10 : buli

59 13 1
                                    

oktober, 12 y/o.

Krekk..

Bunyi pintu dibuka. Terlihat Haruto melangkah keluar daripada salah satu tandas dalam tandas besar itu.

Dia berjalan lurus sehingga ke sinki. Kedua - dua tangannya dibasuh dengan sabun yang tersedia di dalam tandas itu.

Sebelum pergi, Haruto menilik dirinya dahulu di cermin yang hanya tinggal separuh.

Setelah berpuas hati dengan dirinya, barulah Haruto berjalan keluar daripada tandas itu.

" Manalah Woo ni. Tadi kata nak pergi sekejap je.. " soal Haruto apabila dia teringat akan kata - kata Jeongwoo sebelum dia masuk ke dalam tandas.

Dipandang sekelilingnya sambil tersenyum senget.

" Mungkin dia lupa.. Eh tapi Woo tu bukan jenis yang mudah lupa sesuatu.. "

Dagunya dipegang.

Bahunya diangkat tanda dia pasrah kerana betul - betul tidak mengetahui keberadaan Jeongwoo. Mungkin Jeongwoo ada masalah lain ataupun lupa. Fikirnya.

Baru sahaja Haruto berjalan beberapa langkah, ada beberapa pelajar lelaki seakan tengah menghampirinya. Terberhentinya Haruto dibuatnya.

Walaupun mereka belum buat apa - apa lagi, Haruto sudah terasa cemas.

Dia berjalan mengundur ke belakang, merapati dinding.

" Hei Haruto! " laung salah satu daripada mereka ber... haa berlima!

Haruto mahu membalas, namun mulutnya terasa sukar untuk dibuka.

" Haruto? Kau dengar tak? Ke dah pekak? Eh tapi rasanya tadi si Jeongwoo tu panggil kau, kau dengar je aku nampak. " ujar orang yang sama sambil kedua - dua tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket yang dipakainya.

Haruto mengerling sekilas lelaki itu.

Bibirnya diketap erat. Lebih baik dia mendiamkan diri daripada melawan sebab dia bukannya pandai melawan. Lainlah dengan Jeongwoo.

Namun sayang Jeongwoo tiada sekarang. Tapi bagus juga, sekurang - kurangnya dia tidak akan menyusahkan Jeongwoo lagi. Fikir Haruto.

" Hmmm.. Kau.. Aku nak duit kau boleh? Tadi aku nampak dalam beg duit kau penuh dengan duit, " Masih lagi lelaki yang sama berbicara.

" Aku tak kisah pun kalau duit tu hasil daripada mencuri sekalipun. Yang pasti, aku nak semua. " sambung lelaki itu. Dipandang Haruto dengan senyuman sinis.

Haruto menutup matanya erat. Duit itu bukan hasil daripada mencuri melainkan appa barunya yang beri semalam. Dia tidak boleh beri begitu sahaja.

" Boleh ke tak!? " Kalini, barulah kawan kepada lelaki itu membuka mulut. Diherdik Haruto sampai membuatkan lelaki Jepun itu terangkat bahu.

Haruto menggeleng perlahan.

" Oo tak boleh eh? Geng! Apa kata kita kurung jelah dia ni dalam tandas. " Lelaki itu cuba mengugut Haruto. Dia tahu, Haruto tak boleh lama - lama dalam tandas kerana penyakit yang terdapat pada tubuh Haruto itu.

hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎Where stories live. Discover now