03 : siapa?

80 13 8
                                    

11 years old.

Kringgg!

Bunyi loceng bagi pelajaran terakhir berbunyi.

Ramai murid menjerit keriangan kerana pembelajaran untuk hari itu sudah tamat. Nama juga budak - budak.

Beberapa minit kemudian, Jeongwoo yang masih sibuk membaca buku pun didekati Haruto dalam diam.

Oleh kerana hampir kesemua pelajaran kelas 4-A telah pulang, Haruto melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah Jeongwoo.

Oh ya, kelas mereka berdua lain tau! Mereka ditempatkan di kelas yang berlainan oleh kerana kepandaian mereka berdua berbeza.

Melihat tiada riaksi daripada Jeongwoo, Haruto mencuit perlahan bahu Jeongwoo.

" Park Jeongwoo.. " panggil Haruto perlahan.

Namun, Jeongwoo masih tetap fokus kepada buku yang dia pegang sekarang. Entah dia dengar atau tidak panggilan Haruto. Boleh jadi Jeongwoo dengar, tetapi sahaja je tidak mahu layan.

" Orang lain semua dah balik. Kenapa Jeongwoo ni belum? Dia dengar ke tidak bunyi loceng tadi? Ke belum bersih telinga? Nampak macam pekak je. Orang panggil pun tak menyahut. " kutuk batin Haruto.

" Jeong jeong woooo! "

" Jeongwooooooooo "

" Woooooo "

" Come on! Don't wor- "

" Diam Haruto. " marah Jeongwoo lalu memandang Haruto sekilas.

Haruto menutup mulutnya.

" Ops! Sorry daddy! " balas Haruto dengan nada menganjing..?

Jeongwoo memandang Haruto tajam.

" Kau nak tak air cola Haruto? "

Haruto mengangguk laju.

" Ambil duit ni lepastu pergi beli sendiri. Kaki ada kan. Dah jangan kacau aku belajar. " balas Jeongwoo sambil menghulurkan beberapa keping helai wang kepada Haruto.

Mulut Haruto memucung. Tetapi tangannya tetap mengambil duit yang diberi Jeongwoo.

" Tak best lah camni! Jom lah pergi berdua. Takut lah nak pergi sorang - sorang Woo.. " rengek Haruto sambil menarik lengan kiri Jeongwoo.

" Anak emak kan? Mana boleh takut! " balas Jeongwoo laju.

" Anak emak ke tak ke, aku nak kau ikut sekali.. Kalau tidak.. Kita putus ka- "

" OKAY OKAY JOM! " Jeongwoo memotong percakapan Haruto lalu mengemas barangnya. Haritu pernah ada satu kes Haruto memang tidak main - main dengan ugutannya. Sampai trauma Jeongwoo dibuatnya!

Haruto tersenyum miring.

" Tahu pun takut! "

︎☔︎

Haruto membelek air cola dalam tin yang berada di genggaman tangannya.

hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎Where stories live. Discover now