september, 12 y/o.
Bunyi buaian yang dihayun Haruto mengisi suasana sepi di antara dia dan juga Jeongwoo.
Haruto mengayungkan buai yang dinaikinya ke hadapan dan ke belakang dengan kadar kelajuan yang sederhana.
Rumput - rumput yang berwarna hijau dan juga hijau kekuningan ditatap kosong.
Jeongwoo yang turut berada di sana, cuba memikirkan sesuatu untuk berbincang dengan Haruto seeloknya. Tidak mahulah dia tersalah cakap nanti. Nanti tak pasal - pasal mood Haruto makin down.
" Hmm Haruto? " panggil Jeongwoo perlahan. Panggilannya, hanya dibalas anggukan kecil daripada Haruto yang setia memandang ke arah rumput.
" Kau memang tak boleh buat keputusan lagi pasal tu? "
Haruto menggeleng sekali tandas membalas.
" Ahh... " Jeongwoo terangguk - angguk dengan balasan Haruto.
Dalam fikirannya sekarang, pelbagai kata negatif yang muncul dalam satu masa. Keliru, pening, pelik, ingin tahu.. Betul, dia memang tidak faham dengan keadaan Haruto sekarang.
Tapi, Jeongwoo pelik kenapa Haruto memerlukan masa yang lama untuk menyetujui perkahwinan Makcik Seoyeon dan Pakcik Hajoon. Harini, tepat masuk satu minggu Haruto berfikir mengenai itu. Bukankan patut Haruto gembira akhirnya ada lelaki yang sudi ingin mewarnai, menjaga dan menggembirakan, hidup dia dan juga eommanya nanti?
Jeongwoo yang memang tidak mengayun buaianya, turun begitu sahaja dan Haruto dihampiri. Dia berlutut di sisi Haruto yang akhirnya berdiam diri di atas buaian tanpa mengayun.
Sebelah bahu Haruto dipegang lembut. Wajah Haruto dipandang sayu.
Semakin Haruto menganjak dewasa, semakin susah untuk melihat sahabatnya itu menangis. Kalau dahulu, Haruto memang mudah menangis kalah dia. Sekarang, terbalik pula. Jadi apa yang dia dapat lihat pada wajah Haruto sekarang, tatapan lelaki bermarga Watanabe itu hanya kosong.
" Haruto.. Kalau kau ada masalah tentang itu, bagitahulah aku. Kau lupa yang aku selalu tolong kau selama ini? " ujar Jeongwoo prihatin.
Walaupun Haruto jarang menangis sekarang, tetap setiap masalah yang berlaku dalam hidupnya dibantu oleh Jeongwoo. Tanpa Jeongwoo, memang hidupnya mungkin dah lama 'mati'.
" Jangan risau, kau tak membebankan pun. Aku sahabat kau, mestilah aku akan selalu tolong kau sehingga ajal aku tiba suatu hari nanti. Aku akan tolong selagi boleh. "
Ujaran Jeongwoo itu akhirnya membuatkan Haruto mengubah riak wajahnya. Dipandang Jeongwoo dengan pandangan kurang suka. Satu sahaja dia kurang suka dengan cara percakapan Jeongwoo, apabila ingin memujuk dia atau apa, pasti ayat yang melibatkan 'ajal' akan terselit dalam perbicaraannya sekali.
Jeongwoo hanya tersengih melihat Haruto memandang begitu.
" Woo. Kenapa ya? Kalau ikutkan memang aku setuju.. Tapi rasa kurang setuju juga.. Dia macam dua - dua ada. "
Akhirnya, Haruto membuka mulutnya dengan lebih lama.
Jeongwoo menukarkan posisi berlutut kepada bersila di atas tapak buaian itu. Dia berpeluk tubuh tanda berfikir mengenai balasan Haruto.
" Ok camni Ruto. Boleh kau bagitahu sebab kenapa kau setuju dan sebab kenapa kau rasa kurang setuju. "
Haruto mengalihkan pandangannya kepada langit mendung dia atas.
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Ficção Científicanote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...