BAB 1

17K 341 3
                                    

Aku memandang kosong ke arah pinggan yang diisi sekeping sandwich di sebelah katilku. Tekak aku agak kelat untuk merasai sebarang makanan walaupun perutku kosong minta untuk diisi. Perasaan aku yang bercampur baur melemahkan seleraku.

Krikk...krikk...

Aku terdengar beberapa bunyi kasut seseorang yang sedang melangkah ke arahku. Aku segera mencapai sandwich itu dengan kasar dan mengunyahnya tanpa meninggalkan sebarang sisa. Perasaan takut itu tiba-tiba sahaja bergelumang dalam jiwaku. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, aku segera menegakkan tubuhku dan wajahku menunduk ke bawah kerana takut untuk menatap wajahnya itu.

Jejaka itu segera mengambil tempat di sebelahku. Dia dengan perlahannya mengusap kepalaku dengan perlahan. Selepas itu, tangannya mengelus daguku dan menolehkan wajahku ke arahnya. Aku dengan perasaan yang bercampur baur segera menatap ke arah wajah tampan miliknya dengan matanya biru berupa helang dan hidungnya berbentuk mancung itu. Dia melihat wajahku dengan sekian lamanya dan memberikan ciuman lembut pada bibirku. Aku agak terkesima dengan tindakannya.

"You already finish your food right?" Soal jejaka itu. Aku segera mengangguk kepalaku dengan perlahan.

"Where is your voice?" Ujarnya dengan nada serak di cuping telingaku. Meremang bulu romaku apabila mendengar suaranya yang kedengaran agak menyeramkan.

"Sa..saya dah habis...kan." Ujarku dengan nada yang menggeletar. Bukan suaraku sahaja malah tubuhku juga menggigil akibat aura hitamnya.

"Good girl.." Dia mengusap kepalaku lagi sekali dan memberikan ciuman pada rambutku.

"After this, I will bring you at living room." Katanya.

Hati aku agak berbunga apabila mendengar perkataan living room kerana tempat itu satu-satunya syurga bagiku. Tiada tempat yang aku gemari melainkan ruang tamu adalah tempat aku untuk meluangkan masa sepenuhnya. Jejaka itu segera membukakan gerigi besi di kakiku dan kaki aku agak berasa kejang akibat diikat terlalu lama. Dia segera membawaku ke arah ruang tamu di mana syurgaku berada.

Setelah tiba di ruang tamu, aku segera berlari ke arah sofa kerana tidak sabar untuk menonton televisyen. Sudah lama aku tidak menonton rancangan kegemaranku.

"Stop!!" Jerkahannya menghentikan langkahku. Aku segera menghadap ke arahnya kembali.

"No television for this time, you need to read something now!" Ujarnya dengan tegas. Hatiku yang sudah melonjak kegembiraan tiba-tiba sahaja bertukar suram kerana keinginanku tergantung begitu sahaja. Kali ini aku tidak berpeluang menikmati bersama televisyen yang menyimpan seluruh kegembiranku.

Aku segera mencapai novel yang sudah tersedia di atas meja di hadapan televisyen dan membacanya sambil duduk di atas sofa. Aku menjeling ke arah televisyen yang hanya menjadi kenangan bagiku. Jejaka itu segera beredar dari situ menghilang kemana pun aku tidak tahu.

Selepas 2 jam aku menghabiskan novel yang dibaca olehku, aku segera menoleh ke arah sekelilingku dan mendapati bahawa jejaka itu masih tidak ada di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas 2 jam aku menghabiskan novel yang dibaca olehku, aku segera menoleh ke arah sekelilingku dan mendapati bahawa jejaka itu masih tidak ada di situ. Kepalaku ligat merancangkan sesuatu. Aku melangkah ke arah dapur untuk mengambil snek sebagai alas lerutku. Aku tahu bahawa ini adalah kesalahan besar kerana melanggar peraturan tetapi apakan daya kerana aku sendiri yang sudah merasai kelaparan.

Aku membuka rak di atas dengan perlahan dan mencapai keropok jagung yang merupakan snek kegemaranku.

"What are you doing?!!" Seseorang menjerkahku dari belakang. Badanku terus menggigil kerana takut akan hukuman yang bakal aku terima nanti.

"Siapa cakap yang kau boleh ambil benda tu?!!!" Dia memarahiku dengan agak teruk.

"Lu..luna minta maaf sebab ambil ke..keropok ni tanpa pengetahuan abang. Lu..luna la..lapar sebab tu Luna nak ma..makan keropok ni.." Ujar ku dengan suara tersekat seperti ada sesuatu tersangkut pada kerongkongku.

Dia mula menapak ke arahku dan aku segera memulakan langkah ke belakang. Sehinggalah badanku bersentuhan dengan singki, badanku mula terperangkap oleh tubuh badannya yang sasa itu. Dia segera merampas kasar keropok jagung itu dari tanganku.

"Kau langgar peraturan aku, kau dah lupa undang-undang kat rumah ni? Kau sengaja kan nak cari nahas dari aku.." Suaranya menampar ke arah wajahku dan aku diam tanpa mengeluarkan sebarang suara akibat terlalu takut.

"Lu..luna minta maaf.." Aku memohon maaf darinya agar dia tidak mengapa-apakanku. Aku terlalu takut untuk berhadapan dengannya sehinggalah aku merasakan kaki ku longlai untuk berdiri teguh.

"After this no more living room for you." Aku terkejut mendengar kata-katanya.

"Understand?" Kali ni aku mengangguk lemah.

"Go your bedroom right now!!" Aku segera berlari ke arah bilikku apabila ditengking sedemikian. Selepas itu aku segera menutup pintu dan menyorok ke dalam selimut. Aku sedaya upaya membuang perasan takut itu. Aku merasakan pintu bilik itu terbuka dan kakiku dicapai dengan kasar untuk digari semula. Sejurus itu, pintu itu dihempas dengan kuat.

Sampai bilakah aku harus berhadapan dengan ketakukan?

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now