BAB 12

6.2K 151 0
                                    

Aku melihat suasana rumah baharuku. Sungguh besar tetapi keadaannya kelihatan malap sekali seolah-olah rumah dracula yang aku tonton di movie setiap hari. Roy sedang mengangkut beg bagasi milik kami dan menuju ke atas tangga.

"Jom, ikut aku kat atas." Katanya. Aku hanya mengakurnya dan membuntutinya menuju ke bilik atas.

Setelah dia membuka pintu bilik kami, ruangan bilik tersebut sungguh besar dan diindahi dengan pelbagai barangan antik. Dia mengeluarkan barangan kami satu persatu dan menyusunnya pada setiap rak. Hatiku sedikit keresahan setelah dia mengeluarkan gerigi besi yang sering diikat pada kakiku hari yang lalu.

"Ingat abang lupa ke dengan benda ni. Hukuman tetap diberikan macam dulu dan sayang takkan bebas seperti dulu." Dia mengangkat tinggi gerigi besi itu dan menampilkan senyuman mengejek kepadaku. Aku hanya menundukkan kepalaku ke bawah.

"Lepas ni kau pergi mandi dulu. Makanan semua aku dah belikan dan nanti aku hantar kat bilik ni je. Kau cuma makan je kat sini. Faham?" Roy memberi arahan kepada isterinya.

"Fa..faham.." Aku membalas pendek.

"Kau pergi mandi dulu...aku tunggu kau." Ujarnya. Aku segera mencapai tualaku dan melangkah masuk ke dalam tandas.

Setelah habis menyalin pakaian, pintu bilikku dibuka oleh Roy dengan keadaan sedang membawa sebuah dulang berisi makanan dan juga secawan air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah habis menyalin pakaian, pintu bilikku dibuka oleh Roy dengan keadaan sedang membawa sebuah dulang berisi makanan dan juga secawan air. Dia meletakkan makanan tersebut di tepiku.

Aku baru sahaja ingin mencapai sudu dia secara tiba-tiba menepis tanganku.

"Sabarlah dulu. Aku belum bagi apa-apa arahan kau dah terus sambar makanan ni. Ada aku suruh kau makan dengan tangan kau sendiri?" Soalnya.

"Tak..." Aku segera menggeleng kepala.

"Kau masih ingat tak macamana aku pernah hukum kau waktu aku nak suapkan makanan?" Soalnya mengungkit dimana dia menyuapkan aku makanan menggunakan mulutnya.

"Ing...ingat." Ujarku terketar-ketar.

"Do we should do it again?" Soalnya.

"Ter..terpulang pada abang." Aku menjawab seolah-olah tahu akan motifnya.

"Good. Baring sekarang...." Ujarnya dengan memberi arahan kepadaku. Aku membaringkan kepalaku pada bantal dan pasrah sahaja dengan hukuman yang bakal menanti. Aku memejam mataku dengan rapat.

Setelah menjelang beberapa hari alam baharu, aku berasa sedikit bosan kerana tidak mempunyai peluang untuk berjalan-jalan di luar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah menjelang beberapa hari alam baharu, aku berasa sedikit bosan kerana tidak mempunyai peluang untuk berjalan-jalan di luar rumah. Kebanyakkannya aku menghabiskan masa dengan membaca novel di dalam bilik. Roy juga jarang berada di dalam rumah kerana kesibukannya terhadap pekerjaannya.

Aku sangat merindui keluargaku tetapi apakan daya kerana Roy telah memisahkan hubungan kami. Aku segera mencapai telefon bimbitku di mana Roy telah mengakses telefon tersebut dengan membenarkan untuk membuat panggilan terhadapnya seorang sahaja. Jikalau aku ingin membuat panggilan bukan daripada nombor telefonnya. Automotik panggilan tersebut akan dibatalkan serta merta. Roy telah menghack segala peranti di dalam telefonku untuk mengawal aktiviti harianku.

Aku membuat panggilan terhadapnya sekadar bertanyakan khabar akibat berasa kebosanan di dalam rumah walaupun sedikit gagap untuk menelefonnya.

"Hello abang, abang tengah buat apa sekarang?" Soalku.

"Sayang, kenapa sayang call abang ni? Sayang ok ke kat rumah? Kalau sayang tak sihat, abang boleh je datang rumah nanti untuk jenguk sayang." Ujarnya dengan bernada lembut.

"Luna ok je abang. Maaf kalau Luna ganggu abang. Luna cuma nak tanya apa yang abang tengah buat sekarang ni? Abang dah makan?" Ujarku.

"Abang dah makanlah sayang. Abang cuma bengang sikit dengan pekerja abang. Satu benda pun tak reti nak buat. Daripada abang hadap muka jahanam diorang baik abang pecat je. Suruh buat operasi dekat sempadan pun tak boleh nak pakai. Dahlah nanti nak meeting dengan bedebah tu lagi. Nak buat sidang itulah inilah." Ujarnya seperti kedengaran stress.

"Oh yeke abang. Abang janganlah stress sangat buat kerja tu. Rehatlah juga untuk stabilkan minda tu." Ujarku.

"Cuba sayang bagi pendapat dekat abang macamana nak hilangkan stress tu. Kalau setakat duduk lepastu tidur je tak juga menjadi. Sayang taukan macamana nak hilang stress abang tu." Ujarnya seperti ingin meminta sesuatu dariku. Cukup aku tahu akan maksudnya kalau bukan layanan di atas katil.

"Ye abang, Luna tahu dan Luna akan bersiap sedia kalau abang dah balik nanti. Abang nak Luna masak sesuatu ke untuk abang kalau abang balik malam ni nanti?" Soalku.

"Tak perlulah. Cukuplah sayang dah penuhi seluruh selera abang. Nanti abang belikan makanan kat mana-mana restoran untuk sayang. Abang balik awal malam ni nanti. Ingat janji sayang." Ujarnya. Aku hanya tersenyum pendek sahaja dan mengeluh perlahan.

"Ok abang. Saya tunggu abang balik nanti." Ujarku.

"Bye sayang, ada benda nak dicakap lagi ke sebelum abang tutup telefon abang?" Soalnya.

"Takde abang, Luna pun nak tutup juga telefon ni." Ujarku.

"Oklah kalau macamtu. Love you sayang." Ujarnya dengan manja.

"Love you too." Ujarku juga. Dia segera menghentikan panggilan dan aku membaringkan badanku di atas katil untuk melepaskan penat.

 Dia segera menghentikan panggilan dan aku membaringkan badanku di atas katil untuk melepaskan penat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang, kalau Luna nak buat taman bunga kat luar sana boleh tak. Luna teringin nak tanam bunga Lavander dengan bunga Rose. Biar cantik sikit rumah kita ni." Ujarku sambil melihat pemandangan di luar rumah dari dalam gazebo.

"Sayang, kenapa nak tanam bunga lagi kalau kita sendiri dah ada bunga kat dalam rumah ni." Ujarnya sambil minum secawan kopi.

"Bunga? Luna tak nampak pun bunga lain kat sini. Yang ada pun cuma pancuran air kecil je." Ujarku.

"Sayang ni. Takkanlah tak perasan langsung. Sayanglah bunga yang mengindahkan halaman rumah ni. Bukan tu je sayang juga dah mengindahkan hati abang sepanjang masa." Ujarnya sambil mencuit hidungku. Pipiku berona merah apabila mendengar puisi romantik yang digubal olehnya sendiri.

"Abang ni. Bunga dengan Luna tak sama. Kalau boleh Luna nak tengok warna warni kat kawasan ni. Nanti bertambah cantiklah rumah kita." Ujarku.

"Oklah kalau itu yang sayang nak abang benarkan. Tapi ingat jangan memandai nak tanam kat luar. Tanam kat kawasan dalam sahaja dan tak melepasi pagar rumah." Ujarnya.

"Ok abang. Terima kasih abang." Ujarku sambil memeluk suamiku. Suamiku turut melabuhkan ciuman pada pipiku dan bibirku.

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now