september, 12 y/o.
Majlis hari jadi Jeongwoo telah berakhir dalam satu jam yang lalu.
Setelah semua tetamu sudah pulang, Jeongwoo terlebih dahulu menolong eomma dan appanya mengemas rumah mereka sebelum menyendiri di dalam biliknya.
Hadiah yang diberi oleh Haruto, Jeongwoo ambil dan dibawa ke atas katilnya. Jeongwoo pun duduk bersila di atas katilnya.
Perasaan ingin tahu membuak - buak dalam dirinya sekarang. Agaknya apalah hadiah yang diberikan oleh Haruto. Namun, Jeongwoo tidak kisah apa - apapun itu, janji Haruto ikhlas memberi.
Bungkusan hadiah itu mula dibuka perlahan - lahan dengan bantuan gunting.
Terdapat sebuah kotak di dalamnya. Dengan berdebar - debar, Jeongwoo membuka penutup kotak itu perlahan - lahan.
Setelah dapat melihat isi di dalam, Jeongwoo tergamam melihat hadiahnya. Mulutnya ditekup dengan tapak tangan.
" Wah.. "
Jeongwoo mengambil hadiah itu dengan perasaan bercampur baur. Tidak sangka permintaannya dimakbulkan oleh Haruto.
" Haruto! Aku kan.. Teringin sangat nak beli buku - buku latihan lebih banyak. Boleh belajar lebih lagi lepastu jadi makin pandai! "
" Lah.. Buku latihan juga yang kau teringin? Tak faham aku. "
" Memanglah kau tak faham. Kau tu bukannya suka belajar. Kalau boleh, nak elak daripada belajar. " perli Jeongwoo.
" Nak marah, tapi itu fakta. " ujar Haruto perlahan.
" Tapi.. Kau serious lah ni nak buku latihan banyak - banyak? " soalan Haruto sambil berpeluk tubuh, diangguk laju oleh Jeongwoo.
Haruto mengeluh kecil. " Nak pelik, tapi dia Jeongwoo hmm.. " gumam Haruto.
Jeongwoo melihat setiap buku latihan yang dibeli oleh Haruto itu. Boleh tahan banyak, ada lapan kalau dikira. Apa yang membuatkan Jeongwoo lagi terharu, Haruto tidak membeli buku latihan yang sama jenis dengan yang dia sudah beli.
Walaupun Haruto kurang belajar, tapi tetap dia mengambil cakna tentang buku - buku yang sudah Jeongwoo ada.
Tanpa Jeongwoo sedari, beberapa titisan air keluar perlahan - lahan daripada tubir matanya.
Syok melihat setiap buku latihan itu, tiba - tiba Jeongwoo terpandang sekeping sampul surat yang berada tidak jauh daripadanya. Persoalannya, sejak bila ada?
Sampul surat itu dicapainya. Dengan dahi berkerut, Jeongwoo membuka sampul surat itu lalu diambil isi di dalamnya.
Dibaca surat itu dalam hati.
Annyeongggg!
Selamat hari jadi buat sahabatku, Park Jeongwoo.
Dah besar dah kau. Tapi aku besar lagi lah HAHAHAHAHA. Hmm cepat sahaja rasanya masa berlalu, kan? Aku kenal kau masa umur kau 6 tahun. Dah lama.. Perangai kau pun dah banyak sangat aku tahu dan masih melekat dalam isi otak aku ni. Woo, aku harap sangat kita kekal menjadi sahabat sampai bila - bila.
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Science Fictionnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...