13 : luahan

49 12 5
                                    

Lama, itulah apa yang dirasakan Haruto dan Jeongwoo sekarang.

Sejak mereka menjadi pelajar sekolah menengah, mereka tidak pernah lagi meluangkan masa untuk meluahkan sesuatu yang terkubur dalam hati kepada sesama sendiri.

Namun harini, mereka berjaya mencuri masa untuk melakukan itu dengan merancang untuk meluangkan masa
di rooftop sekolah.

Sepatutnya tidak boleh kerana langit sudah terlalu gelap sekarang. Kalau tiada bulan, pasti tiada sinar cahaya yang boleh menampakan Jeongwoo dan Haruto tengah berbaring di atas lantai.

Angin berlalu yang semakin lama, semakin terasa sejuk menyentuh permukaan kulit mereka berdua. Haruto yang sedikit sensitif dengan suasana sejuk, mengetatkan lagi jaket tebal yang dipakainya sekarang.

Jeongwoo di sebelah, memerhati dengan rasa risau. Sepatutnya mereka berdua boleh sahaja cari masa lain dan pada hari lain asalkan bukan waktu seperti sekarang.

" Kau okay tak Haruto? Kalau tak, kita masuk jelah balik dalam dorm. " ujar Jeongwoo lirih.

Haruto memandang Jeongwoo sekilas. Dia tersenyum tipis. " Tak apa. Aku okay sahaja. "

" Ahh okay.. "

Mereka kembali mendiamkan diri. Mulut Haruto bergerak - gerak kerana ingin menanyakan sesuatu kepada Jeongwoo. Namun dia tidak dapat melakukan itu, kerana kurang yakin.

" Ermm Jeongwoo.. "

Akhirnya..

" Ermm? "

" Kau sebenarnya enjoy tak jadi salah satu pelajar di sekolah ni? Hari - hari aku terfikir pasal ini. Iyalah, kau kan masuk sini sebab utamanya aku. "

Jeongwoo tertawa sebelum memandang bulan sabit. Haruto sedikit bingung mendengar Jeongwoo ketawa.
Lama sedikit, barulah Jeongwoo membuka mulut untuk membalas. " Enjoy je. Kan aku dah bagitahu aku tak kisah pun sekolah mana - mana, asalkan aku boleh masih boleh menuntut ilmu seperti biasa. "

" Betul ni? "

" Ya. Shinpai ira nai. " Haruto sedikit terpaku mendengar balasan Jeongwoo menggunakan bahasa asal negara dia dilahirkan. Lama sedikit, Haruto mengukirkan senyuman kecil di wajahnya itu. Dia jarang guna bahasa Jepun untuk bercakap dengan orang lain. Dengan ibunya juga begitu. Maklumlah, ibunya memang asli daripada Korea. Kadang - kadang, sampaikan Haruto terlupa banyak perkataan Jepun.

" Lawakan bintang.. kan Haruto? " soal Jeongwoo, membuatkan lamunan Haruto terhenti.

" Ya betul.. Mereka bersinar dalam kegelapan, " Haruto menjedakan percakapannya. Wajah sisi Jeongwoo dipandang beberapa saat lalu dia kembali memandang langit yang dipenuhi jutaan bintang itu.

" Seperti kau, bersinar dalam hidup aku yang boleh tahan gelap ini. Kau selalu tolong aku Woo. Kau juga selalu ada dengan aku. Aku pun tak tahu nak balas macam mana.. Kadang - kadang aku rasa mahu sahaja lari sejauh yang mungkin daripada hidup kau, biar aku tak menyusahkan kau lagi. Tapi.. " Kata - kata Haruto terputus. Dia buntu. Tidak tahu ingin mengatakan apa yang dia fikirkan bagaimana.

" Tapi kau tak boleh sebab kau rasa aku memang penting untuk kau meneruskan hidup. Kan? " sambung Jeongwoo tenang. Sebenarnya dia sedikit terkecil hati apabila mendengar Haruto jujur dia ingin menjauhkan diri daripadanya. Sampai hati Haruto! Tapi, dia faham sebenarnya kenapa Haruto mengatakan itu.

Kalau dia bertukar tempat dengan Haruto, pasti dia pun akan memikirkan hal yang sama. Hidup ini kita tidak boleh terlalu bergantung dengan orang lain.

Haruto melepaskan keluhan berat.

hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎Where stories live. Discover now