Di Korea.
Cuaca pada hari agak kurang memuaskan. Sejuk hingga tidak terkira. Maklumlah, musim sejuk mungkin akan tiba beberapa hari kehadapan.
Walaupun begitu, aku tetap berada di dalam perpustakaan yang mempunyai aircond di beberapa pepenjuru tempat. Di sini tempat yang paling nyaman untuk mengulang kaji bagiku. Kerana di dalam dorm, agak sedikit sukar untuk fokus mengulang kaji oleh kerana dormateku semuanya jenis tidak boleh duduk diam. Mereka banyak bercakap. Tapi, syukurlah mereka sekurang - sekurangnya membuat aku selesa untuk tinggal bersama mereka. Mereka baik, cuma kurang memahami kondisiku yang suka belajar ini.
Kembali kepada perpustakaan, aircond di sini tetap menjalankan tugasnya setiap saat dalam masa yang ditetapkan. Itu mengapa aku berasa sangat sejuk sekarang. Pakai jaket tebal pun, masih sangat sejuk. Nasib baik itu tidak membuatkanku kurang fokus.
Mataku meliar melihat sekeliling. Tiba - tiba, pandanganku tertumpu kepada seorang lelaki yang berdiri sambil melihat sebuah buku di tangannya. Mungkin dia tengah membacanya. Tekstur badannya kelihatan memang mirip seperti Haruto..
Rindunya dengan mamat Jepun tu. Agaknya apa yang dia buat sekarang..
Sudah masuk empat hari kami tidak salingcontact sebenarnya. Mesej yang aku hantar kepadanya tiga hari lepas masih belum terbalas sehingga sekarang. Mungkin dia sibuk? Tapi biasanya kalau dia sibuk dia akan beritahu... No! Fikir positif Woo!Huwaa!
Mengantuk pula.. Kalaulah tidur masa sekarang, mesti rasa nyaman! Tapi, aku bukan jenis suka tidur petang. Sebab nanti aku makin mengantuk malam nanti.
Ting ting!
Telefonku berbunyi perlahan tanda ada mesej masuk. Telefon yang berada di atas meja itu dicapai lalu aku buka untuk melihat sesiapa yang memesej aku.
Sangkaan aku meleset. Ingatkan Haruto yang mesej, rupanya pensyarah aku.
Apabila dibaca isi mesej itu, aku diperintahkan untuk berjumpa dengannya sekarang juga. Ini pasti dia mahu minta bantuan aku atau ingin memberitahu aku sesuatu. Biasanya selalu macamtu.
Sebelum mengemas barang, aku membalas mesej pensyarah itu terlebih dahulu.
☔︎
" Jeongwoo. Saya lihat pretasi kamu sedikit menurun kebelangkangan ini. Jadi saya ingin mencari tahu punca kenapa boleh jadi macamtu. "
" Ya betul, tidak selalu kita akan mendapatkan hasil kerja atau keputusan yang menarik. Tapi, melihat pretasi kamu makin menurun membuatkan saya sedikit risau. Risau jika kamu ada masalah yang dipendam. Niat saya baik, saya hanya ingin membantu kamu. Takut kamu ada masalah. "
Aku sekadar tersenyum tipis semasa pensyarah Choi berkata. Aku dah agak. Pasti dia akan nampak pretasi aku semakin menurun.
Sebenarnya aku tidak ada masalah berat pun. Cuma, yelah penat juga kan lama - lama belajar.
" Minta maaf sir. Saya baik - baik sahaja. Tiada masalah berat yang saya perlu hadap. Cuma penat sahaja. Sejak dua menjak ini, kepala saya mudah sakit. Jadi sir jangan risau tentang itu. Saya akan cuba atasi masalah ini sendiri dan naikkan pretasi saya kembali. " ujarku dengan senyuman kecil. Berharap Sir Choi faham.
" Kalau kamu sakit, pergi jumpa doktor okay? Saya tidak mahulah keadaan kamu akan makin teruk nanti. Mahu berjaya bukan mudah, memerlukan tenaga dan keyakinan yang tinggi. Saya juga tidak mahu pelajar saya hadapi masalah yang terlalu berat. " Sir Choi menepuk bahu aku beberapa kali.
Sir Choi memang selalu macam ni. Dia memang baik, suka ambil berat semua pelajar dia. Tidak pilih kasih juga.
Aku mengangguk kecil. " Baik sir. Saya faham. Nanti saya akan pergi jumpa doktor. "
" Kalau macamtu, kamu boleh pergi. Minta maaf kalau saya menganggu kamu. "
Kepalaku digelengkan. " Tak ada lah Sir. Saya pun tadi tengah belajar di perpustakaan. "
" Kalau macamtu, belajar elok - elok. Jangan lupa makan. "
Senyuman yang diberikan oleh Sir Choi aku balas dengan senyuman manis.
" Nae Sir. Terima kasih. "
Sebelum beredar, aku terlebih dahulu menundukkan badanku tanda hormat.
m
inta maaf pendek, saya kekurangan idea :(
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Science Fictionnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...