06 : kahwin?

67 11 0
                                    

ogos, 12 y/o.

Dipagi hari yang disilaukan dengan cahaya matahari, Haruto berjalan beriringan dengan emaknya ke rumah Jeongwoo.

Setelah beberapa langkah berjalan, mereka tiba di rumah yang dituju.

" Tolong tekan loceng Haruto. " arah Puan Im dan diangguk kecil oleh Haruto.

Beberapa saat selepas itu, barulah pintu rumah dibuka luas oleh emak Jeongwoo.

" Haa masuk masuk! " arah Puan Park dengan senyuman.

Mereka berdua pun masuk terus bersama - sama ke dalam rumah.

" Ahjumma.. Ruto pergi bilik Woo boleh? " soal Haruto ceria.

" Dah kenapa kamu ni tiba - tiba minta izin. Selama ni elok sahaja kamu pecah masuk macamtu je. " Puan Park ketawa selepas berkata.

" Sekali sekala minta izin hehe.. Saya pergi dahulu lah ya. "

Mendapat anggukan daripada Puan Park, Haruto terus melangkah pergi ke bilik Jeongwoo.

Krekk..

Pintu bilik Jeongwoo dibuka tanpa diketuk. Bukan dia tidak beradab, tapi Jeongwoo sendiri tidak kisah akan hal itu. Lagipun, bukan selalu dia terus buka macamtu sahaja.

" Hello Park Jeongwooku! " ujar Haruto sebaik sahaja melihat Jeongwoo tengah duduk di atas sebuah kerusi.

" Euw. " Laju sahaja Jeongwoo membalas tanpa memandang Haruto.

Pintu bilik Jeongwoo ditutup lalu dia melabuhkan punggung di atas katil kepunyaan Jeongwoo. 

Haruto tersenyum tipis melihat Jeongwoo tengah belajar. Walaupun itu memang perkara biasa yang sering dia lihat, tetap Haruto tidak faham dengan Jeongwoo. Setiap masa dia belajar, tidak penuh ke isi otaknya? Tak pening?

" Jeongwoo.. Kau belajar subjek apa tu? " soal Haruto ingin mengisi suasana sunyi sepi antara mereka berdua.

" Sains. Kenapa? "

" Ahh subjek tu.. subjek yang kedua susah selepas matematik. " balas Haruto malas.

Jeongwoo mendengar itu, memandang Haruto malas. Dia tahu Haruto memang tidak suka dengan kedua - dua subjek itu. " Kenapa kau datang sini? "

" Eomma aku nak datang. Aku ikutlah. "

" Ahh.. Bukan sebab aku lah ni? " soal Jeongwoo sedih.

" Sebab kau lah. Kalau tak aku dah tidur dekat rumah sekarang. " balas Haruto laju. Dia menepuk dahinya sekali.

Jeongwoo pun memandang Haruto sambil tersengih.

" Woo.. Kaki kau dah okay ke? Esok dah sekolah. Boleh pergi tak? "

Jeongwoo memandang kakinya. Dia mengangguk kecil.

" Sakit tu ada lah lagi. Tapi masih boleh berjalan. Jadi aku pergi sekolah esok. "

" Ahh.. " Haruto terangguk - angguk.

hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎Where stories live. Discover now