19 : termenung

48 9 4
                                    

Semuanya berjalan lancar seperti yang Jeongwoo harapkan. Dia selamat tiba dia Lapangan Terbang Kobe, Jepun semalam.

Sebelum dia bergerak menuju ke tempat penginapan, Jeongwoo terlebih dahulu telah memberitahu tentang khabarnya kepada kedua ibu bapanya.

Ada semalam, dia mendapat mesej daripada Haruto yang mengatakan bahawa Haruto merindui dirinya. Tersipu malu Jeongwoo dibuatnya. Tapi kira untunglah Haruto. Dia mengatakan rindu semasa Jeongwoo sudah berada di Jepun untuk berjumpa dengan dirinya.

Harini, Jeongwoo dengan semangatnya bangun awal pagi untuk bersiap sebelum memberi kejutan tentang kehadirannya di Jepun kepada Haruto.

Walaupun.. iya petang nanti dia akan pergi. Haha tidak akanlah dia akan pergi berjumpa Haruto ketika waktu pagi. Waktu yang sibuk bagi Haruto.

Jeongwoo mengemas tempat tidurnya terlebih dahulu sebelum ingin mencari makan di luar. Dan juga barang - barang yang dia rasa ingin bawa sekali, dia letakkan di dalam beg galasnya.

Baru sahaja Jeongwoo ingin membuka pintu bilik tidurnya, Jeongwoo terpandang kepingan gambar pemandangan langit dan awan yang dia tangkap semalam.

Tidak tahu mengapa, tapi Jeongwoo merasakan firasat kuat untuk membawa gambar itu sekali walaupun dia rasa ingin tinggalkan sahaja. Ialah, nanti dia akan kembali juga ke tempat menginapnya itu lagi.

Ditarik beg galasnya ke hadapan lalu dibuka zip. Gambar - gambar itu diambil lalu diletakkan di dalam beg galasnya.

Selepas itu, barulah Jeongwoo menutup segala suis yang dia buka dan mengunci pintu bilik itu.

☔︎

Cuacana pada hari itu boleh tahan bagus. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kata orang, sekata dan nyaman.

Jeongwoo berjalan kaki sambil melihat sekeliling. Mencari sesuatu yang boleh dibuatnya sebelum berjumpa dengan Haruto nanti. Ataupun, membeli sesuatu untuk diberikan kepada Haruto.

Cakap pasal membeli sesuatu, Jeongwoo baru teringat hari persahabatan mereka berdua akan tiba beberapa hari lagi. Tarikh dimana mereka berdua mula berkawan dan berkenalan. Haih.. Cepat betul masa berlalu.

Satu kedai bertemakan vintage telah menarik perhatian Jeongwoo. Jeongwoo berhenti berjalan untuk melihat kedai itu dengan lebih jelas. Senyuman kecil terukir di bibir Jeongwoo. Akhirnya ada kedai yang menarik perhatiannya.

Masuk sahaja Jeongwoo ke dalam, dia disambut mesra oleh pekerja di situ.

Dengan itu, bermulalah sesi memilih dan membeli.

☔︎

Haruto memangku dagunya sambil memandang kosong ke hadapan. Dia termenung tanpa sedar akan perubahan sekelilingnya sebelum datang seseorang menyapanya.

" Haruto? Kamu kenapa ni? Okay tak? "

Soal seseorang lalu mengambil tempat duduk di sebelah Haruto.

Haruto memandang lelaki itu. Dia kemudian tersenyum tipis. Gelenggan diberikan kepada orang di sebelahnya sebagai balasan.

" Ai... Jangan tipu Haruto. Kamu daripada tadi lagi tau asyik termenung entah tidak tahu apa. Risau hyung dibuatnya. " ujar lelaki itu, mencuba untuk mengetahui apa yang dimenungkan Haruto. Lama sudah dia ingin menyoal tentang itu.

" Tak tahulah hyung.. Sejak bangun daripada tidur, Haruto rasa macam tidak larat sebab terfikirkan sesuatu. Tapi Haruto sendiri pun tidak tahu apa yang menganggu Haruto sekarang. " Adu Haruto.

" Ini pasti sebab Haruto penat sangat. Mana tidaknya, kamu hari - hari pulang lewat daripada sekolah. Selesai pulang/ sambung buat assigment apa semua pula. " Orang itu memberi pendapatnya.

" Mungkin.. Tapi Haruto tidak rasa itu alasan sebenar kenapa Haruto tidak boleh fokus harini. Asyik ingin termenung sahaja. " Dalam menyetujui pendapat lelaki tersebut, Haruto juga menafikannya.

Lelaki itu merangkul bahu Haruto. Lalu, dia menepuk bahu Haruto sebagai memberi semangat.

" Jangan fikir bukan - bukan. Kurangkan termenung dengan berfikir positif atau melakukan aktiviti yang boleh membuatkan kamu tidak terlalu termenung memikirkan sesuatu yang kamu sendiri tidak pasti. Jangan buang masa kamu. Boleh? "

Haruto mengangguk perlahan walaupun dia tidak pasti dia menuruti arahan lelaki itu.

" Hmm Sahi hyung.. " Haruto memanggil perlahan.

" Ya? "

" Hyung pernah tak ada kawan yang hyung rapat dan sayang sangat. Tapi suatu hari, hyung perlu berjauhan dengan dia dalam masa yang lama? " soal Haruto. Dia kemudian membaiki kedudukkannya daripada bersila kepada merapatkan kedua - dua kakinya.

Asahi pula melepaskan tangannya daripada bahu Haruto. Sedikit shocked dengan soalan itu. Dia tidak menjangka Haruto akan menanyakan tentang itu. Apa orang kata.. Ha random!

" Ada.. Jujurlah hyung rindu sangat dengan dia. Masuk tahun ni, dah dua tahun hyung tidak dapat berjumpa atau berbual dengannya. Kalau hyung ingin merasakan kehadirannya di sisi hyung, hanya melalui doa. Itu sahaja caranya. "

" Wah, memang lama tu hyung.. " Haruto menyetujui.

" Nama dia apa hyung? Manalah tahu Haruto kenal ke kan.. " Haruto menyoal ingin tahu.

" Nama dia? Yoon Jaehyuk. " ucap Asahi dengan senyuman kecil.

" Cantik nama dia hyung.. Tapi kan, kenapa hyung tak contact je dia guna telefon? Lost contact ke hyung? " Haruto menyoal lagi dan membuatkan Asahi tergamam.

" Tidak, diaㅡ , "

" HARUTOOOO! "

Laungan seseorang terdengar membuatkan Asahi terus berhenti bersuara.

pembetulan* , ada lagi dua chapter before end! ^^

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

pembetulan* , ada lagi dua chapter before end! ^^

hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎Where stories live. Discover now