Hujan renyai rintik - rintik sedari tadi membasahi tubuh duorang pemuda yang salah seorang daripada tengah menangis. Bagaikan menemani sang pemuda, hujan tidak berhenti turun namun masih dalam keadaan renyai sahaja. Hujan itu sepertinya mengetahui isi hati sang pemuda.
" Kenapa kau pergi awal sangat Woo.. " Lirihnya dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.
" Kau pernah janji nak membesar sama - sama sampai ke tua.. "
" Kenapa Woo.. "
" Kau tipu aku... "
" Kenapa kau tipu aku.. "
" Tunaikanlah janji kau.. "
" Kau cakap kau datang jumpa aku sebab utama nak sambut anniversari kita jadi kawan.. tapi kenapa dikala kegembiraan yang patut kita raikan, duka yang datang.. "
" Kalau aku tahu aku ajak je kau pusing universiti aku haritu.. tapi sebalikanya aku cakap aku penat. Aku rasa gagal jadi sahabat kau.. "
Haruto memandang batu yang terukir nama Jeongwoo. " Kau dengar tak Woo.. maafkan aku. "
" Maafkan aku, Woo.. "
Seorang lagi yang turut berada di situ memandang sayu kearah Haruto. Mahu bersuara, sudah berapa kali dia mengajak Haruto pulang namun ditolak oleh Haruto. Bayangkanlah hampir tiga jam mereka berada di sana.
Dia bukan apa, takut Haruto demam teruk nanti dan melarat.
" Haruto.. balik jom? Nanti kita datang semula okay? Hyung risau kamu sakit. Kamu itu sudahlah ada asma.. " pujuk Asahi dengan suara yang lembut agar Haruto setuju.
" Hyung balik je kalau hyung nak.. " balas Haruto tanpa memandang Asahi. Asahi menggeleng perlahan. Lain yang dipinta, lain yang dibalas.
Asahi yang daripada berdiri, duduk mengcangkung di tepi Haruto. Rasanya dia perlu cerita apa yang terjadi kepadanya yang berkaitan dengan kematian seseorang juga. Kemungkinan nanti baru Haruto akan dengar cakapnya.
" Haruto. Hyung tahu kamu tak terima dengan permergian Jeongwoo. Hyung faham sangat macam mana rasanya kehilangan satu - satunya sahabat kita dari kecil. " Asahi mula membuka suara.
Dia memandang sekilas wajah Haruto lalu tersenyum apabila mengingatkan sahabatnya.
" Kamu ingat lagi.. Yoon Jaehyuk? Nama yang Jeongwoo sebut ketika malam kita bertiga berada di kafe? Dan, hyung pernah sebut sekali nama dia sebelum Jeongwoo datang jumpa kamu. " Soal Asahi. Perlahan - lahan, Haruto mengalihkan pandangan terhadap Asahi. Tertarik untuk mengetahui apa yang Asahi akan katakan nanti.
" Sebenarnya.. Yoon Jaehyuk tulah satu - satunya sahabat hyung sebelum hyung masuk universiti kita. Hyung pernah bagitahu dah lama hyung tak berjumpa dengan dia, kalau kamu ingat lah. "
" Haruto ingat.. kenapa dengan dia hyung? " Soal Haruto bingung.
" Dia.. dah lama pergi daripada dunia ni. Mungkin sekarang dia tengah bersama dengan Jeongwoo? Ini hanya imaginasi hyung, tapi hyung dapat rasakan.. " luah Asahi.
Haruto mengesat air matanya lalu bertanya, " Maksud hyung.. "
" Hyung pasti kamu masih ingat cerita Jeongwoo yang dia berjumpa sahabat hyung ketika dalam kapal terbang. "
Mendengar itu, Haruto berfikir, " Eh sekejap. maksudnya kehadiran sahabat hyung macam bagi tanda yang Jeongwoo akan pergi? " Soal Haruto. Dia mula mempersoalkan cerita Jeongwoo.
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Science Fictionnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...