warning! chapter ni banyak sebut nama air + makanan. takut korang tengah puasa.
......
11 years old.
" JEONGWOOOO! "
Jeritan Haruto yang kuat itu membuatkan hampir semua pelajar yang berada di kantin itu memandang ke arahnya.
Ada yang marah, ada yang geleng kepala, ada yang buat tidak tahu sahaja.
Tak lupa juga ada yang bergosip!
" Kurang kasih sayang agaknya Haruto tu. Sebab itu suka menjerit nak perhatian! " ujar seseorang perlahan tetapi boleh didengari Haruto yang tengah berjalan ke suatu tempat.
" Alaa kau tak tahu ke yang ayah dia dah lama meninggal? Mestilah kurang kasih sayang! " balas orang lain dan dapat didengari juga oleh Haruto.
Haruto hanya menggeleng kepala perlahan, menghiraukan perkataan - perkataan negatif daripada orang lain terhadap dirinya. Dia sudah terbiasa, apa boleh buat?
Di situasi lain, Jeongwoo yang dipanggil tadi pula menggeleng kepala perlahan sambil memandang Haruto yang tengah berjalan menghampirinya.
Kerana Haruto jalan macam seekor siput, Jeongwoo mengalihkan pandangannya menghadap sebuah buku nota di atas meja.
Sambil membaca isi buku tu, Jeongwoo sesekali mengunyah roti berperisa jagung yang berada di tangannya.
PUK!
Tanpa rasa bersalah, Haruto merangkul bahu Jeongwoo begitu sahaja.
" Uhuk uhuk! " Jeongwoo tersedak akibat perbuatan Haruto. Dia menepuk dadanya beberapa kali sebelum memandang Haruto tajam.
" Apa? "
Jeongwoo membuat muka masam melihat Haruto tetap tersenyum walaupun dia memandang Haruto tajam tadi.
" Kau ni kan. Selalu buat aku tersedak masa makan. Kalau aku mati nanti, haa camne? Nanti kan kau pula sedih sebab aku dah tak ada. "
Tanpa aba - aba, Haruto yang mendengar ujaran Jeongwoo lantas mengetuk kepala Jeongwoo.
Jangan risau, tak kuat mana pun. Kan tak pasal - pasal Jeongwoo mengadu dekat ibu dia yang dia pukul Jeongwoo.
Sudahlah ibu Haruto dengan ibubapa Jeongwoo rapat." Jangan cakap macamtu Woo. Aku dah tak nak dengar lagi lepas ni. Ketuk kepala sekali lagi kan baru tahu! " marah Haruto tanpa memandang Jeongwoo disebelah. Tangannya di letakkan di dada tanda tidak berpuas hati.
Mulut Jeongwoo memucung sambil mengusap kepalanya.
" Gurau je lah. Aku pun tak nak mati awal. Masih muda. Sekolah menengah pun tak masuk lagi, "
" Sorry ya sahabatku yang tidak tercinta! " sambungnya.
Jeongwoo menyengetkan kepalanya untuk memandang wajah Haruto daripada bawah(?). Matanya dikedipkan beberapa kali dengan senyuman manisnya.
Haruto yang masih merajuk dengan Jeongwoo sesekali memandang wajah Jeongwoo yang masih memandangnya.
Dia tersenyum tipis dan masih lagi berpeluk tubuh.
" Nanti aku belanja kau air cola. Nak tak Haru? " ujar Jeongwoo ceria tiba - tiba setelah lama masing - masing tidak bercakap apa - apa.
Haruto yang mendengar, menahan diri daripada melontarkan sebuah senyuman. Cola air kesukaan dia tau! Rugi betul kalau tolak rezeki.
" Bab pujuk orang pandai. Tapi bila berkata, main lepas je! Sabar jelah Haruto. Kau kan handsome. Orang handsome kena banyak bersabar. "
Jeongwoo membuat muka pasrah setelah Haruto kunjung tidak memberi sebarang riaksi.
" Aku tarik balㅡ "
Percakapan Jeongwoo terpotong kerana Haruto mengautkan jari kelingkinnya dengan jari kelingkin Haruto.
Tanda mereka berdua berjanjiㅡatau lebih tepat Haruto terima untuk dibelanja Jeongwoo.
" Bab air cola laju je heh. " ejek Jeongwoo lalu menghiraukan Haruto di tepinya.
Dia kembali membaca sebuah buku yang sama.
" Kau ni asyik membaca je Woo. Tak bosan ke apa? " soal Haruto lalu menghirup sebuah air kotak.
Air kotak tu sebenarnya kepunyaan Jeongwooㅡ
Tapi kesian Haruto, Jeongwoo tidak membalas soalannya kerana kusyuk sangat baca buku.
Haruto pula hanya diam. Sabar sahajalah dapat kawan macam Jeongwoo ni. Jeongwoo setia berkawan dengan dia daripada kecil lagi pun dia bersyukur sangat dah.
" Ahh! "
Haruto mengeluarkan bunyi tanda dia sudah menghabisi air kotak kepunyaan Jeongwoo.
Matanya melirik ke arah Jeongwoo di sebelah.
" Sedap air Woo. Terima kasih. Jangan lupa janji tadi. Aku nak pergi tandas. " ucap Haruto lalu dia meletakkan air kotak berperisa laici itu ke atas meja.
Selepas itu, dia segera bangun dan berlalu pergi.
Sakit perut katanya, padahal baru sahaja dia minum air kotak. Belum makan apa - apa lagi!
Haa itulah. Minum lagi air orang lain tanpa minta izin!
Beralih kepada Jeongwoo, setelah beberapa minit kepergian Haruto baru dia sedar temannya itu hilang.
Dia memandang sekeliling kawasan kantin untuk mencari kelibat Haruto.
" Tak ada.. Habistu mana si tiang tu? "
Jeongwoo mengangkat bahunya sedikit. " Hmm biarlah dia. Adalah tu pergi mana. "
Lalu, tangan kirinya menggapai air kotak minuman yang diminum Haruto tadi.
Dihirup air kotak itu dan..
" Watanabe Haruto!!!! "
Ya, air kotak minumannya sudah habis. Siapa lagi punya kerja kalau bukan Haruto?
Jeongwoo mengelus dadanya perlahan.
" Sabar Jeongwoo. Orang kacak dan baik kena banyak bersabar! "
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Science Fictionnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...