julai, 12 y/o.
" PARK JEONGWOOO! PPALLIWAA! " jeritan Haruto bergema di seluruh pelusuk dewan yang tertutup itu.
Oleh itu, semestinya Jeongwoo dapat mendengar itu dengan jelas. Ditutup telinganya kerana tidak mahu mendengar jeritan Haruto itu.
Haruto tersenyum palsu melihat kelakuan sahabatnya itu.
" Haish jinjja.. "
" Nak mencarut, tapi kena sabar.. "
Kalau mahu berjalan menghampiri tempat keberadaan Jeongwoo, Haruto terlalu malas untuk melakukan itu kerana jaraknya dan Jeongwoo jauh juga. Yang samanya, mereka berdua sama - sama berada di dalam sebuah dewan yang tertutup.
Jika diikutkan, mahu sahaja dia terus pergi ke padang sekolah. Namun arahan Jeongwoo kepadanya untuk menunggu membuatkan Haruto tidak boleh melakukan itu.
Jeongwoo selalu ada dengannya di mana - mana sahaja, jadi tak akanlah dia tidak boleh melakukan itu untuk Jeongwoo.
Dipandang Jeongwoo dengan muka yang pasrah. Lama betul si Jeongwoo ini mengemas.
" Jeongwoo! Aku tunggu di luar! Jangan lambat kalau tak mahu kena tinggal! "
Tiada balasan daripada Jongwoo.
Haruto mengerutkan dahinya. Mestilah Jeongwoo dengar apa yang dia katakan tadi, kan? Dewan itu boleh membuatkan suara bergema. Nama juga dewan tertutup.
Haish, mestilah dengar punya!
Haruto melangkah keluar daripada dewan lalu menghampiri sebuah bangku yang disediakan di hadapan dewan.
Baru sahaja dia mahu melabuhkan punggung, Jeongwoo datang menepuk bahunya. Terbatal niatnya itu.
Dipandang wajah Jeongwoo yang tengah tersengih.
" Dah kenapa kau ni? "
Jeongwoo menggeleng laju. Tanda tidak mahu mengatakan apa - apa. Dia memaut tangannya di lengan Haruto lalu membawa Haruto ke suatu tempat.
☔︎
" Haa pergilah berlatih. " ujar Jeongwoo lalu duduk di sebuah bangku di tepi padang.
" Tolong jagakan beg aku ni tau. " Haruto memberi beg sekolahnya kepada Jeongwoo.
Jeongwoo mengangguk lalu mengambil huluran Haruto. Diletak beg Haruto itu di atas pehanya.
" Aku pergi dahulu! " ucap Haruto dan terus berlari selepas itu.
" Berlatih elok - elok tau Haruto! Kau tu ada penyakit! " pesan Jeongwoo kepada Haruto yang berlari menghampiri sekumpulan orang di tengah padang.
Walaupun samar - samar, Jeongwoo dapat melihat Haruto menunjukkan jari 'thumbs up' sebagai balasan.
Dia tersenyum kecil. Haruto ni pun satu. Sudah tahu dia ada penyakit, mahu juga menyertai pertandingan berlari.
Tapi dia sebagai sahabat Haruto, semestinya dia memahami Haruto itu dengan sangat baik.
Dia tahu sangat Haruto memang meminati pelbagai jenis permainan yang melibatkan sukan.
Jadi kalau dia mahu melarang Haruto, dia tidak mampu. Hanya sekadar memesan kepada Haruto untuk menjaga kesihatannya agar tidak semakin teruk dan membahayakan diri Haruto. Tidak lupa, turut selalu menyokong Haruto.
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Science Fictionnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...