18 years old.
Kejadian kami meluangkan masa di atap buat kali pertama haritu, sudah berlalu dalam tiga tahun.
Sekejap sahaja rasanya aku dengan Haruto membesar. Jujurlah, memang kami dah banyak kali bergaduh. Biasalah, zaman remaja ni.. susah sedikit nak faham sesama sendiri kan walaupun masing - masing boleh dikatakan matang. Tapi, kami tidak pernah takut untuk meminta maaf kepada sesama sendiri.
Ini yang aku suka tentang persahabatan kami. Masing - masing tahu akan kesalahan diri sendiri dan membenarkan kesalahan itu lalu meminta maaf walaupun pernah kami bergaduh hampir dua minggu lamanya.
Aku rasa aku tidak perlu ceritakan apa yang kami gaduhkan sampai dua minggu. Biarlah memori itu menjadi kenangan dan tersimpan dalam ingatan seperti sebuah cd lagu. Kekal, namun akan 'terungkap' apabila dinyatakan. Seperti sebuah cd lagu, lagu akan dimainkan jika ada orang menggunakannya. Kalau tiada, ianya akan tetap tetap tersorok dan tidak dapat didengari orang. Buat - buat faham lah kalau korang tak faham.
" Yah Park Jeongwoo! "
Laju aku berpaling memandang Haruto yang berada di hadapan aku.
Melihat keningnya menaik, aku tahu dia tengah tanya aku fikirkan apa.
Gelengan perlahan aku beri. " Aku cuma fikir pasal kita dulu - dulu. Tidak sangka cepat betul masa berlalu. Tinggal satu minggu lagi, kita akan menghabiskan zaman persekolahan bagi sekolah menengah dan mungkin akan terpisah dalam masa satu bulan lagi. "
Aku melihat Haruto menutup majalah yang dilihatnya lalu menegakkan badannya yang pada mulanya menyandar kepada badan kerusi.
" Walaupun aku akan sambung belajar di Jepun nanti, kau masih boleh berhubung dengan aku seperti biasa, Woo. Aku janji aku akan selalu mesej dengan telefon kau macam biasa kalau ada masa lapang. "
" Aku tahu.. Tapi aku tak sanggup lah.. Kau.. "
" Kau ni, aku bukannya budak kecil yang lemah macam beberapa tahun yang lalu. Aku sekarang dah besar, pandai jaga diri sendiri kerana kau juga. Kau banyak mengajar aku agar macam mana nak memanfaatkan diri sendiri untuk melindungi diri tanpa susahkan orang lain. Sekarang, aku pun dah pandai aturkan nafas aku bila sesak nafas tanpa perlu tunggu kau suruh buat itu ini. Jadi, janganlah risau ye? Kau tu yang kena jaga diri kau. Kau selalu pendam masalah walaupun aku banyak kali pesan haih. Risau betul aku dibuatnya. "
Aku tersenyum tipis mendengar balasan Haruto itu. Betul, dia sudah besar. Sepatutnya aku tidak perlu terlalu risau. Bila fikir balik, aku perlu jaga diri sendiri juga.
" Hmm minta maaf kalau saya menganggu. Tapi gambar kamu berdua dah siap. "
Mendengar suara itu, membuatkan aku sedikit terkejut. Aku memandangnya lalu mengangguk kecil.
" Ini ya gambar kamu berdua. Saya harap kamu berdua berpuas hati. "
" Terima kasih. " ucapku dan Haruto bersamaan. Lelaki itu menunduk hormat sebelum berlalu pergi.
Aku pun memandang Haruto. Dia juga turut memandang aku sama. Pandanganku teralih di atas meja. Ada dua keping gambar. Haruto ambil satu, aku pun ambil satu.
" PERGH HANDSOME GILA AKU. " Haruto yang menjerit itu aku pandang atas bawah. Tak kenal tak kenal.
" Lawanya gambar ni... " ujarku sambil tersenyum gembira. Tidak sangka hasil akhir gambar ini akan secantik ini.
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Ciencia Ficciónnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...