BAB 19

4.8K 138 3
                                    

"Arghh!!! Pergi! Pergi!"

Roy terkejut melihat isterinya yang tiba-tiba sahaja menjerit sewaktu dalam tidur.

"Sayang..sayang.." Ujar Roy sambil menggerakkan bahu isterinya yang masih mengigau itu. Luna membuka matanya perlahan dan terkejut melihat suaminya di sebelahnya.

"Argh! Pergi! Pergi! Kau jangan kejar aku lagi!" Jerit Luna sambil menjauhi dirinya dari suaminya. Roy masih memegang erat tangan isterinya untuk menenangkannya.

"Sayang..sayang mimpi apa sampai sayang jerit macamni dekat abang? Sayang ok ke? Abang bersyukur sangat sebab akhirnya sayang dah sedarkan diri. Semalam abang bukan main risau tau sebab sayang langsung tak bangun-bangun pagi semalam. Sebabtu abang ambil keputusan untuk hantar sayang dekat hospital ni." Ujar Roy dengan lembut.

Luna melihat sekelilingnya dan mendapati bahawa dia berada di dalam bilik wad. Tangannya juga masih dicucuk jarum untuk mengisi air di dalam badannya.

"Tsk..tsk..abang jahat..abang kejar Luna tadi..tsk..tsk..Luna takut sebab takut diapa-apakan oleh abang..tsk..tsk.." Ujar Luna dengan teresak-esak kerana trauma dengan mimpinya.

"Shh..shh..sayang lupakan mimpi tu ya. Itu cuma mainan tidur je. Sekarang ni Luna selamat dengan abang. Here let me hug you." Ujar Roy sambil memeluk badan isterinya dan mengusap belakang isterinya perlahan. Dia sempat melabuhkan ciuman pada bibir isterinya dengan lembut.

Akhirnya Luna berasa lega kerana dapat bangun di dunia nyata. Tetapi mimpi tersebut seakan benar baginya. Sisa baki takutnya terhadap suaminya masih terasa lagi.

"Abang..izinkan Luna pergi tandas dulu ya." Ujar Luna.

"Sayang nak abang temankan. Sayangkan masih belum sihat lagi. Sini abang tolong sayang berdiri." Ujar Roy dengan penuh kerisauan.

"Takpalah bang, saya masih ok lagi jalan ni. Lagipun tandas tu pun dekat je dengan saya. Abang tunggu je dekat sini." Ujar Luna dengan perlahan.

"Kenapa sayang nak seksa abang macamni ha? Abang bukan kemain risau pasal sayang lepastu adakalanya abang menangis sebab memohon agar sayang sedar dan senang macamtu je sayang tolak pertolongan abang?" Ujar Roy dengan nada tidak berpuas hati. Aku mengeluh dengan perlahan kerana tidak tahu bagaimana mahu menurunkan egonya. Ada-ada sahaja dia mahu menang dalam situasi ini. Apa boleh buat dia suamiku.

"Oklah abang...kalau abang nak teman saya kencing kat dalam tu sekali, silakan." Ujarku dengan malas.

Roy tersengih dalam diam dan membantuku untuk memapah menuju ke arah tandas.

Roy tersengih dalam diam dan membantuku untuk memapah menuju ke arah tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Roy menemaniku membuat ujian darah di bilik khas. Sementara Roy sedang mengambil keputusan ujian darah daripada doktor di dalam bilik tersebut, aku duduk di bangku luar untuk menunggu ketibaan suamiku. Aku melihat kawasan tersebut sangat sunyi boleh dikatakan hanya aku sahaja yang berada di lorong tersebut. Tiba-tiba sahaja ada sesuatu yang cuba menghasut pemikiranku agar mengalakkan aku untuk membuat suatu kerja yang mungkin akan mengundang marah suamiku.

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now