19 years old.
Suasana dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Internation Incheon terlihat indah bagi Jeongwoo.
Kadang - kala, dia tersenyum kecil apabila melihat susuatu yang menarik dan cantik baginya.
Sesekali juga, dia berpaling ke kanan untuk melihat keadaan Haruto.
Sekarang, Haruto kelihatan tengah tidur sambil berpeluk tubuh. Beberapa minit lagi, dia akan terpisah dengan Haruto entah berapa lamanya. Haih, kenapalah cepat sangat masa berlalu. Kalau boleh, Jeongwoo berharap masa berhenti atau berulang kepada masa mula - mula dia menganali Haruto dahulu.
Mahu ketawa apabila teringatkan Haruto masih belum banyak mengetahui hangul ketika dia berjumpa dengan Haruto buat pertama kali. Jadi, agak susah dia mahu berkomunikasi dengan Haruto pada ketika itu.
" Jeongwoo? " Suara serak basah Haruto menyentakkan Jeongwoo.
" Ya, aku ni. Kenapa? "
" Dah nak sampai ke? " soal Haruto masih lagi dengan kelopak mata yang tertutup. Aduhai, mungkin penat sangat kerana membuat persiapan semalam.
Jeongwoo memandang sekeliling. Lama dia perhati, dia dapat melihat samar - samar lapangan terbang di hadapan sana. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Perasaan gembira dan sedih bercampur mula timbul dalam satu masa.
Haruto kembali dipandang Jeongwoo.
" Haruto. Dah nak sampai.. Boleh lah kalau kau nak bangun sekarang. "Ujaran Jeongwoo itu dibalas anggukan kecil daripada Haruto. Angguk - angguk pun, kelopak mata masih tertutup. Geli hati Jeongwoo melihatnya.
" Mengantuk sangat kau ni eh? Padahal nanti boleh je kau tidur puas - puas. " Usai sahaja Jeongwoo berkata, terus Haruto membuka kelopak matanya. Kalini, betul - betul terbuka. Sudah tidak tertutup kembali.
" Hmm betul juga cakap kau. " balas Haruto sambil membaiki posisinya.
" Kau semaklah balik passport kau apa semua tu. Barang yang penting, letakkan satu tempat dalam beg galas kau tu. Nanti senang, tidak payah susah - susah nak cari.. "
Pesan Jeongwoo dibalas gelengan kecil daripada Haruto. Jeongwoo ni pelupa ke apa? Padahal tadi sebelum dia membuat keputusan untuk tidur, Jeongwoo sudah menyuruhnya untuk melakukan itu. Dan, dia terus buat apa yang Jeongwoo katakan.
" Tadi kan aku dah buat. Berapa kali nak pesan? " soal Haruto lalu tersenyum senget.
" Oh ye eh? " Jeongwoo menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
" Iyaa.. "
" Haruto Jeongwoo, bersiap sedia. Kita dah nak sampai. "
Suara berat daripada seseorang membuatkan mereka berdua tersentak kecil.
" Nae appa.. " balas Haruto terlebih dahulu sebelum diikuti oleh Jeongwoo kemudiannya.
" Baik pakcik. "
☔︎
" Hiks hiks! "
" Yah Jeongwoo sudahlah.. "
" Hiks.. "
" Malulah orang lain tengok Woo.. Janganlah nangis.. Nanti aku nak nangis sekali lah.. " pujuk Haruto sambil mengusap bahu Jeongwoo.
Jeongwoo memandang wajah Haruto. Jelas terlihat wajah Jeongwoo basah kerana air mata yang masih tidak berhenti turun. " Tapi aku tak sanggup lah.. "
YOU ARE READING
hujan ⨾ haruto dan jeongwoo ✔︎
Ciencia Ficciónnote : not b×b fanfic. this fanfic is about hajeongwoo friendship! "Kata Haruto, Jeongwoo itu juga jantung baginya. Tanpa Jeongwoo, pasti hidup dia dipenuhi dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan." Daripada kecil lagi, mereka berdua tidak dapa...