BAB 9

5.8K 183 12
                                    

Aku mengapit adikku, Veronica sewaktu dia sedang melangkah ke arah pelamin. Ramai tetamu dengan fokusnya melihat ke arah kami. Aku juga terlihat Roy yang sedang memandang ke arahku dengan mulutnya yang terkumat kamit. Mungkin dia tidak menyukai aku menjadi tatapan orang lain.

Setelah majlis persandingan habis, aku dan beberapa rakan wanitaku sedang berseronok mengambil gambar bersama-sama dengan adikku. Kami mengambil sesi foto di atas pelamin sebagai kenang-kenangan. Ini adalah hari yang sangat menyeronokkan bagiku kerana aku seolah-olah bebas untuk menikmati hari bahagiaku berbanding hari sebelumnya.

Tiba-tiba bahuku dicuit oleh seseorang dan rupanya orang itu adalah suamiku.

"Kita balik sekarang. Aku malas nak tunggu lama-lama kat sini. Majlis adik kau dah habiskan? Jadi aku nak kita gerak sekarang." Ujarnya dengan riak kosong. Aku mula mengerutkan dahi. Baru satu jam setengah aku berada di sini tidak mungkin seawal itu dia mahu mengajakku pulang. Lagipun aku merancang untuk pulang pada waktu malam kerana aku harus membantu adikku untuk mengemas kawasan tersebut.

"Abang, tak bolehke kita balik pukul 8 macamtu lagipun kita boleh join makan malam dengan diorang sekali. Kalau boleh Luna nak luangkan masa lebih sikit dengan adik Luna." Ujar Luna. Roy seolah-olah naik darah apabila mendengar kata-kata isterinya yang enggan mendengar arahannya.

"Dah pandai kau melawan aku sekarang ya? Ada aku suruh kau ingkar arahan aku? Takda kan? Kalau aku suruh kau balik, tu maknanya kau wajib balik dengan aku sekarang. Jom kita pergi sekarang!!" Ujarnya dengan menaikkan sedikit suaranya. Luna memerhati sekeliling agar orang lain tidak perasan akan suara suaminya. Hati Luna mula tidak berasa puas hati akan sikap suaminya. Dia seharusnya tidak boleh lemah untuk terus dikongkong oleh suaminya dan juga tidak mahu mengecewakan adiknya kerana meninggalkan majlisnya terlalu awal. Dia harus melakukan sesuatu untuk menghalang suaminya daripada membawanya pulang awal.

"Luna tak kira Luna nak juga balik malam ni. Abang tau kan kita jarang balik sini. Lagipun Luna nak luangkan masa lebih sikit dengan family Luna. Takkanlah nak balik awal mestilah diorang fikir bukan-bukan pasal kita kan? Abang kena faham yang Luna masih ada keluarga untuk disayangi." Ujar Luna dengan seberani-beraninya melawan kata suaminya. Dia seolah-olah tidak takut pada suaminya. Roy tersenyum sinis.

"Aku tak sangka bila kita pergi kat sini kau dah pandai ingkar arahan aku lepastu lawan cakap aku. Dekat rumah kau langsung tak berani nak cakap macamni dengan aku bila dekat sini dah pandai kau tunjuk perangai ya. Memang betulkan sangkaan aku yang kau sebenarnya nak lari dari aku? Aku tak kira kita balik sekarang. Pedulikan keluarga bangang kau yang tak habis-habis nak menyusahkan orang!!" Roy segera mencengkam kuat lenganku dan mengheretku ke arah kereta.
Dengan kekuatan yang aku ada aku segera menepis tanganku dengan kuat darinya lalu berlari menuju ke dalam rumah.

"Luna!!!" Suara Roy yang kedengaran sedang menjerit namaku dari jauh. Orang lain di sekelilingnya turut terkejut mendengar suara jeritannya. Aku langsung tidak mengambil peduli lalu masuk kedalam bilik adikku dengan segera dan pantas menguncinya.

Aku bersandar pada permukaan pintu sambil memegang dadaku untuk menenangkan hatiku. Aku sudah tidak tahan lagi hidup berkeadaan begini bersama dengannya. Segala kebebasanku dikunci olehnya. Sebelum aku berkahwin dengannya hidupku sering bahagia dan bebas melakukan apa-apa sahaja. Sekarang hidupku sudah berubah kerana dikuasai sepenuhnya oleh Roy. Aku juga cukup terkesan kerana dia sering menghina keluargaku membuatku makin kelu terhadap dirinya.

Aku merasakan pintuku diketuk kuat oleh seseorang dan pantas aku menjauhinya.

"Luna!! Buka pintu ni!!! Sebelum aku pecah pintu ni baik kau keluar!!!" Roy mengetuk pintu tersebut dan hampir roboh dibuatnya. Aku segera menekup telingaku dengan kuat.

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now