BAB 18

4.8K 131 5
                                    

"Luna..apa yang susah sangat Luna nak terima abang. Abang cintakan Luna sangat-sangat. Kawan abang yang lain semua dah ada teman wanita. Cuma abang je yang masih single. Tak kesian ke tengok abang ni hmm.." Ujar Roy dengan membuat muka monyok kononya. Aku sekadar memandangnya dengan menyampah.

"Sudah-sudahlah tu Roy. Ramai lagi perempuan lain yang cantik dan seksi berbanding dengan saya. Saya bukannya ada punggung dan tetek besar pun. Awak kan suka perempuan yang macamtu." Ujarku.

"Apa bunga merepek ni? Luna lah satu-satunya gadis paling cantik dan seksi dalam hidup abang. Sumpah abang sentiasa membayangkan betapa cantiknya sayang. Tak macam perempuan lain. Mereka semua tu pelacur kalau dah tetek besar bagai semua tu. Boleh jadi girlfriend abang? he..he..he.." Ujar Roy.

"Jangan nak mimpilah Roy. Saya tetap taknak jadi girlfriend awak. Fullstop! Awak ni halang orang nak ambil makanan pula. Pergilah sana." Ujar Luna dengan menahan malu. Ramai orang sedang beratur untuk menunggu giliran mengambil makanan. Tak pasal-pasal Roy pula melambatkan masa mereka dalam mengambil makanan. Mereka tidak kisah jikalau Roy yang berbuat sedemikian kerana takut untuk menegur Roy.

"Biarlah diorang nak beratur sampai mati ke. Luna, abang nak Luna jadi girlfriend abang tolonglah. Abang bosan betul jadi single ni." Ujarnya

"Dahlah awak. Saya nak makan dulu jangan ganggu saya! Ok bye!" Aku beredar dengan lagak gediknya dan pergi ke arah meja makan.

Aku yang sedang menikmati makananku bersama Claire terganggu akibat Roy dengan pantas duduk di sebelahku sambil menatap wajahku. Aku mula tersipu malu apabila Roy melihatku makan dan seleraku jadi merundum akibat daripadanya.

"Bunga pleaselah jadi girlfriend abang. Please..." Roy membuat muka kasihan untuk memujukku. Aku menjelingnya dan malas mahu melayaninya. Claire pula tergelak-gelak di sebelahku apabila melihat telatah Roy.

Apabila aku ingin memasukkan sesudu makanan di dalam mulutku dengan pantas sahaja Roy melahap sudu tersebut.

"Erghhh!! Roy!! Awak dah kotorkan sudu saya!!" Marahku padanya. Claire pula mula ketawa dengan terbahak-bahak. Bukannya nak tolong aku halang dia, tolong gelakkan aku adalah.

"Apa yang bunga jijik sangat dengan bekas mulut abang? Sedap apa bekas mulut abang tu mengalahkan sesedap kfc." Ujar Roy seolah-olah ingin mengenakan aku. Aku yang mula tidak mempunyai selera untuk makan lantas sahaja membawa pinggan yang masih tersisa makanan dan diletakkan dalam besen pinggan yang kotor.

"Alah bunga kita ni, janganlah merajuk. Nanti abang belanja aiskrim kitkat ya. Kalau ya kot pun janganlah jalan macam penguin. Takut jatuh pula!!" Suara lantang Roy itu mengundang tawa seluruh pelajar di kantin tersebut. Mereka semua terhibur apabila melihat Roy mengusikku. Aku mendengus geram lalu meninggalkan kantin tersebut.

Lecturer tersebut sedang mengajar subjek kimia kepada kami

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lecturer tersebut sedang mengajar subjek kimia kepada kami. Banyak juga teori yang dibentang olehnya. Luna pula mula mengatuk mendengar penjelasannya. Banyak-banyak subjek, subjek inilah yang paling membosankan dalam hidupnya.

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now