betul di depan aku.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 25, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

STALKERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang