"Arghhh!!!" Aku segera berselindung pada badan Roy kerana ada seekor binatang buas yang sedang ralit memerhatiku.
"Apa yang nak ditakutkan sayang? Yang ni kawan abanglah. Nama dia Carlos." Ujar Roy sambil membelai kepala serigala itu.
"Tapi dia tu binatang buas. Bila-bila masa je dia boleh lahap daging manusia." Ujarku yang cuba menjauhi daripada serigala itu.
"Dia cuma lahap daging orang yang buat hal dengan abang je. Dia takkan makan sayang sebab dia dah lama kenal sayang. Abang dah beri peringatan kat dia supaya tak serang isteri abang." Ujar Roy.
"Apa yang dia buat dekat gudang ni? Abang kata nak tunjuk mak bapak abang. Tapi Luna tak nampak pun?" Soalku.
"Jomlah kita masuk dalam." Ujar Roy sambil memimpin tanganku. Roy membuka kunci di bahagian pintu bawah tanah. Aku terkejut kerana terdapat laluan bawah tanah. Boleh dikatakan tempat ini sungguh strategik dan sesuai untuk menyimpan mangsa culik. Tempat ini juga dikawal ketat dengan adanya orang suruhan Roy.
Roy membawaku turun ke bawah dan terdapat banyak pintu besi di sekelilingku. Roy terus berhenti di satu pintu dan membukanya menggunakan kuncinya. Aku mengikuti langkah Roy dan memasuki bilik itu dengan perlahan. Aku segera menutup hidungku kerana bau busuk tersebut terlalu kuat sehingga membuatkan aku hampir mual. Aku terkejut kerana terdapat dua ekor jembalang yang menakutkan dihadapanku.
"Abang apa benda tu?!!!" Jeritku lalu berselindung di belakang suamiku.
"Ha..ha..ha..kan abang dah cakap sayang mesti takut dengan dua orang tu. Kenalkan dua orang bangsat inilah yang pernah hancurkan hidup abang sewaktu abang masih kecil dua." Ujar Roy.
"Yang..ni ibu bapa awak ke?" Ujarku perlahan.
"Apalah sayang ni, diorang ni mana layak digelar ibu bapa abang, diorang ni sebenarnya penghuni neraka!! Ha..ha..ha.." Roy mentertawakan mereka berdua seolah-olah menghina mereka.
Keadaan mereka sungguh menyedihkan dengan rambut yang panjang dan serabai seperti orang gila. Kuku mereka sangat panjang seperti bertahun-tahun tidak dipotong. Badan mereka juga sangat hitam dan kotor tetapi apa yang lebih memalukan mereka langsung tidak memiliki pakaian. Bau sampah di tepi jalan juga tidak dapat menandingi bau busuk mereka yang sangat kuat. Aku juga sukar untuk membezakan mana satu perempuan dan lelaki kerana rupa mereka dua hampir serupa.
Roy segera menyarungkan sarung tangan hitam dan mendekati ke arah mereka dua. Mereka tampak ketakutan dan cuba menjauhi daripada Roy. Roy segera mencengkam rambut salah seorang daripada mereka sehingga dia menjerit kesakitan.
"Kau tengok sana!! Aku ada bawa seseorang kat sini untuk kenalkan dekat korang berdua. Aku nak uji korang. Siapa perempuan tu? Jawab!!" Tengking Roy.
"Sa..saya tak tau tu..tuan.." Ujarnya bapanya.
Roy segera menampar pipinya dengan kuat. Aku segera mengalihkan pandangan kerana takut melihat keganasan Roy terhadap ibu bapanya.
"Jawab!! Siapa perempuan tu?!!" Ujar Roy. Bapanya masih teragak-agak untuk memberi respon. Roy yang tidak berpuas hati itu segera mencapai playar lalu mencapai tangannya dengan kasar.
"Jang...jangan..." Ujar bapanya dengan ketakutan.
"Jangan risau...sakit sikit je..tahan ya..." Ujar Roy dengan penuh psiko lalu mencabut kuku bapanya pada sebelah kanan dengan kejamnya. Habis darah terpancut keluar dari jarinya.
"Arghhh!!!" Bapanya menjerit kesakitan. Ibunya kelihatan sedang menutup telinga akibat takut mendengar jeritan suaminya. Aku memandang mereka berdua dengan penuh simpati.
"Kau tengok sana!! Cantikkan isteri aku? Cantik tak?!!" Roy menengking bapanya.
"Can..cantik..." Jawab bapanya perlahan sambil menahan kesakitan pada jarinya yang penuh dengan darah. Aku yang melihatnya juga terasa sakit pada jariku juga.
YOU ARE READING
HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)
Romance(AMARAN: SESIAPA YANG TOXIC TU. SILA JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA DENGAN JALAN CERITA NI❗ JUST FOR ADVICE) Sepasang suami isteri yang sering berada dalam kecelaruan di alam perkahwinan. Suaminya iaitu ROY MENDEZ mempunyai sikap panas baran...