" HARUTOOOO! "
Jeritan itu membuatkan Asahi dan Haruto bersama - sama memandang ke arah punca datangnya jeritan itu.
Terlihat ada seseorang tengah berlari seakan ingin menghampiri mereka berdua. Semakin orang itu hampir dengan tempat mereka berdua berada, semakin dapat terlihat wajah lelaki itu.
" Jeo- jeongwoo? "
Satu nama keluar daripada mulut Haruto. Matanya tidak berkedip apabila mengetahui sang pemanggil namanya sebentar tadi. Asahi yang mendengar, lantas memandang Haruto sekilas. " Jeongwoo? Diakan yang kamu selalu ceritakan tu? " soal Asahi lalu dibalas anggukan daripada Haruto.
Melihat balasan Haruto, Asahi tersenyum gembira. Untung betul Haruto. Sahabatnya datang kemari untuk melihatnya setelah sekian lama.
Sahabatnya? Tidak mungkin akan terjadi.
" Hiks Haruto! " laung Jeongwoo sekali lagi. Dengan pantasnya, Haruto bangun selepas itu lalu berlari dan memeluk Jeongwoo erat.
Bahu Haruto terlihat terhinjut - hinjut kerana empangan air matanya pecah begitu sahaja tanpa sempat menahannya terlebih dahulu.
Hanya kerana seorang Park Jeongwoo, laju Haruto yang jarang menangis itu mengeluarkan cecair - cecair jernih daripada kedua - dua biji matanya.
" Aku rindu kau. " ucap Haruto.
Jeongwoo menepuk sekali belakang badan Haruto. " Kau ingat kau seorang? Pabo! "
" Kenapa tak bagitahu dahulu nak datang? " soal Haruto dengan nada perlahan.
" Sebab surprise.. "
" Hahahah tak lawaklah Jeongwoo.. "
" Aku memang tak buat lawak pun. " balas Jeongwoo selamba membuatkan Haruto tertawa palsu lagi.
Tidak lama, Jeongwoo tiba - tiba pergi tepuk belakang badan Haruto.
" Ehem. Aku tahu kau rindu aku. Tapi janganlah lama sangat peluk. Kesian orang belakang kau tu perhati je kita berdua. " ujar Jeongwoo sambil berusaha untuk melepaskan pelukan.
" Ha yelah. " Akhirnya, Haruto melepaskan pelukan.
Mereka berdua memandang sesama sendiri dengan kesedihan yang terkandung senyuman kebahagiaan.
Jeongwoo mengelap air mata Haruto menggunakan jarinya. " Dah jangan nangis. Buruk. "
Walaupun Haruto tidak berpuas hati dengan ucapan Jeongwoo, dia mengizinkan Jeongwoo untuk terus mengelap air matanya.
Setelah selesai, Jeongwoo memandang orang yang berada tidak jauh daripada mereka berdua. Asahi lah siapa lagi.
Dia membongkok sedikit lalu berkata ramah, " Konnichiwa.. "
Asahi mengangguk berserta senyuman di wajahnya. Dia bangun daripada duduk lalu berjalan menghampiri mereka berdua.
" Okay Jeongwoo. Ini Asahi hyung. Dia lebih tua daripada kita tau. Dan Asahi hyung, ini Jeongwoo macam yang hyung tahu. " Haruto memperkenalkan mereka berdua.
" Kon'nichiwa Park jeongwoo'desu. Harutono shin'yūdesu. Hajimemashite. ( Hello, I'm Park Jeongwoo. Haruto's best friend. Nice to meet you. )"
" Asahi. Watashino hōmo oaidekite ureshīdesu. (Asahi, nice to meet you too). "
" Hmm Haruto. Kau tunggu sini sekejap tau. Aku nak cakap sesuatu dengan Asahi hyung. " bisik Jeongwoo. Walaupun Haruto belum membalas lagi, Jeongwoo sudah mengheret Asahi untuk pergi ke tempat lain menjauhi Haruto.
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Ciencia Ficciónnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...