12 : asap

52 12 8
                                    

15 years old.

Hari ke hari berlalu dengan baik. Setakat ini, tiada masalah yang sama berulang kembali dalam perjalanan kehidupan Haruto. Sedar tidak sedar, sudah tiga tahun berlalu sejak hari dimana Jeongwoo mencari 'sekolah sukan di south korea bagi highschool'.

Hubungan mereka sebagai kawan baik juga macam biasa. Sekejap okay, sekejap bergaduh. Tapi tidak mengapa, itu benda biasa. Janji mereka masih mempercayai antara satu sama lain dan selalu membantu antara satu sama lain

Namun, semakin lama semakin parah penyakit yang terkandung dalam diri diri Haruto.

Itulah. Orang sudah larang supaya berhenti bersukan, dia tidak mahu. Jeongwoo larang pun, Haruto tidak dengar. Maklumlah, Haruto dengan sukan tidak boleh dipisahkan.

Dengan mudah, Haruto mencapai bunga yang tertarik baginya di sebuah pohon.

Bunga maehwa, bunga kesukaan Haruto dan juga Jeongwoo. Warnanya yang lovely, iaitu putih ataupun pink membuatkan mereka berdua berasa nyaman. Bentuknya yang tidak terlalu rumit dan mempunyai lima helai kelopak, sangat indah untuk dipandang.

" Nah Woo, hadiah sebab kau famous macam aku. Dapat banyak masuk pertandingan berkaitan sukan macam aku hoho. "

Haruto menghulurkan bunga yang dipetiknya kepada Jeongwoo di sebelah. Padahal di tangan Jeongwoo dah ada beberapa kuntum.

" Terima kasih hehe.. " ucap Jeongwoo malu.

Ya, mereka berdua masih bersekolah di sekolah yang sama seperti Haruto katakan iaitu di Gwangju. Itu kerana berkat usaha Jeongwoo untuk tidak mengalah dan usaha Haruto untuk mengajar Jeongwoo sehingga berjaya.

" Woo.. Aku rasa kita bolehlah balik dorm sekarang, mandi bersiap apa semua. Saem kata pukul 8 malam kan kena berkumpul? "

Jeongwoo mengangguk kecil tanpa memadang Haruto. Sibuk menyusun bunga yang dikutip di tapak tangannya.

" Ya.. "

Haruto memandang Jeongwoo dengan riak wajah datar. Dari tadi Jeongwoo fokus dengan bunga - bunga di tapak tangannya. Aish dia ni! Fokus sangat susun bunga tu.

" Kau nak susun bunga tu sampai bila? Esok? Kalau macamtu, kau duduklah sini sorang - sorang. Aku pergi dahulu. " Haruto berkata malas dan terus berjalan pergi meninggalkan Jeongwoo.

Tapi itulah, Jeongwoo tu sebenarnya fokus sahaja dengan Haruto. Jadi gelabah dia berjalan laju untuk mengejar Haruto yang sudah pergi meninggalkannya.

☔︎

" Semua sudah ada, jadi kita akan mulakan aktiviti gotong - royong pada malam ini. Saya harap tiada masalah besar yang berlaku dan berlangsung dengan baik sehingga selesai. "

" NAEEE! "

" Alright! Semua sila berpecah berdasarkan kumpulan yang sudah saya tentukan! "

Guru itu menepuk tapak tangannya berulang - kali dengan kuat sambil melaungkan, " CEPAT CEPAT CEPAT! "

" Wei Woo! "

Jeongwoo memandang Haruto yang berada di sebelahnya. Sebelah keningnya dinaikkan. Dia baru sahaja ingin melangkah pergi tadi, tapi terhalang sebab Haruto panggil.

hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎Where stories live. Discover now