05 : pertandingan

67 14 6
                                    

ogos, 12 y/o.

Hari perlawanan untuk pertandingan sukan yang diikuti oleh Haruto akhirnya tiba.

Pertandingan itu berlangsung di sekolah lain. Kiranya bukan di sekolanya. Jadi jika dicakap gementar, memang sangat. Haruto berharap dia dapat membawa pulang nama baik dan kemenangan nanti.

Oleh kerana pertandingan itu berlangsung pada hujung minggu, terlihat ramai orang datang untuk melihat pertandingan itu. Ada pelajar, guru - guru dan juga ibubapa dari sekolah itu mahupun sekolah lain yang turut serta menjadi salah satu ahli untuk berlawan nanti.

Haruto, daripada tadi lagi dia asyik memerhatikan sekeliling untuk menunggu kedatangan kawan baiknya, Jeongwoo. Rasanya sudah lama dia menunggu, tapi batang hidung Jeongwoo tetap tidak terlihat daripada tadi.

Jam di tangan dipandang dan dibaca. Keluhan kecil dikeluarkan.

Pertandingan yang Haruto sertai akan bermula dalam beberapa minit sahaja lagi. Namun, Jeongwoo masih belum datang.

Dia tidak mahu Jeongwoo terlepas tengok nanti. Sebab dia tahu, bertapa mahunya Jeongwoo melihat dia berlawan sejak mengetahui Haruto menyertai pertandingan itu.

" Haruto? "

Haruto memandang ke sisinya. Terlihat ada guru latihannya di sana sambil tersenyum kecil.

" Pertandingan yang kamu akan ikut hampir mula. Jadi ikut saya pergi ke sana ya. " ujar guru itu sambil memegang bahu Haruto.

Haruto meletakkan pandangannya ke bawah. Pertandingan hampir bermula, Jeongwoo mana? Mahu tidak mahu, dia kena setuju jugalah.

Emaknya semestinya datang untuk melihat dia. Jadi dia berharap sangat emaknya merakamnya nanti. Bolehlah tunjuk rakaman itu ke Jeongwoo kalau betul sahabatnya itu tidak datang.

Pandangannya kembali teralih kepada gurunya itu.

" Baik saem.. "

☔︎

" HAISH CAMNE LAH BOLEH TERBANGUN LEWAT? "

" HAISH.. "

" Jam loceng tu pun satu. Orang dah kunci semalam siap - siap, tak berbunyi pula. Kalau tak nak berfungsi tu, cakaplah awal - awal. "

Jeongwoo menaikkan kelajuan basikalnya yang dinaikinya.

Haruto kata, pertandingan yang disertainya akan bermula dalam pukul 9:15 pagi, tapi tadi dia terbangun pukul 8:50 pagi. Sebaik upaya dah dia cuba untuk membersihkan diri dan bersiap dengan cepat.

Lama sedikit, Jeongwoo mengurangkan kelajuan basikalnya. Jam tangan dipandang sekilas. Terlihat menunjukkan pukul 9:25 pagi. Terkejut dibuatnya. Dia kembali melajukan kelajuan basikalnya.

Dalam hati dia berdoa agar dia tidak terlepas. Haraplah kalau terlepas pun, hanya satu acara. Hanya satu acara?

Ya, Haruto sebenarnya menyertai banyak acara pada hari ini. Dalam tiga atau empat acara. Jadi Jeongwoo memang berharap sangat bukan semua acara dia terlepas.

Hebatkan Haruto? Semestinya! Sahabat sehidup semati dia tu.

Jeongwoo memandang sekeliling. Masih belum sampai. Betapa jauhnya rumah dia dengan sekolah yang berlangsung pertandingan itu.

hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎Where stories live. Discover now