01 : balik

102 12 10
                                    

8 years old.

Kelihatan dua kanak - kanak lelaki tengah 'berduaan' di sebuah padang boleh tahan luas.

Park Jeongwoo yang baru sahaja selesai meneguk air memandang wajah orang yang berada di sebelahnya beberapa saat. Dia melihat apa yang dilakukan kawannya.

Lalu, dia mengambil buku latihan bersaiz kecil yang berada di atas beg sekolahnya.

Diambil sebatang pensil yang berada di dalam bekas pensil lalu mula menyelesaikan satu persatu soalan yang berada di dalam buku latihan itu dengan ceria.

" Ruto! Woo nak tanya satu soalan dekat awak ni! Woo bacakan, awak dengar elok - elok tau! "

Haruto yang disebut Jeongwoo, mengangguk kecil tanpa bersuara.

" 26 tambah 34 berapa? " soal Jeongwoo sambil pensilnya diletakkan di hadapan mulut Haruto, ala - ala dijadikan sebagai sebuah mikrofon.

" Hmm... "

" Haa cepat jawab~ "

Setelah beberapa minit berfikir tetapi kunjung tidak mendapatkan jawapan, Haruto menurunkan perlahan pensil yang dipegang Jeongwoo dengan tangannya.

" Malaslah kita jawab. Mana aci bagi soalan susah mula - mula sekali. Sepatutnya bagilah soalan yang senang dahulu baru susah. Apalah awak ni w
Woo. " bebel Haruto dengan muka sedikit garang.

Jeongwoo terkekeh kecil melihat riaksi sahabatnya itu.

" Hehe tahulah. Tapi saja je nak tes
awak boleh tak jawab soalan yang susah dahulu. "

" Alahai awam ni. Awak kan dah tahu yang kita tak pandai bab - bab belajar. Lagi - lagi matematik ni ah. " ujar Haruto lalu mengalihkan pandangan daripada memandang Jeongwoo.

Pandang langit mungkin.

" Lah, merajuk ke? "

Jeongwoo yang melihat Haruto kekal memandang ke arah lain, tiba - tiba  merangkul bahu Haruto begitu sahaja.

" Yah Ruto. Woo minta maaf. "

Lalu dia mencucuk pipi Haruto beberapa kali menggunakan jari telunjuknya.

Mulut Haruto memucung, sudahlah datang rangkul tiba - tiba. Lepastu cucuk pipi dia pula.

" Tahulah aku handsome. Jeongwoo ni pun. "

Begitulah bisik hati Haruto. Kecik - kecik pun dah pandai berlagak.

" Haruto.. "

" Hmmm? "

" Jom balik. Nanti mak ayah kita carㅡ "

Kerana tersalah cakap sesuautu, Jeongwoo menutup mulutnya laju walaupun belum habis berkata.

Dipandang wajah Haruto yang tengah memandang ke bawah.

" Haruto... W-woo tak sengaja.. "

Haruto menggeleng kepala perlahan, tanda dia baik - baik sahaja.

Haruto kan kuat, mana boleh lemah.

Jeongwoo menggaru tekuknya, " Aduh! salah kau lah ni Woo! Lain kali nak cakap hati - hati sikit! " bisik hatinya.

Jeongwoo memegang dagunya pula, berfikir sejenak.

" Haruto-ya.. Jom balik! Nanti mak awak risau, siapa yang susah? Woo juga nanti. Nanti mak awak buat tuduhan Woo yang culik awak! Ruto nak tengok ke sahabat Woo yang handsome ni masuk penjara? " ujar Jeongwoo perlahan dengan muka sedih yang dibuat - buat.

Haruto yang mendengar lantas menggeleng laju dan tidak lupa mengetuk kepala Jeongwoo perlahan.

Dia tergelak kecil melihat wajah Jeongwoo yang tengah memucung akibat perilakunya.

" Jom lah balik. " ujarnya lalu dengan selamba Haruto berjalan pergi meninggalkan Jeongwoo begitu sahaja.

" EH EH HARUTO TUNGGU LAH KITA! "

maaf kalau chapter pertama ini mengecewakan!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

maaf kalau chapter pertama ini mengecewakan!

hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎Where stories live. Discover now