Di Jepun.
Mataku menatap sebuah telefon yang aku genggam sekarang. Menunggu telefon untuk loading full screen.
Sebenarnya aku baru sahaja pulang daripada mengambil telefon aku yang dibaiki oleh seseorang. Lama juga telefon ni dibaiki olehnya. Namun, aku tidak kisah mana kerana dis merupakan seseorang yang profesional walaupun lambat. Kata orang, walaupun lambat tetapi sangat memuaskan. Berbaloi dengan harga yang dibayar.
Paparan skrin telefon yang akhirnya menunjukkan gambar aku bersama Jeongwoo membuatkan aku tersenyum kecil.
Aku yakin pasti dia ada mesej aku semasa telefon aku dibaiki selama beberapa hari. Katanya dia tidak ramai kawan kerana tidak tahu bagaimana cara untuk bergaul, jadi itu yang dia selalu mesej aku. Lagipula, tahu sendirilah habitnya yang suka sangat baca buku ataupun belajar.
Password telefon aku tekan lalu terpaparlah beberapa buah apps yang aku download.
Cakap pasal Jeongwoo, pastilah aku membuka KakaoTalk mula - mula sekali untuk melihat mesej daripada Jeongwoo.
Wow, banyak juga dia hantar mesej.
jeongjeong ✌
today
RUTOOOO
MANA KAU
LAMANYA HILANG
KAU BUSY EH?
kalau busy tak apalah, aku faham
rindu kau wei.. banyak pula tu
aku pun tak tahu kenapa aku macam
rindu kau banyak sangatnanti bila aku cuti, aku pergi jepun. bukan gurauan ye. aku janjii
WOW WOW
WOO AKU COMEBACK
MAAFLAH LAMBAT BALAS
phone aku rosak actually. baru je lepas pergi ambil dengan orang yang service phone aku
pasal datang sini tu, tak payah pun tak apa woo.. aku boleh je pergi sana.. alang - alang jumpa parents aku sekali nanti. aku rindu kau, rindu diorang juga
okay?
Jeongwoo ni macam - macamlah. Mahu datang Jepun jumpa aku? Lebih baik aku yang pergi Korea, jumpa dia.
Tapi Jeongwoo biasanya kalau dia kata sesuatu, dia akan buat. Aku harap tidaklah..Susahkan dia pula nanti.
Anak mataku tiba - tiba terpandang jam yang berada di hujung atas screen telefon. Lah, dah nak masuk pukul 2 petang rupanya..
Sebenarnya pukul 2 petang aku ada latihan berlari. Ya, sampai sekarang aku masih meminati larian. Jadi itu yang aku masuk.. Alang - alang aku tengah tidak sibuk sangat sekarang.
Oh ya, aku kena cepat pergi ke padang. Nanti kena marah macam haritu..
☔︎
" Macam biasa! Semua sila beratur dalam barisan! "
Sampai sahaja di padang, aku mendengar jurulatih tengah mengarah. Tercungap - cungap nafas aku ketika berusaha berlari dan masuk ke dalam barisan dengan cepat.
Nasib baik sempat. Selamat telinga aku harini.
" Buat senaman macam biasa lepastu saya akan mengajar cara berlari yang baharu harini. "
Aku sebagai ahli, mestilah mengikut tanpa membantah. Jurulatih memang garang. Dahulu pernah aku menyesal sebab ikut serta. Tapi bila fikir balik, dapat jurulatih yang garanglah bagus.. Kita jadi lebih fokus dan mahir dengan lebih cepat.
" HARUTO FOKUS! "
" Hai! (okay!) "
-
" Haruto. Baguslah kau tadi! "
Aku reflek memegang dadaku. Terkejut pula aku tiba - tiba ada orang puji.
Pandanganku kemudian tertumpu kepada Mashiho. Seorang senior yang kira rapat jugalah dengan aku. Dia tidak masuk aktiviti larian seperti aku.. Tapi dia suka sangat melihat kami, ahli larian berlatih di sini. Katanya saja ingin meluangkan masa lapang.
" Eh tak ada lah.. Terima kasih.. " Aku tersengih kecil.
Mashiho mengambil tempat duduk di sebelah aku.
" Hyung teringin nak lari laju macam kau. Tapi itulah, hyung cepat penat. "
(*actually diorang bercakap in japanese.. but i dont know 'hyung' in japanese what.. faham - fahamlah ya)
Langit yang kelihatan tenang aku pandang. Mengingat kembali tentang aku ketika dahulu. " Sebenarnya Haruto pun sama juga.. Dahulu, Haruto mudah rasa penat tau. Tapi Haruto tetap berlari sebab minat. Syukurlah sekarang Haruto dah tidak mudah penat seperti dahulu.. " ujarku tenang.
" Baguslah kalau macamtu kan? "
Aku mengangguk kecil " Ya.. "
Aku memandang Mashiho sekilas. Terlihat dia tengah melihat jam di tangannya sebelum memandangku.
" Haruto.. Sebenarnya hyung nak singgah sekejap je ni. Hyung pergi dahulu, ok? Nanti bila dah tamat waktu rehat, berlatih elok - elok. " ucap Mashiho dengan senyuman yang selalu dia tunjukkan kepadaku.
" Baik hyung. Menurut perintah! " balasku bersemangat.
Sempat pula Mashiho gelak sebelum berlalu pergi. Nasib baiklah hyung memang comel.
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Science Fictionnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...