Aku duduk bersimpuh dan tersenyum ke arah kedua-dua ibu bapaku. Mereka menikmati kuih yang aku sudah sediakan kepada mereka. Roy dari tadi mempamerkan senyuman kelat kepada mereka. Mana tidaknya mereka melawat secara tiba-tiba tanpa memaklumkan pada kami.
"Sedapnya biskut yang kamu buat ni Luna. Kenapa taknak buat business kuih je lepastu jual kat online." Ujar ibuku.
"Tak perlulah nak business bagai semua tu sebab Luna pun hanya sekadar buat suka-suka je lagipun Luna pun dah jadi suri rumah je." Ujarku.
"Luna dah jadi suri rumah lah kena buat perniagaan sendiri supaya boleh tampung pendapatan. Takdalah terlalu mengharapkan duit suami kan?" Ujar ibunya.
"Eh takpelah ibu. Lagipun Roy dah cukup dah untuk tampung perbelanjaan kami. Semua keperluan Luna, Roy dah sediakan semuanya. Luna hanya perlu duduk rumah jadi permaisuri je kat sini." Roy tiba-tiba mencelah ibuku.
"Awak ni pun biarkan jelah macamana diorang nak tentukan ekonomi rumah tangga mereka. Roy pun dahlah dilantik sebagai ketua pengarah keselamatan negara. Bukan calang-calang orangnya dan gaji pun boleh tahan lumayan." Ujar bapanya cuba menyokong Roy.
"Yelah saya setuju saja dengan pandangan abang tu. Abang ni bukannya nak mengalah pun asyik dia je nak menang. Saya bukannya apa taknak Luna terlampau bosan duduk kat rumah. Saya kalau duduk je kat rumah mana tahan nak kena buat sesuatu yang dapat asah minda saya baru dapat hidup dengan sempurna. Luna tak bosan ke asyik duduk rumah?" Soal ibuku.
"Luna tak bosan dah biasa duduk kat sini. Melayan kehidupan seharian suami dah cukup bagi Luna." Ujarku dengan tenang walhal hati tidak menerimanya. Aku tahu bahawa suamiku yang mengarahkan aku untuk berhenti bekerja kerana dia tidak dapat menahan cemburunya apabila tempat kerjaku dipenuhi banyak kaum lelaki. Keselamatanku juga menjadi faktor dia enggan mahu aku bekerja.
"Kalau ibu ajak Luna balik kampung nak tak? Sebab adik kamu tak lama lagi nak kahwin. Adik kamu dari tadi minta ibu suruh ajak kamu pergi sana. Katanya nak suruh kamu jadi bridesmaid lah kononnya." Ujar ibuku.
"Ya? Veronica nak kahwin? Tak cakap pun? Luna sendiri tak tahu dia dah ada boyfriend lepastu tiba-tiba je nak kahwin. Bertuah punya adik." Ujarku tidak berpuas hati kerana sikap adikku yang suka menyimpan rahsia daripadaku.
"Ya. Kamu kan takda dalam group keluarga manalah kamu tahu perkembangan tentang adik kamu. Cakap pasal telefon dah siap repair ke belum?" Soal ibuku membuatkan hatiku tersentak. Aku merenung Roy yang sudah memandang tajam ke arahku.
"Belum lagi ibu sebab abang Roy tak sempat nak hantar kat kedai lagipun dia selalu sibuk dengan tempat kerja dia. Dia mana dapat singgah mana-mana. Ibu jangan risau Luna akan selalu berhubung dengan ibu guna telefon abang Roy." Kataku berbasa basi.
"Lah sampai sekarang belum repair? Dah 2 minggu ni takkanlah takda freetime langsung? Kalau ada sesuatu terjadi apa-apa kat sini nanti macamana kamu nak call suami kamu?" Soal ibuku.
"Jangan risaulah mak, Roy ada pasang cctv siap-siap kat rumah nanti Roy boleh pantau keadaan Luna dekat telefon Roy nanti. Semua rutin harian Luna, Roy akan pantau tak kira kat tempat kerja ke atau kat mana-mana tempat." Celah Roy.
"Wau boleh tahan canggih juga sistem keselamatan kamu dekat rumah ni? Untung Luna dapat suami macam kamu." Ujar bapaku.
"Demi keselamatan Luna, Roy sanggup. Roy dah biasa dah dengan semua ni. Lagipun apa gunanya ada teknologi canggih tapi langsung tak dipakai. Ni zaman moden bukan zaman batu." Ujar Roy.
"Ape-ape jelah. Luna bila nak balik kampung atau nak ikut mak balik nanti? Lagipun Roy tak perlu susah payah nak hantar kamu pergi sana nanti boleh tumpang sekali dengan kami. Balik tu nanti boleh suruh suami ambilkan. Roy kalau tak sibuk bolehlah balik sekali kat sana ya." Ujar ibuku.
Roy menahan kemarahannya akibat tidak mahu melepaskan Luna buat masa ini. Dia enggan membiarkan Luna bergaul mana-mana orang terutamanya lelaki apabila berada di kampung nanti. Entah apa yang isterinya buat di sana pun dia sendiri tidak tahu.
"Maaf ibu Roy tak dapat ikut sebab ada perjumpaan dengan pegawai untuk persidangan tak lama lagi. Tapi buat masa ni Roy tak nak Luna balik dulu sebab nanti kalau cun-cun tarikh perkahwinan adik dia baru kami pergi sana." Ujar Roy.
"Lah yeke? Lagipun adik dia ni nak suruh kakak dia tolong sekali buat persiapan kat sana nanti. Kalau sekadar datang melawat sahaja mana sempat dengan tempoh perjalanan panjang lagi." Ujar ibuku.
"Orang tua ni tak reti bahasa ke kalau aku taknak lepaskan bini aku. Sabar jelah.. dah kira ok apa aku bawa dia datang kat majlis adik dia nanti. Kalau ikutkan hati memang taklah aku nak bawa bini aku pergi sana. Kalau tak gara-gara nak ambil hati dua orang tua ni memang dah lama aku hancurkan kepala diorang. Isteri aku hak akulah nak tentukan macamana sekali. Sibuk je nak paksa orang pergi sana sini ingat dia ni raja ke sesuka hati nak perintahkan orang?" Desis hati Roy menahan amarahnya.
"Kamu ni biar jelah Roy bawa dia masa majlis tu nanti tak payalah nak paksa diorang balik. Lagipun Roy tu kan tengah sibuk pandailah dia uruskan macamana nanti." Ujar bapaku untuk mempertahankan Roy. Roy ini seolah-olah menantu kesayangannya.
"Saya tak kisah. Adik dia yang kecewa nanti. Takkanlah saya nak biarkan dia sedih masa majlis dia nanti." Ujar ibuku bersahaja.
"Ibu, pandailah Luna nak bincang dengan adik macamana nanti. Luna janji akan datang dekat sana dengan lebih awal supaya dapat tolong apa yang patut kat sana nanti." Ujarku.
"Yelah ibu faham macamana situasi kamu berdua. Ibu cuma nak nasihatkan tolong jangan buat adik sedih untuk hari istimewa dia nanti. Dahlah kamu jarang balik kampung at least datang kat majlis dia dah cukul menggembirakan hati dia." Ujar ibuku yang cuba menenangkan hatinya. Aku cuma sekadar mengangguk.
Selepas ibu dan bapaku pulang, Roy segera berdiri di hadapanku.
"Seronok kan engkau, kalau dah balik kampung nanti kau mengadu kat ibu kau apa yang aku dah buat dekat engkau selama ni lepastu pujuk ibu suruh ceraikan engkau. Ni memang rancangan engkau nak lari dari aku kan?" Kata Roy menuduh melulu ke arahku.
"Abang cakap apa ni? Luna mana ada niat nak buat macamtu dekat abang. Abang kena tahu yang Luna ni masih sayang kat abang." Ujarku.
"Ibu kau ni memang suka nak sakitkan hati orang kan nak suruh buat itu ini. Aku pun kadang-kadang stress nak menghadap orang tua tu. Apasal diorang ni liat sangat nak mati ehh?" Aku sekadar diam kerana kenal dengan perangai Roy yang tidak menyukai ibu bapaku.
"Kalau awak stress dengan diorang biar saya saje yang layan mereka. Saya tak paksa pun." Ujarku. Roy meraup wajahnya dengan kasar sebelum memandang tepat ke arahku.
"Kau kata kau sayang aku kan? Kalau kau sayang, aku taknak kau pergi sana.." Ujar Roy sebelum meninggalkan aku. Aku mula berada dalam dilema.
YOU ARE READING
HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)
Romance(AMARAN: SESIAPA YANG TOXIC TU. SILA JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA DENGAN JALAN CERITA NI❗ JUST FOR ADVICE) Sepasang suami isteri yang sering berada dalam kecelaruan di alam perkahwinan. Suaminya iaitu ROY MENDEZ mempunyai sikap panas baran...