10 june 20**
Akhirnya hari yang ditunggu Jeongwoo telah tiba. Hari dimana menyemangatkan lagi semangat Jeongwoo untuk bertemu dengan Haruto di negara jiran setelah sekian lamanya.
Cuti semesta di universiti Jeongwoo bagi kali ini agak lama. Jadi, Jeongwoo ingin menggunakan masa ini dengan baik untuk berjumpa dengan Haruto secara surprise!
Yes, secara surprise.
Kata Haruto, dia masih belum mendapat cuti. Tapi Jeongwoo tidak kisah, sebab dia tahu orang luar boleh datang ke universiti Haruto untuk mengjenguk seseorang walaupun bukan ketika cuti. Bagaimana Jeongwoo tahu? Mestilah dia mengeksplor laman sesawang dan menanya sendiri kepada Haruto. Sekarang semuanya berada di hujung jari.
Jeongwoo sangat berharap Haruto suka dengan kedatangan dirinya di sana nanti. Tidak melukakan hatinya yang telah terlalu gembira itu. Berharap pertemuan mereka nanti menjadi pertemuan yang sangat bermakna bagi Haruto. Pertemuan yang membuatkan mereka berdua boleh bergelak ketawa lagi.
Haraplah..
Sambil menunggu masa penerbangan pesawat yang akan dinaikinya nanti, Jeongwoo menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil menyanyi perlahan.
Menyanyikan lagu kesukaan Haruto dan dirinya suatu saat dahulu..
" Rindunya masa - masa dahulu walaupun banyak ujian yang menimpa haih.. " lirih Jeongwoo perlahan.
Tiba - tiba, bunyi pengumuman yang mengatakan pesawat yang dinaikinya akan berlepas, Jeongwoo terus bangun daripada duduk.
Dia mengemas dirinya dan melihat kembali barang - barang yang dibawanya agak tidak tertinggal.
Setelah itu, Jeongwoo berjalan ke tempat sepatutnya dia pergi dengan perasaan yang gugup.
☔︎
Perjalanan daripada Korea ke Jepun mengambil masa lebih kurang tiga jam lebih.
Kira - kira, berbaki satu jam lebih lagi sebelum tiba. Dan, Jeongwoo masih belum boleh tidur mahupun berehat sampai sekarang.
Entah mengapa dirinya menjadi tidak tenang. Jantungnya sesekali berdegup laju. Memikirkan sesuatu yang tidak dapat ditafsir dengan baik, namun dapat membuatkan hatinya gusar.
" Haa.. Kenapa susah sangat nak tidur ni.. " rungut Jeongwoo dalam hati. Tidak mahu menganggu penumpang di sebelah mahupun sekeliling.
Jeongwoo tersenyum tipis. Dia membuang pandangan ke luar tingkap.
Ini merupakan kali pertama dia menaiki pesawat. Perasaan apabila dapat melihat keindahan awan dan langit dalam jarak yang dekat membuatkan dia semakin menyukai suasana langit.
Zip beg kecilnya dibuka. Jeongwoo mengeluarkan kamera kecilnya untuk menangkap pemandangan langit ketika itu. Sungguh damai sehingga membuatkan dia tidak berhenti tersenyum kecil.
Warna seakan orange, menunjukkan saat itu hampir masuk waktu malam.
oneuldo orenjiro muldeureoganeun, neoreul yeojeonhi nan..
Setelah berasa puas dengan hasil tangkapannya, Jeongwoo menyandarkan dirinya di badan kerusi agar berada dalam keadaan selesa...
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Ciencia Ficciónnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...