BAB 15

10.4K 149 2
                                    

"Abang, bila abang nak habis pilih baju tu. Lama tau Luna tunggu. Abang pilih jelah baju tu. Lagipun baju tu nampak elok apa." Luna mengeluh perlahan apabila Roy mencari baju yang bersesuaian dengan isterinya di pusat membeli belah. Perempuan di luar sana juga turut kalah kena Roy dalam bab membeli baju.

"Kejap je sayang. Kalau boleh abang nak pilih baju yang betul-betul sesuai dengan postur badan dan kulit sayang." Ujar Roy yang sedang ralit memerhati baju tersebut.

"Abang nak tau tak dah nak dekat sejam kita kat sini tapi takkan satu pun abang langsung tak jumpa pilihan abang. Dahlah Luna bosan berdiri dekat sini lama-lama. Tengok lenguh kaki Luna dibuatnya." Ujar Luna.

"Sabar ya sayang. Nah abang nak sayang try baju ni dulu. Jom kita masuk kat bilik persalinan." Ujar Roy.

"Errr...kita dua ke yang masuk kat bilik tu?" Soal isterinya.

"Yelah..abangkan nak tengok sama ada baju ni betul-betul sesuai dengan sayang ataupun tidak. Kalau baju ni sesuai dengan sayang, abang belikan baju ni untuk sayang. Jom.." Ujar Roy dengan beria.

"Abang. Tak perlulah masuk sekali kat sana. Luna kan boleh pakai sendiri baju tu. Nanti Luna bolehlah tunjukkan baju yang dah dipakai oleh Luna dekat abang di luar nanti. Malulah staff sini tengok kalau kita masuk berdua. Nanti entah apa yang diorang fikirkan." Ujar Luna dengan nada menahan malu.

"Alah..tak payahlah fikir pasal diorang tu. Lagipun diorang mana ambil peduli sangat pun. Jom try baju ni." Ujar Roy. Luna hanya mengangguk perlahan dan mengikuti langkah Roy ke dalam bilik persalinan. Staff yang berada di luar pun menyembunyi senyuman mereka setelah melihat kami berdua memasuki bilik persalinan bersama-sama. Lagipun ini bukan kali yang pertama dan ini adalah menjadi rutin harian Roy apabila kami pergi ke shopping mall bersama-sama.

 Lagipun ini bukan kali yang pertama dan ini adalah menjadi rutin harian Roy apabila kami pergi ke shopping mall bersama-sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Luna nak pergi sana dulu ya abang. Luna teringin nak makan macaroni tu. Bye Luna gerak dulu." Belum sempat aku menuju ke arah gerai sana dengan tangkas sekali Roy menyambar tanganku.

"Luna..jangan buat abang marah. Abang sekarang ni tengah sibuk sikit dengan pekerja abang. Buat masa sekarang ni lah diorang nak buat hal. Haish..tak boleh diharap betullah biawak ni." Ujar Roy dalam nada kemarahan.

"Sibuk sangat ke abang dengan mesej tu? Dah berapa lama kita berdiri dekat sini lagipun Luna malulah orang lain lalu lalang tengok kita kat sini." Ujar isterinya.

"Sayang tunggu sekejap kat sini. Abang sekarang ni tengah serabut dengan diorang. Tunggu kejap ye sayang." Ujar Roy dengan matanya sedang ralit memandang ke arah kaca phone. Aku pula sudah berasa bosan akibat lama berdiri di kawasan ini. Tetapi macaroni tersebut tidak membuatkan aku terlepas pandang seperti ingin menyambar makanan tersebut.

Aku mengeluar tanganku perlahan demi perlahan daripada kepitan lengan milik Roy. Tetapi Roy memandang tajam ke arah mataku dan menguatkan lagi kepitan tanganku pada lengannnya menyebabkan aku bertambah sukar untuk melepasi tanganku darinya.

"Sayang jangan nak macam-macam..nanti abang gigit sayang baru sayang tahu. Sayang tak takut ke kalau tiba-tiba ada orang nak culik sayang ke apa. Sayang kena ingat kita sekarang ni dekat negara orang." Ujar Roy dengan memberi peringatan kepadaku seolah-olah aku seorang budak kecil. Kena culiklah kononnya..

"Abang..Luna nak macaroni tu. Luna craving nak makan benda tu." Aku membuat gaya manja di hadapannya supaya dapat mencairkan hati suamiku.

"Nope..." Dengan slambernya dia membalas sebegitu. Aku memuncungkan mulutku tanda merajuk.

"Haishh..." Aku mengeluh perlahan.

" Aku mengeluh perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sewaktu di dalam rumah...

Aku melihat Roy begitu serabut di ruangan bilik privasinya. Dia kelihatan sungguh tertekan dan kertas kerjanya bertaburan sana sini. Aku semakin takut apabila dia menumbuk mejanya dengan begitu kuat sekali.

"Arghh!!! Takkanlah satu pun tak reti nak buat kerja!!" Roy menghempas cawan kacanya di atas lantai. Apa yang sudah terjadi pada dirinya.

Aku memerhati Roy di celah pintu yang terbuka sedikit. Kelihatan Roy sedang membuat panggilan terhadap seseorang.

"Aku nak kau sabotaj rondaan diorang. Jangan sampai dia jumpa Luna kat sini. Aku dah sembunyi semua maklumat pergerakkan kami dan kerja kau adalah halang rondaan diorang dan palsukan mana-mana maklumat berkaitan dengan kami. Maklum dekat aku nanti kalau diorang semakin dekat dengan kami. Kalau kau gagal buat kerja jangan sampai kepala kau hancur kena aku nanti." Ujar Roy dalam panggilan tersebut.

"Tapi boss, diorang nak buat risikan kat sekitar bandar Harley dan kemungkinan besar diorang nak bertanyakan tentang keberadaan korang. Tapi boss jangan risau sebab kami akan sedaya upaya akan sorok identiti korang. Kami dah culik lebih kurang dua orang sheriff yang mula sangsi tentang maklumat kedudukan Luna sekarang ni. Apa-apa pun boss kena bersiap sedia dari sekarang." Ujar orang upahannya.

"Aku nak tau bila diorang jalankan persidangan pasal kes kehilangan Luna sebab senang aku nak atur jadual untuk sisip masuk dalam sidang diorang." Ujar Roy.

"Lebih kurang pukul 2 petang pada hari esok boss. Sheriff yang kami dah tangkap ni nak buat apa boss?" Ujar orang upahannya.

"Kau bagi Carlos makan senang je biar Carlos tu ada tenaga sikit. Pasal maklumat kematian diorang biar aku yang uruskan. Kau jalankan tugas kau sekarang sebab ada banyak benda aku nak buat kerja ni." Ujar Roy lalu menamatkan panggilannya.

"Tak guna kau Linda, ikut suka kau je kau pergi laporan polis kat sana lepas tu nak laporkan pasal aku bawa lari anak korang. Kau jangan ingat kalau kau dah bekerjasama dengan polis luar negara, kau dapat jumpa anak kau. Kau tak kenal siapa aku. Aku sebagai ketua pegawai polis antarabangsa memang senang je nak lenyapkan polis kat luar sana tu. Ha..ha..ha..kau memang bodoh Linda..Linda.." Ujar Roy sambil ketawa kegilaan.

Aku terkejut apabila Roy memperli ibuku. Tidak sangka keluargaku sedang bertungkus lumus untuk mencari keberadaanku. Aku juga berharap agar aku ditemui suatu hari nanti. Dari dulu aku memang bertekad untuk melarikan diri dari Roy walaupun dia adalah suamiku.

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now