november, 12 y/o
Dua bulan telah berlalu dan cepatnya masa 'berjalan'. Sedar tidak sedar, harini merupakan hari dimana Jeongwoo dan Haruto akan mengetahui keputusan peperiksaan yang mereka hadapi tiga minggu yang lalu.
Pagi ini, hanya pelajar sahaja yang berada di dewan. Beberapa jam lagi, barulah emak dan ayah masing - masing dibenarkan datang.
Jeongwoo menggerakkan kakinya berulang kali kerana nervous untuk mengetahui keputusan examnya.
Sementara Haruto di sebelah rileks silangkan tangan di dada sambil tutup mata.
Maklumlah, sekarang mereka tidak buat apa - apa. Majlis pun belum bermula lagi.
Jeongwoo mengesat baju yang perlu dipakai khas untuk semua pelajar di sana. Berwarna . Bagi Jeongwoo, itu merupakan satu gabungan warna yang menarik.
Haruto di sebelah dipandang, dia terkekeh melihat wajah bosan Haruto.
" Yah Haruto. Sempat lagi kau tidur eh. Orang lain semua nervous dengan result. " perli Jeongwoo.
Mendengar suara Jeongwoo, Haruto membuka mata kirinya sedikit.
" Emm entahlah. Aku mengantuk erm.. " balas Haruto acuh tak acuh.
Jeongwoo menggeleng kepala. Haruto ni memang! Tahulah si Haruto tu yakin yang dia boleh masuk ke sekolah impiannya, iaitu sekolah menengah sukan nanti.
Tiba - tiba, Jeongwoo terpandang seseorang tengah naik ke atas dewan pentas seperti mahu membicarakan sesuatu.
" Haruto.. Dah nak mula... " bisiknya di tepi telinga Haruto seperlahan yang boleh.
" Ermm.. " gumam Haruto dan terus membuka matanya luas.
☔︎
" Woo! " panggil Haruto. Dia berlari mendapatkan sahabatnya yang tengah duduk di sebuah kerusi.
" Ya! "
" Parents kau dah datang? " soal Haruto sebaik sahaja sampai berdekatan Jeongwoo. Nafasnya tercungap - cungap. Dadanya dipegang sambil mengatur nafasnya.
" Haa? Belum kut..? " Jeongwoo membalas kurang yakin.
" Haa itulah kau! Cubalah rajin sikit berjalan tu. Hmm parents kau dah datang tu. Diorang tunggu kau dekat dewan terbuka. " perli Haruto.
" Oh.. Terima kasih lah ya. " balas Jeongwoo acuh tak acuh. Bukan dia malas bergerak, tapi kaki dia tiba - tiba rasa sakit.
Haruto menjeling Jeongwoo kecil dan itu disedari oleh Jeongwoo. Tapi itu merupakan satu benda biasa bagi mereka berdua.
" Haa parents kau belum datang ke Ruto? " soal Jeongwoo pula
" Tak.. Appa Hajoon mungkin tak datang sebab dia sibuk. Tapi kalau eomma, mungkin datang lewat sedikit kut.. Tak tahulah aku. "
" Siapa kata pakcik Hajoon sibuk? Itu siapa belakang kau? Hantu? " Jeongwoo memucungkan mulutnya, dituju kepada seseorang di belakang Haruto.
" Eh? " Haruto bingung. Dia pun memalingkan dirinya ke belakang.
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Ciencia Ficciónnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...