"Abang, Luna nak udang tu." Luna meminta suaminya untuk memberikan udang kepadanya. Kini mereka sedang menjamu selera di sebuah restoren.
"Abang bukakan kulit udang untuk Luna ya." Ujar Roy lalu membukakan kulit terhadap beberapa ekor udang. Roy segera menyuapkan udang tersebut pada mulut isterinya.
"Sedap tak?" Soal suaminya.
"Emm..sedap!" Ujar Luna sambil menikmati keenakkan udang tersebut. Roy berpuas hati melihat senyuman yang terlakar pada isterinya itu. Kalaulah dia dapat melihat senyuman itu setiap hari sudah pasti kebahagiaannya sudah menjadi miliknya.
"After this nanti kita pergi tandas lepastu sayang bersihkan mulut sayang ya." Kata Roy.
"Tapi Luna boleh je pergi tandas sorang-sorang abang tak perlu nak temankan Luna." Ujar Luna. Roy menatap tajam pada wajah isterinya.
"Luna kena tahu yang Luna wajib sentiasa bersama dengan abang tak kira dekat ke jauh. Abang taknak Luna bantah dengan mana-mana arahan abang." Kata Roy dengan nada yang agak tegas.
"O..ok abang." Ujar Luna dengan perlahan. Dia tidak mahu sekiranya sikap lama suaminya hadir kembali.
Selepas habis menjamu selera, Roy memimpin isterinya dan menuju ke arah tandas perempuan. Ramai perempuan yang agak terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki menerjah masuk ke tandas perempuan.
"Korang tak payah nak buat muka macamtu, aku datang sini sebab nak teman isteri aku kalau korang takut sangat dengan aku dipersilakan keluar." Ujar Roy tanpa memandang ke arah mereka. Dia agak menyampah melihat perempuan yang dianggap murahan baginya memandang pelik ke arah mereka.
Luna hanya mampu berdiam diri dan membiarkan suaminya membersihkan mulut dan tangannya. Dia juga agak malu kerana membiarkan suaminya masuk ke dalam tandas perempuan.
"Sayang nak buang air ke? Kalau sayang nak buang air abang boleh temankan." Ujar suaminya. Luna hanya menganggukkan kepalanya kerana dia dari tadi menahan air kencingnya.
Apabila dia mahu melangkah masuk ke dalam tandas, Roy segera menahan pintu dan masuk sekali bersama dengannya. Makin pelik dibuatnya wanita lain yang berada di situ sampai macamtu sekali suaminya mahu menemani isterinya.
"Abang, kenapa abang masuk dalam tandas ni? Tak malu ke ada ramai perempuan yang tengok kita kat sini?" Soal Luna akibat takut sekiranya orang memikirkan bukan-bukan tentang mereka nanti.
"Sayang, buat apa nak takut dengan diorang. Diorang bukannya sapa-sapa pun dengan kita. Lagipun kita ni kan dah sah suami isteri bukannya nak buat maksiat pun." Ujar Roy.
"Tapi..." Belum sempat Luna meneruskan kata-katanya Roy lantas memotong.
"No tapi-tapi. Sayang kencing sekarang sebab abang tak suka nak buang masa kat sini." Ujar Roy. Luna dengan perasaan malunya yang membuak-buak terus sahaja membuka seluar di hadapan suaminya dan membuang air kecil dengan teragak-agak. Roy hanya memandang ke arah wajah isterinya seperti hendak membahamnya. Luna menunduk ke bawah lantai akibat malu untuk menatap wajah suaminya. Kenapalah aku ada suami jenis macamni?
Selepas habis membuang air kecil, Luna segera membetulkan seluarnya. Roy pula menekan butang flush untuk membersihkan lubang tandas tersebut. Selepas itu, mereka melangkah keluar dari tandas tersebut sambil Luna menyebamkan wajahnya pada badan suaminya akibat menahan malu.
Mereka melangkah ke arah kaunter untuk membuat pembayaran. Sambil Roy sedang sibuk membayar makanan kepada cashier tiba-tiba sahaja Luna merasakan bahawa tangannya dicuit oleh seseorang. Luna lantas menoleh ke arah belakang.
"Luna, masih ingat saya tak? Ni saya Benjamin. Takkan dah lupa kot kita kan sama sekolah rendah dulu." Ujar Benjamin yang merupakan bekas sekelasnya dahulu.
Luna sekadar menyimpulkan senyuman tipis dan tidak berani untuk bersuara kerana dia yakin suaminya tidak sukakan situasi ini.
"Luna, awak dah kenapa diam semacam ni? Dulu bukan main bising waktu kat kelas dulu tu sekarang ni bila pula awak dah jadi introvet ni? Saje kan buat-buat tak kenal?" Benjamin menolak manja bahu Luna dan Luna agak terkesan dengan sikapnya itu.
Tanpa mereka sedari, Roy memandang tajam ke arah lelaki yang berani menyentuh isterinya. Dia paling pantang sekiranya ada orang lain menyentuh isterinya selain daripadanya. Darahnya mula turun naik dan tangannya mula mengempalkan sebuah penumbuk. Tanpa menahan rasa amarahnya, dia segera menumbuk ke arah wajah lelaki tersebut. Semua orang di sekeling mereka terkejut dengan situasi yang berlaku.
"Weh kau pahal ha?! Tiba-tiba nak pukul orang!!" Benjamin mengeluarkan rasa amarahnya akibat ditumbuk sedangkan dia sendiri tidak berbuat apa-apa. Roy segera mencengkam kolar milik lelaki itu dengan kasar.
"Kau jangan sesekali nak sentuh isteri aku sebab aku paling pantang kalau ada jantan lain sentuh dia!!!" Tengking Roy.
"Oh dah bersuami rupanya. Kalau dia dah ada suami apasal dia tak mengaku yang dia dah ada suami tadi ha?!!" Ujar Benjamin dengan perasaan marah. Roy menatap tajam ke arah Luna membuatkan Luna menggigil ketakutan. Roy menatap kembali ke arah lelaki tersebut.
"Kau dengar sini!! Kalau kau muncul lagi kat depan isteri aku, aku sesekali takkan lepaskan engkau!!!" Roy melepaskan kolar lelaki itu dengan kasar. Roy segera mengheret Luna menuju ke arah kereta mereka. Lantaklah apa orang nak kata asalkan dia dapat memuaskan hatinya.
Sejurus sahaja mereka masuk ke dalam kereta, Roy segera menampar wajah isterinya itu. Luna menahan kesakitan sambil mengalirkan air mata. Sikap suaminya inilah yang dia tidak mahu sebenarnya.
"Kau ni memang betina tak guna kan?!!! Apasal kau tak mengaku yang kau ada suami dekat dia ha?!! Kau saja kan nak menggatal jantan lain kat belakang aku supaya kau dapat lepaskan diri kau dari aku kan?!!" Roy segera mencengkam kasar rambut milik isterinya sehingga rambut isterinya serabai.
"Jawab Luna!!! Jawab!!" Ujar Roy sambil menampar beberapa kali pipi isterinya. Bukan itu sahaja dia juga turut menggigit bahu isterinya dengan kuat sehingga isterinya menjerit kesakitan.
"Arghh!!! Sakit abang, tolong jangan pukul Luna lagi..." Ujar Luna sambil menangis dengan teresak-esak.
"Aku kata jawablah bodoh!!!!" Roy menengking sekuatnya ke arah Luna.
"Abang..tsk..tsk...Luna minta ampun sebab buat abang marah..tsk..tsk..bukan Luna yang nak layan dia tapi dia yang tiba-tiba tegur Luna tsk..tsk... Luna taknak bercakap dengan dia sebab Luna tahu yang abang tak suka kalau Luna bercakap dengan lelaki lain..." Ujar Luna sambil menahan esakkannya.
"Arghh!!!...kenapa kau buat aku macamni Luna?!!!" Roy menarik rambutnya dengan kuat dan menghentakkan kepalanya pada stereng kereta tanpa mengambil peduli rasa sakit pada kepalanya. Dia berbuat sedemikian untuk melepaskan amarahnya. Luna hanya mampu menangis melihat tindakan suaminya itu.
YOU ARE READING
HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)
Romance(AMARAN: SESIAPA YANG TOXIC TU. SILA JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA DENGAN JALAN CERITA NI❗ JUST FOR ADVICE) Sepasang suami isteri yang sering berada dalam kecelaruan di alam perkahwinan. Suaminya iaitu ROY MENDEZ mempunyai sikap panas baran...