"Bunga..sinilah dekat dengan abang." Roy sengaja menyentikku menggunakan panggilan manjanya terhadapku. Nama panggilan itulah selalu dia gunakan untuk memikat aku agar aku menjadi cair terhadapnya. Mungkin itu adalah sebelum aku mengenalinya. Tetapi setelah masak terhadap sikapnya pada masa kini perasaanku kian bercampur baur terhadapnya.
"Bunga apa yang nak ditakutkan dengan abang? Abang takkan apa-apakan sayanglah." Ujarnya. Aku sekadar menggeleng kepala kerana tidak berani untuk mendekatinya.
"Alahai malu pulak bunga kita ni. Sinilah nanti abang ajak sayang jalan-jalan nak tak? Bolehlah abang belanja sayang MC Donald nanti. Nak tak?" Ujar Roy dengan nada seperti menarik perhatianku.
"Mungkin dia takut nak dekat dengan kau kot sebab tadi dia ada nampak kau pukul budak ni." Ujar rakannya iaitu Lucas. Lucas? Bukankah dia yang berkahwin dengan adikku pada hari yang lalu?
"Alah relakslah. Bukannya aku pukul dia pun. Aku cuma pukul si bangsat ni je. Bunga kenapa nak takut dengan abang? Abang tak makan oranglah. Kalau bunga tak datang sini abang kejar bunga nanti." Ujar Roy seperti hendak menakutkan aku. Aku segera beredar dari situ kerana pening disakat oleh lelaki itu. Aku terdengar Roy mengetawakan aku dari jarak yang jauh. Memang sah lelaki itu sudah mental.
"Bye jumpa lagi esok nyah.." Ujar Claire lalu menaiki kereta abangnya. Aku juga melambai ke arahnya. Wait..bila aku fikirkan balik kalau aku balik dari universiti aku naik kenderaan siapa sebenarnya? Ataupun aku menaiki kenderaan sendiri? Nak kata ada kunci kereta pula memang langsung tidak ada padaku.
Cuba ingat balik Luna, kalau kau balik kat rumah, kau naik siapa sebenarnya? Tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi motor di belakangku. Rupanya Roy yang sedang membawa motorbike menuju ke arahku.
"Bunga nak tumpang abang? Abang boleh hantarkan bunga balik rumah. Jom naik kat belakang abang." Ujar Roy dengan memujukku untuk menaiki motor bersama dengannya.
"Tak perlulah Roy, saya boleh balik sendiri. Boleh tak awak tolong saya? Saya balik kenderaan siapa ya kalau setiap kali saya nak balik kat rumah?" Soalku seperti orang bodoh lupa akan kenderaan sendiri. Nanti apalah yang difikirkan oleh Roy nanti. Lantaklah apa yang dia nak fikir.
"Bunga naik dengan abanglah. Takkanlah bunga dah lupa. Abanglah yang selalu setia dengan bunga kalau nak hantarkan bunga balik kat rumah. Hi..hi..hi.." Ujar Roy. Boleh percaya ke lelaki ni? Aku tak rasa yang aku pernah tumpang Roy sewaktu ingin pulang ke rumah.
"Jomlah naik dengan abang. Jomlah..." Ujarnya dengan nada merayu. Aku tanpa berfikir panjang terus naik ke arah belakangnya menyebabkan Roy keriangan hati. Balik nanti pandailah aku tanya family aku dengan siapa aku naik sepatutnya.
"Bunga peluk badan abang ni kuat-kuat. Abang bawa motor ni memang laju. Cuma takut bunga terjatuh nanti waktu abang bawa motor ni." Ujarnya Roy lalu mengeratkan tanganku pada pinggangnya. Aku naik menyampah kerana sesenang itu sahaja dia ingin mengambil kesempatan. Takpalah kerana aku juga sudah biasa rapat bersamanya lagipun dia juga bakal suamiku.
Tanpa diduga, Roy membawa motor tersebut sangat laju. Mengalahkan pelumba motor. Setelah itu dia memberhentikan aku di hadapan MC Donald.
"Roy kenapa hantar saya dekat sini? Saya nak baliklah. Lagipun saya bukannya lapar sangat pun." Ujarku dengan kehairanan.
"Sabarlah bunga. Kalau bunga tak lapar tapi abang yang lapar. Alang-alang tu bunga temanlah abang makan kat sini. Nanti lepas makan, abang janji yang abang akan hantar balik bunga kat rumah bunga nanti." Ujarnya.
Aku tidak mampu membantah apa-apa, aku pasrahka sahaja untuk menemaninya makan di sini. Aku duduk di meja yang kosong sementara Roy membuat tempahan makanan. Setelah beberapa minit, aku ternampak Roy membawa dua pinggan. Satu untuknya manakala satu lagi diberikan kepadaku.
"Makan. Abang tahu bunga tengah laparkan. Tak baik tahan lapar. Nanti tak cukup tenaga. Biar berisi sikit badan tu." Ujarnya dengan memaksaku untuk memakan makanan tersebut.
Belum sempat aku ingin bersuara tiba-tiba sahaja dia mencelah.
"Sayang..boleh dengar cakap abang tak? Kalau abang suruh makan, bermakna sayang kena makan. Sayang nak abang tinggalkan sayang sorang-sorang kat sini ke biar tak dapat balik rumah?" Ujarnya dengan mengugutku. Aku mengeluh perlahan dan terpaksa menjamah makanan tersebut. Aku takut sekiranya dia melakukan perkara yang tidak diingini terhadapku. Kadang-kadang juga ugutannya itu boleh jadi kenyataan kerana dia seorang yang serius. Sebab itulah aku tidak berani membantahnya.
Setelah habis menjamu selera, akhirnya aku dihantar pulang ke rumah. Kenangan tersebut mula mengamit kerinduanku terhadap rumah ini. Akhirnya aku berpeluang untuk pulang ke rumah sendiri setelah terperangkap di rumah Roy pada beberapa hari.
"Bye bunga..kita jumpa esok." Ujar Roy lalu beredar dari perkarangan rumah ibu bapaku. Aku hanya tersenyum pendek sahaja. Aku segera memasuki ke dalam rumah kerana ingin melihat kenangan rumahku dahulu. Apabila aku melihat ibuku, aku lantas memeluknya seperti sudah bertahun tidak berjumpa.
"Kau ni dah kenapa tiba-tiba peluk mak ni? Dah buang tebiat ke?" Ujar ibuku kehairanan.
"He..he..he..Luna saja je nak peluk mak. Tuber rindu mak. Luna nak tanya..Luna biasanya naik apa kalau Luna balik rumah?" Soalku.
"Kau ni dah kenapa tiba-tiba hilang ingatan? Ni mesti tidur kat kelas bukannya nak belajar pun. Kau kan naik teksi. Kau tadi naik siapa?" Soal ibuku.
"Tadi Luna tumpang Roy. Lagipun dia yang nak sangat hantar Luna balik rumah. Jadi Luna pun naik jelah dengan dia." Ujarku.
"Roy? Budak handsome dan kaya tu. Korang dua dah couple ke. Senanglah hati mak dapat menantu yang bagus macam Roy. Dulu kemain jual mahal. Sekarang ni dah pandai kau melekat dengan dia ya." Ujar ibuku dengan menyakatku. Eleh mak ni, mungkin mula-mula mak suka dengan dia. Tengok jak dah kahwin nanti confirm mak menyesal punya. Aku tersenyum sinis.
"Mak ni sudah-sudahlah dengan angan-angan tu. Luna cuma kawan biasa dengan Roy tu je tak lebih daripada tu." Ujarku dengan muka bersahaja.
"Kau kena kahwin dengan lelaki macamtu sebab dia tu boleh menjamin masa depan kau. Lelaki jenis macamtulah yang mak nak." Ujar ibuku seperti orang yang beria. Mak...kalau yang ni bukan mimpi dah lama Luna ubahkan balik keadaan masa ni dan reject awal-awal lelaki yang panas baran macamtu. Biar bertambah cerah masa depan Luna.
Aku segera menaiki ke atas dan membersihkan diriku.
YOU ARE READING
HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)
Romance(AMARAN: SESIAPA YANG TOXIC TU. SILA JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA DENGAN JALAN CERITA NI❗ JUST FOR ADVICE) Sepasang suami isteri yang sering berada dalam kecelaruan di alam perkahwinan. Suaminya iaitu ROY MENDEZ mempunyai sikap panas baran...