xvii

25 2 0
                                        

"Ah girl, wake up!"

Macam biasa, mama kejutkan dari luar pintu bilik aku. Aku bangun and mandi sambil nyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta. Breakfast kalau sempat dan kayuh basikal sampai ke sekolah. Perhimpunan dan masuk kelas. But perhimpunan pagi ni agak menarik sikit, cikgu panitia Pendidikan Jasmani ada bagi taklimat.

"3 hari 2 malam. Kamu akan berkhemah kat hutan yang berada di pekan ni. Hanya 30 murid sahaja yang terpilih untuk semua tingkatan, maksudnya 10 form 3, 10 form 4 dan 10 form 5. Borang penyertaan boleh diambil dalam bilik kaunseling pada waktu rehat. Penyertaan akan ditutup pada hari Jumaat petang ni ye. So cepat cepat isi borang dan hantar terus kat bilik kaunseling. Terima kasih,"

Banyak sangat information yang aku kena proses pagi pagi ni. Mira, Adaw dan Intan bukan main seronok nak ikut perkhemahan tu. Aku cari kelibat Dani. Dia pun excited dengan perkhemahan tu. I don't know la nak pegi ke tak? Dengan masalah stalker ni aku nak berehat dan tenangkan fikiran. Aku patut join jugak rasanya.

"Mariam, kau kena join. Tak join, aku taknak teman kau pegi toilet lagi," ujar Mira.

"What the fuck? Mana acik main camtu," kataku.

"Jom la Mary, kita form 4 kena enjoy sikit!" Intan memujuk aku.

"Aku bukan apa do, kau kat rumah pun kena stalk. Home invasion tau? Sape nak jaga kau kat rumah kalau kitorang pegi camping nanti?"

Hmm, betul jugak cakap Adaw. Mama and papa pun weekend ni tak ada kat sini. Outstation lagi.

"Nanti aku ambikkan borang. Bagitau sape yang nak join," kata Mira.

"Kita berempat, Dani, Hisyam and Qamarul, so ada 7 orang," kataku.

"Ijan sekali," balas Mira.

Kitorang semua mengusik Mira.

👁️

Kelas berjalan seperti biasa. Cikgu mengemas mejanya dan keluar dari kelas meninggalkan kelas aku. Dani melirik ke arah aku sambil tersenyum.

"Hai sayang," aku tersenyum mendengar suaranya.

"Hai baby" dia mencubit pipiku.

"You guys, cringe!"

Intan membaling pemadam ke   Dani. Dani mengaduh sakit.

"Sayang, tengok cousin I ni,"

"Alolo baby I ni manja kali dia!" kataku dan disambut dengan gelak tawa satu meja aku.

"Babi betul," Dani mencubit pipiku kuat. Aku mengaduh sambil ketawa.

"Y'all. Perkhemahan. Kita kena plan. Hutan kat pekan tu kira keras gak. Ada yang cakap ada makhluk hutan kat situ, tapi korang tau aku kan? Mana nak percaya semua tu?" ujar Mira.

"Haah do, aku pun pernah dengar ada cerita kat hutan tu. Macam bigfoot tapi bukan la bigfoot. But aku percaya ada benda tu kat situ. Hutan kot?" balas Hisyam. Mira mengangkat bahu tanda "fair enough".

"So yang pegi nanti aku, Dani, Mira, Intan, Hisyam, Ijan, Qamarul and Adaw?" aku nak kepastian.

"Yeah, pretty much. Aku dah hantar tadi. Rasanya tadi ada 2 orang dah isi sebelum aku hantar. Hopefully kita 8 cukup la untuk kemasukan form 4.

"Biy, kalau I satu khemah ngan you boleh?" Qamarul mengejek aku. Satu meja gelak.

"Boleh, you. Kita buat cam biasa tau?" Dani balas. Jantan ni memang tak guna kadang kadang. Aku sus gak ngan dia ni. But who am I to judge? HAHA sorry baby.

Bunyi bising dalam kelas semakin rancak. Aku baru perasan yang JJ tak ada. Dia tak datang. Well, dia terlepas la nanti nak isi borang perkhemahan tu. Cikgu subjek Sastera yang garang tu dah masuk. Macam biasa tak siap kerja akan berdiri. Faris and Akmal berdiri di luar kelas this time. Selepas Ijan mengutip semua buku kitorang, Cikgu Aimi membenarkan kitorang duduk.

Fast forward sikit sebab tak ada yang menarik nak di ceritakan mengenai kelas aku tadi, masa balik kat luar pagar, aku memegang tangan Dani. Kali ini Intan balik sendiri dengan motosikal, dan Dani menemani aku balik. Dia mengayuh basikal aku dan aku memeluk erat belakangnya. Bau peluh dan cologne lelaki bercampur baur. Dani menghantar aku pulang di depan rumah. Kelihatan papa sedang memakai kasut kulit.

"Eh ah girl. Kamu dah balik? Jom kita pegi keluar. Mama ajak makan kat luar," kata papa.

"Hai uncle Tan," ujar Dani sambil salam tangan papa. Papa mengusap rambut Dani.

"Dani pun marilah ikut sekali," kata mama dari depan pintu.

"Eh saya segan la auntie, uncle!" Dani menggaru kepala yang tidak gatal.

"Buat apa nak segan? Uncle pun jarang jumpa Dani. Marilah ikut skali kita spend time,"

"Okay la auntie, uncle. Nanti saya bagitau mak Intan,"

Aku dan Dani masuk ke back seat kereta Bezza merah milik mama. Papa drive sampai ke mall yang berada di pekan.

Dalam perjalanan, aku memberitahu mama dan papa mengenai perkhemahan. Ironically, kitorang hantar borang dulu baru minta kebenaran parents! Mama dan papa agak risau pasal aku. So aku cubit peha Dani untuk backup aku.

"Saya pun ada join perkhemahan tu auntie. Diorang buat sebab nak tambah markah PAJSK. Senang sikit nak masuk U nanti sebab kira kitorang ni aktif,"

"Ouh yeke?"

"Yes maa! Intan, Mira, Adaw. Semua ada! Lagipun memang jarang diorang buat camni,"

"Kat mana?" papa tanya.

"Hutan Pekan,"

"Oh god. Hati hati kat situ. Mama dengar ada bigfoot or whatever it was? I'm not sure if it's true?"

"It was a long time ago la darling. Rasanya dah tak ada kat hutan tu,"

"Ada apa tu uncle?"

"Well, dulu kat Hutan Pekan ni, selalu ada penampakan bigfoot. Tapi diorang tak panggil bigfoot, diorang panggil hantu. Actually tu orang asli. Cuma badan diorang agak besar dan berbulu. Diorang banyak dalam tu, tapi jauh di dalam tengah tengah hutan. Rasanya korang tak akan terserempak tu. As long as korang tak buat benda yang menyinggung perasaan orang asli Hutan Pekan tu,"

"Lah yeke? I tak patut dengar cerita jiran belakang kita tu, papa," kata mama.

"Semua khabar angin saje," balas papa sambil ketawa.

Aku dan Dani duduk di belakang kereta sambil berpegang tangan. Kepalaku dilentokkan ke bahunya. Still, bau yang sama aku hidu. Sangat menenangkan. For some reason, aku rasa aku boleh terlena dengan beralaskan bahu Dani.

STALKERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang